Monday, June 8, 2015

Cinta Bersemi Di Pulau Keladi




















WZWH selalu tulis posting politik atau pembangunan. Jarang-jarang posting hal peribadi affair family, tapi kali ini pengecualian sebab ada unsur sejarah. Selain isu politik dan pembangunan, WZWH suka tulis pasal sejarah.

Cinta bersemi di Kg Pulau Keladi , Pekan , Pahang. Ini ialah majlis perkahwinan adik ipar lelaki WZWH dengan perawan dari Kg Pulau keladi.

Sebelum ini WZWH tidak pernah pergi Kg Pulau Keladi. Hanya memandang dari simpang ketika lalu bila ada program di DUN Bebar.

Kg Pulau Keladi adalah kampung yang sangat spesial di Pahang sebab kampung kecil ini telah melahirkan dua orang Perdana Menteri Malaysia; Almarhum Tun Razak dan DS Najib.

Bagaimana kampung yang punya penduduk tidak sampai 500 orang boleh melahirkan dua orang PM? Penduduk kampung ini pun yang WZWH lihat majoriti adalah bersaudara mara hanya lah simple folk orang kampung biasa.





















Padang ragut kamput kambing biri-biri dan kambing berpagar kepunyaan keluarga pengantin perempuan mengingatkan WZWH pada suasana country di UK. 





















Bila malam kambing biri-biri itu pulang ke kandang. Membela kambing adalah pekerjaan sunah Rasulullah. Nabi pernah menjadi pengembala kambing masa muda.





















Rumah premis tenun kain Pahang di Kg Pulau Keladi. Tiang tinggi kerana tempat ini selalu banjir. Ayunan Emas Enterprise adalah syarikat yang mengusahakan tenunan kain Pahang yang dimiliki oleh pengantin perempuan.

Ini ialah warisan keluarga. Sejak turun temurun keluarga penenun-penenun ini tinggal di sekitar Pulau Keladi, Benta, Jambu, Mukim Langgar dan Pekan.

Apabila Belanda menyerang dan menawan pelabuhan Makassar di Sulawesi pada tahun 1669, ramai dalam kalangan orang bugis meninggalkan tanah tumpah mereka lalu merantau dan meneroka penghidupan baru di kepulauan Riau, Sumatera, Borneo, hingga sampai ke Semenanjung Tanah Melayu.

Orang Bugis yang terkenal gagah berani turut mengelek adat resam, susur galur salasilah serta pengaruh ekonomi. Dalam pelayaran menyusuri pantai dan Laut Cina Selatan dengan menggunakan perahu layar dan kapal pedagang, akhirnya sampailah orang – orang bugis itu ke bumi Pahang yang lebih dikenali sebagai negeri Inderapura. 

Penghijrahan orang – orang Bugis ke Pahang menerapkan sedikit sebanyak pengaruh dan kebudayaan dalam kehidupan masyarakat tempatan. Salah satu percikan seni budaya Bugis yang diterima dengan senang hati oleh rakyat peribumi ialah satu unsur dalam rekacorak Kain Sarung bagi lelaki dan Kajang Sangga bagi wanita iaitu sejenis kain tenunan yang diperbuat daripada bahan benang sutera asli. 

Pada abad ke 16 antara orang Bugis yang masuk ke negeri Pahang Inderapura, terdapat seorang pembesar yang bernama Keraing Aji. Beliau disifatkan sebagai pelopor rekacorak baru dalam pemakaian kain sarung dan kain samping. Keraing Aji seperti mana disebut – sebut seringkali memakai Dagang Luar dan Dagang Dalam dari bahan tenunan sutera permai yang dibawanya dari daerah Sulawesi, Aceh dan Riau. 

Selain memperkenalkan beberapa corak tertentu Keraing Aji yang bermastautin di Kampung Mengkasar Pekan, diceritakan terdapat pengetahuan tentang pengetahuan dalam bidang menenun sutera. Oleh yang demikian, maka ramai wanita khasnya surirumah berhasrat mempelajari cara – cara membuat kain tenunan daripada beliau. Di kediamannya, Keraing Aji yang semakin dikenali dengan panggilan Tuk Tuan telah membimbing anak buahnya beberapa kaedah menyediakan peralatan mewarna sutera mentah, seterusnya mengubung, menereu dan mencorak serat sutera sehingga tercipta fabrik bermutu. 

