Tuesday, June 9, 2015

Projek Jalan Fasa 2 Kg Pagi - Kg Bantal Seberang Sudah Bermula?

Bagi Pakej 2 pula, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM280 juta untuk pelaksanaannya. Skop kerja bagi Pakej 2 bermula dari penghujung Pakej 1 di Kg Pagi sehingga ke persimpangan Kg Bantal Seberang sejauh 32km. Pakej ini juga melibatkan penambahbaikan 4 jambatan sedia ada.

Pakej ini juga melibatkan kerja-kerja menaiktaraf jalan dalaman Kg Pagi sepanjang 5km yang mana bahagian ini telah dilaksanakan ke tahap R2 didalam Pakej 1. Bagi membolehkan laluan ini menjadi laluan utama, KKLW telah dipersetuju bahawa jalan dalaman ini dinaiktaraf ke R3 dan menjadikannya sebahagian daripada laluan utama.

Pakej 2 ini telah ditawar kepada Kontraktor yang sama dengan Pakej 1 dengan kos RM280 juta dengan masa pembinaan 36 bulan. Projek ini telah pun bermula pada 16 May 2014. Oleh sebab proses kelulusan kerja pembalakan memakan masa setahun maka projek ini dijangka siap pada 16 May 2018.

Buat masa ini kerja-kerja pembersihan tapak sedang rancak dijalankan dan kerja-kerja tanah akan bermula dalam masa terdekat dan keseluruhan kemajuan semasa disekitar 5%.

Bagi Pakej 3 pula, ia merupakan penyudah kepada keseluruhan projek. Pakej ini ditangguhkan pelaksanaannya akibat daripada kekangan peruntukan tambahan yang diperlukan sebanyak RM151 juta. Ini akan WZWH perjuangkan untuk mendapatkan peruntukan ini.

Pakej ini melibatkan beberapa jalan antaranya:

  • Dari Kg Bantal Seberang ke Kg Gusai 5km
  • Kg Pagi By Pass 7km
  • Jalan kampung dari Kg Bantal Seberang ke Kg Mat Daling 13km
  • Jalan Kg Kuala Sat 5km
  • Sebuah jambatan di Sg Tembeling menghubung Kg Bantal dengan Kg Mat Daling sepanjang 220m
  • Sebuah jambatan di Sg Sepia di Kg Gusai sepanjang 85m
  • Membina 6 jambatan pendek merentasi Sg Semena, Sg Rek, Sg Kembir, Sg Semena-Main, Sg Bubut, dan Sg Betung 





Projek Jalan Fasa 2 Kg Pagi - Kg Bantal Seberang permulaannya...




32km laluan utama.




32km laluan utama.




32km laluan utama.




32km laluan utama.




32km laluan utama.




32km laluan utama. Di Bukit Awan.




32km laluan utama.




32km laluan utama.




32km laluan utama.




32km laluan utama.




32km laluan utama.




32km laluan utama.




32km laluan utama.




32km laluan utama.




32km laluan utama.




32km laluan utama.




32km laluan utama.




32km laluan utama




32km laluan utama.




32km laluan utama. Di Bukit Merah.




32km laluan utama. Melalui Ladang Agropolitan Felcra Kg Bantal.




32km laluan utama. Hati-hati pagar elektrik!




32km laluan utama. Menghampiri Kg Seberang Bantal.




Rumah Long Bakar boatman Kg Seberang Bantal.




Terima kasih crew pilot Amino dari Kuala Tahan yang drive FWD membolehkan WZWH mengambil foto-foto projek jalan Ulu Tembeling.

Next posting WZWH tulis mukadimah Projek Jalan Ulu Tembeling-Kg Pasir Raja Terengganu sejauh 70km anggaran kos RM500 juta. Walau Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 dan tambahan pakej 3 belum siap namun perjuangan ini belum selesai.

WZWH tidak anggap Projek Jalan Ulu Tembeling-Terengganu ini sebagai mimpi indah. Ianya adalah realiti yang boleh digapai dan dicapai. Political will, will power dan usaha yang bersungguh tanpa henti dan jemu akan membuatkan projek ini boleh dijayakan.

6 comments:

Anonymous said...

Pelesailah cepat sikit, PRU 14 puak kome nok pelesai puak gon ke mahkamah pulak. Mana gon bawak lari projek sebanyak tu. Kome tengok puak gon tak ada kerja pun nampak mewah belaka. 1MDB, GST, Tabung Haji, Wang Pesara, KWSP banyak lagi ler...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Ya, DS Najib akan beri lagi peruntukan tambahan RM151 juta bagi Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 dan seterusnya RM500 juta peruntukan Projek Jalan Ulu Tembeling - Terengganu dalam masa terdekat insyaallah.

Anonymous said...

Anon atas tu nak syer tu, mintalah sikit2 dgn Zurik tu, boleh tumpanglah kot2. Tp ingat2lah jangan tumpang menumpang sudahlah.

Anonymous said...

Entahlah kawan pun tak reti juga, dengar cakap2 projek jalan raya berbilion dari Kg Tuit ke Kg Pagi seterusnya ke Ulu Tembeling dijangka siap pada bulan Ogos 2014. Tapi alih2 tanah sodok2 tanah, tambah peruntukan lagi dijangka siapa tahun 2018 pula. Kawan tak tolak projek tapi kawan tolak projek dok tolah tanah sampai nak runtuh tebing sungai Tembeling dan bukit bukau. Kawan bimbang macama di Gunung Kinabalu, mintalah ampun pada Allah SWT. Amin.

Anonymous said...

Good job dato,congrats..

Azman said...

Hebat.. d mana ada usaha , di situ ada kejayaan. tqvm yg dun tahan.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...