Tidak ramai orang tahu bahawa Gunung Tahan adalah gunung berapi yang sudah lama tidak aktif. Terdapat batu-batu gunung berapi di tebing Sg Tembeling.
Sebelum gempa bumi berukuran 5.9 ~ 6 Richter pada pagi 5/6/2015 di Ranau dan kawasan sekitar di Sabah, saintis dan geologis telah meramal kemungkinan gempa bumi skala sederhana dulu.
Kedudukan geografi Malaysia yang terletak di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik bukan bermakna negara tidak akan menerima kesan gempa bumi.
Utusan Malaysia 18/1/2010
Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid berkata, sebelum ini ada beberapa kes negara yang tidak berada di dalam lingkaran berkenaan menerima kesan gempa bumi.
Jelasnya, kesan gempa bumi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti tsunami atau gegaran muka bumi.
Menurutnya, perkara itu perlu diambil serius dan kerajaan seharusnya mempelajari daripada negara-negara yang pernah mengalami gempa bumi tentang cara menghadapinya.
Di Jepun rakyatnya boleh menerima isyarat gempa bumi melalui telefon bimbit, malah sudah terlatih untuk menghadapinya, tambahnya lagi.
Sinar Harian 15/12/2012
Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah, Prof Dr Felix Tongkul berkata, berdasarkan kajian, pihaknya mendapati Malaysia berkemungkinan dilanda gempa bumi pada kekuatan sederhana iaitu 6.0 pada skala Richter pada masa hadapan.
"Daripada kajian yang kita lakukan, Malaysia mungkin tidak akan ditimpa gempa bumi berskala kuat, tetapi setakat rekod yang kita ada negara mungkin ditimpa gempa bumi berskala sederhana.
"Gegaran pada tahap itu sudah cukup untuk merosakkan bangunan dan harta benda," katanya kepada Bernama pada akhir Seminar Teknikal Kebangsaan Gempa Bumi dan Tsunami anjuran Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) di sini.
Felix berkata, bagaimanapun gempa bumi berkekuatan sederhana itu diramal berlaku di beberapa kawasan tertentu sahaja dan bukan di seluruh negara.
"Seperti yang kita sedia maklum ada beberapa kawasan di negara ini yang sering mengalami gegaran apabila berlaku gempa bumi kuat di negara jiran seperti di kawasan Kundasang, Ranau dan Lahad Datu di Sabah. Kawasan-kawasan ini mungkin berpotensi dilanda gempa bumi sederhana itu," katanya.
Felix yang juga profesor dalam bidang Geologi di Akademi Sains Malaysia berkata, kajian yang dijalankan oleh ahli geologi juga mendapati kawasan Bukit Tinggi di Pahang turut berpotensi mengalami gempa bumi sederhana.
Sehubungan itu, katanya masyarakat harus sentiasa bersedia dan tidak panik sekiranya berlaku gegaran pada masa akan datang.
Katanya, gempa bumi paling kuat yang direkodkan di Malaysia setakat ini ialah gempa bumi sederhana pada kekuatan 5.8 skala Richter di Lahad Datu Sabah pada 1976 yang mengakibatkan banyak harta benda rosak serta bangunan retak.
Pahang Perlu Bersedia Dan Berjaga Potensi Gempa Bumi
Selepas Sabah, Pahang berpotensi berdepan gempa bumi.
Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Dr. Azmi Hassan berkata , selain Ranau dan Lahad Datu, sesar aktif turut dikesan di Semenanjung iaitu terutama di Bukit Tinggi, Janda Baik dan Jerantut, ketiga-tiganya berada di Pahang.
Mungkin terdapat sesar-sesar aktif di kawasan lain yang belum dapat dikesan.
Pahang perlu bersedia dan berjaga potensi gempa bumi.
Kawasan Bukit Tinggi dan Janda Baik adalah kawasan resort, peranginan dan pelancongan Pahang dekat dengan Genting Highlands.
Di Jerantut pula Gunung Tahan dan Lembah Tembeling merupakan juga satu kawasan tarikan utama pelancong.
Ramai pendaki gunung seluruh dunia suka mendaki puncak Gunung Tahan. Jika gempa bumi berlaku seperti di Ranau dan tertejas teruk Gunung Kinabalu, keadaan yang sama pasti berlaku di Gunung Tahan.
4 comments:
stoplah pembangunan di Jerantut, utk elak kerugian lebih besar bila berlaku gempa. Rumah2 kat jtut pun sila jual murah2, confirm ramai yg tak jd nak beli rumah kat sana, kwsn berisiko tu..
Bukit Tinggi biasa digegar jangan ingat Genting Highland selamat Allah memberi peringatan supaya kembali kpd Nya.
SABAH dilanda gempa bumi sebab negeri itu dibenarkan oleh Kerajaan Pusat utk mensyirikkan kalimah ALLAH. Boleh sesiapa beri nama negara yang tidak pernah dilanda gempa bumi setelah kalimah ALLAH mereka syirikkan tidak? Memang itulah janji ALLAH sekiranya ada manusia yang begitu kurang ajar utk mengizinkan pihak gereja menggunakan kalimah ALLAH utk Tuhan mereka yang tidak bernama itu. Setelah itu mereka tanpa segan silu mengatakan ALLAH ada anak seprti haiwan dan manusia.
Tidak kah itu syirik namanya? Kalau tak percaya sila lihat ayat Al Quran di bawah ini dan cuba fahami murka ALLAH terhadap isu yang kita anggap sangat kecil dan tidak penting itu?
88 - 92 surah Mariam:
88 "Dan mereka berkata, Al-Rahman (Allah) mempunyai anak.
89 Demi sesungguhnya kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya.
90 Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian,
dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah dan gunung pula nyaris-nyaris runtuh ranap,
91 "kerana mereka mendakwa/ mengatakan Allah Al-Rahman mempunyai anak."
92 Padahal tidaklah layak bagi Allah, Al-Rahman bahawa Dia mempunyai anak.
Moga-moga amaran ALLAH ini boleh menjadi iktibar untuk kita semua beringat. Ingatlah janji siapa yang lebih benar kalau bukan janji dari ALLAH sendiri?
Apa pulak projek baru untuk gunung berapi ni?
Post a Comment