Tuesday, June 9, 2015

Projek Jalan Fasa 1 Kuala Tahan -Kg Pagi Sudah Siap?

Kerajaan BN melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) mahu bina jalan menghubungkan Kuala Tahan ke Kg Mat Daling, Daerah Jerantut, Pahang.

Perhubungan sedia ada hanyalah melalui jalan balak dan laluan sungai seperti Sg Tembeling, Sg Gusai, Sg Sat dll.

Jalan yang dicadangkan bermula dari Kg Tuit, Kuala Tahan dan berakhir di Kg Mat Daling meliputi 66km.

Pembinaan dijalankan dalam 3 pakej akibat kekangan peruntukan:

Pakej 1

Bermula dari Kg Tuit, Kuala Tahan dan berakhir di Kg Pagi sepanjang lebih kurang 22km yang mana 16km merupakan laluan utama manakala 6km lagi adalah merupakan jalan dalaman ke Kg Pagi.

Pakej ini melibatkan  pembinaan 4 buah jambatan baru. Pembinaan pakej ini telah dimulakan pada April 2010.

Kontrak asal projek ini adalah 36 bulan, namun oleh sebab kekangan dari kerja pembalakan yang melibatkan proses kelulusan yang memakan masa yang agak lama dan juga keadaan tapak bina yang mencabar, maka pihak kontraktor diberi berapa lanjutan masa  dan dijangka akan siap pada akhir bulan Jun 2015 ini.

Kos semasa projek adalah RM131 juta dan kemajuan semasa adalah sekitar 95%.




16km laluan utama. Jambatan Sg Tabung.


16km laluan utama.


16km laluan utama.


16km laluan utama. Jambatan Sg Abai.


16km laluan utama.


16km laluan utama. Jambatan Sg Lai.


16km laluan utama.


16km laluan utama.


16km laluan utama. Kerja-kerja meratakan Bukit 7 minit.


16km laluan utama. Bukit 7 minit.


16km laluan utama. Bukit 7 minit. Dulu bukit dan gaung sangat tinggi bersamaan 3 pokok tualang.


6km jalan dalaman Kg Pagi.


6km jalan dalaman Kg Pagi. Jambatan Sg Pengau sedang disiapkan.


6km jalan dalaman Kg Pagi.


6km jalan dalaman Kg Pagi.


6km jalan dalaman Kg Pagi.


6km jalan dalaman Kg Pagi.


6km jalan dalaman Kg Pagi.


6km jalan dalaman Kg Pagi.


6km jalan dalaman Kg Pagi.


Projek Jalan Fasa 2 Kg Pagi ke Kg Seberang Bantal RM280 juta telah bermula. Ini sudah pengakhiran Projek Jalan Fasa 1 dari Kuala Tahan  ke Kg Pagi. Dijangka bulan Ogos nanti boleh dirasmikan potong riben projek jalan ini.




Projek Jalan Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Bantal Seberang sejauh 32km mengambil masa 36 bulan akan siap pada 31 Mei 2018 sebelum PRU 14. Projek jalan ini dijangka siap lebih awal.

Pada posting akan datang WZWH akan ilustrasi Projek Jalan Fasa 2 ini secara detail.

2 comments:

Anonymous said...

pelik tol dato,xde plak org nk puji or terime kasih kt uolls bile jalan ni dah seap..

Anonymous said...

Saya sebagai bekas guru yang pernah mengajar di sk kg pagi amat menghargai jasa dan bakti YB Adun Tahan & Parlimen Jerantut yang menjadikan pembinaan jalan ini satu realiti.Terima kasih atas sumbangan YB semoga masyarakat di kg pagi dan ulu tembeling akan terus menikmati arus pembangunan negara.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...