Tambahnya, bagi mengukuhkan lagi bukti sejarah asal usul Tenunan Pahang dimashurkan oleh orang Bugis, seorang penulis inggeris iaitu, Dr. W. Linehen mencatatkan bahawa “Tuk Tuan (Keriang Aji) seorang pembesar Bugis telah masuk ke Pahang pada tahun 1722, beliaulah yang memperkenalkan kain tenunan tangan kepada penduduk negeri Pahang, khasnya bagi penduduk di derah pekan”. 

Kepandaian Tuk Tuan dalam bidang menenun serta menzahirkan reka corak baru menyebabkan beliau dikagumi oleh masyarakat. Bekas pembesar Bugis ini memanfaaatkan usianya dengan memberikan tunjuk ajar dan melatih para penenun menghasilkan fabrik halus permai sehinggalah hujung hayatnya. Jasadnya disemadikan di perkuburan Islam Kmapung Mengkasar, Pekan, Pahang. 

Sekembalinya Tuk Tuan ke Rahmatullah, tidak mematahkan semangat anak buahnya meneruskan kerja menenun dan menzahirkan reka corak yang lebih gemilang. Bahkan di dalam kebanyakka rumah melayu di daerah Pekan tedapat peralatan kayu ‘kek’ yang dimanfaatkan oleh surirumah dan gadis – gadis pada waktu terluang untuk menenun bahan pakaian untuk keluarga dan juga untuk dijual sebagai sumber rezeki kehidupan mereka. 





















Kompleks Budaya Kg Pulau Keladi ini menempatkan rumah tempat lahir Almarhum Tun Razak, Galeri Tun Razak dan Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja (IKTPD).

Hasil perkongsian hidup Hajah Teh Fatimah binti Haji Daud dengan Dato' Hussien bin Mohd Taib, pada 11hb Mac 1922, di rumah datuknya Haji Daud, maka lahirlah tokoh negara Almarhum Tun Abdul Razak bin Hussien.

IKTPD adalah sebuah Institut yang menawarkan pengajian berteraskan pendidikan vokasional. Konsep pendidikan di IKTPDmemberi penekanan tujuh puluh (70) peratus dalam aspek kemahiran dan tiga puluh (30) peratus dalam bidang akademik.

Bagi meninggkatkan tahap kemahiran, para pelatih diberi peluang mengikuti latihan industri di perusahaan kraf yang berjaya.

IKTPD menawarkan program pengajian Sijil Seni Kraf Tenunan ( Tenun Pahang DiRaja ) secara sepenuh masa.


MATLAMAT




Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia memainkan peranan utama dalam memajukan industri kraf di negara ini. Matlamat penubuhan IKTPD ialah untuk melahirkan tenaga mahir bagi keperluan industri kraf negara agar warisan kesenian dan budaya tempatan terus kekal dan berkembang maju.


VISI


Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan kraf yang dapat melahirkan tenaga mahir, usahawan kraf dan menjadi pusat rujukan, penyelidikan serta pemuliharaan warisan negara.


MISI 


Menjana sumber manusia yang berkemahiran, berilmu, menguasai pengeluaran, peka pada warisan tradisi dan berketerampilan dalam bidang kraf melalui proses pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan bagi memajukan industri kraf tenun.





















Selamat Pengantin Baru Umi Suraya binti  Abd Hamid dan Mohd Aidil bin Azhar. Semoga bahagia ke anak cucu dan berkekalan. Cinta Bersemi Di Pulau Keladi.





















Majlis perkahwinan yang simple dan sederhana di Kg Pulau keladi.




Cikgu Dolah @ Ayah Long Dolah bin Muda, Bapa saudara pengantin perempuan adalah penduduk yang tertua di Pulau Keladi berumur 90 tahun. Beliau adalah sepupu kepada Teh Fatimah binti Haji Daud iaitu bonda kepada Almarhum Tun Abdul Razak PM yang ke dua.

1 comment:

Anonymous said...

Dato Sri Najib tidak lahir di Pulau Keladi.. Dato Sri Najib lahir di Kuala Lipis...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...