Friday, September 11, 2015

Aktivis Alam Sekitar Pahang Perlu Lebih Bermaklumat Dalam Keghairahan Menjaga Alam Sekitar


Aktivis alam sekitar satu usaha sukarela yang mulia menjaga alam sekitar. Alam sekitar nature Negeri Pahang termasuk flora, fauna, gunung, bukit, sungai dsb perlu dijaga khazanah negeri buat generasi akan datang.

Negeri Pahang yang terbesar di Semenanjung bersempadan dengan beberapa negeri adalah penyumbang terbesar udara segar dan oksigen serta air ke beberapa negeri sumber daripada gunung ganang dan hutan negeri Pahang.

Sebenarnya inilah harta negeri Pahang yang tidak ternilai dari segi jangka panjang. Rakyat Pahang perlu menjaga harta negeri Pahang ini. Pemimpin Pahang pun perlu jaga harta negeri Pahang ini.

Negeri Pahang seperti negeri-negeri lain mahu membangun walau perlahan. Bila habis terhad tanah-tanah di negeri-negeri lain maka mahu tidak mahu pelabur, pemodal dan usahawan serta Kerajaan Pusat terpaksa memilih beberapa kawasan yang sesuai untuk pembangunan. Kerajaan Negeri Pahang membantu usaha ini.

Tentu ada balance dan kesimbangan di dalam mengejar pembangunan pesat dengan menjaga alam sekitar Pahang. WZWH akui ada kelemahan dalam menjaga alam sekitar Pahang tetapi Kerajaan Negeri Pahang cuba baiki kelemahan ini dengan guna undang-undang dan akta-akta baru dan penambahbaikan.

Begitu juga aktiviti perlombongan negeri Pahang yang telah bermula sejak zaman purba bermacam-macam mineral yang bernilai memberi pulangan keuntungan kepada pengusaha dan kerajaan negeri.

Mineral seperti emas, timah, besi, bauksit dsb adalah hasil perut bumi negeri Pahang yang memberikan pulangan ekonomi penting. Sudah tentu banyak kawasan hutan dibuka dan memberi kesan kepada anak-anak sungai dan sungai utama.

Lebih-lebih lagi jika terdapat aktiviti pembalakan dan perlombongan haram. Kerajaan Negeri Pahang mempunyai undang-undang, peraturan dan akta-akta tertentu dan SORP mengenai kawalan dan penjagaan alam sekitar membabitkan aktiviti perlombongan dan pembalakan.

Akhir-akhir ini terdapat keghairahan di kalangan aktivis alam sekitar Pahang kerana kononnya mahu menjaga alam sekitar tetapi memberikan maklumat yang salah dan cepat membuat tuduhan dan menyalahkan pemimpin dan jabatan kerajaan tertentu.

WZWH puji usaha aktivis alam sekitar Pahang ini terlalu penuh perasaan menjaga alam sekitar Pahang tetapi aktivis alam sekitar Pahang perlu lebih bermaklumat dalam keghairahan menjaga alam sekitar.

WZWH bagi contoh:




Aktivis alam sekitar Pahang menulis dalam FB... Hari ini seorang juruterbang helikopter mengirimkan dua keping gambar terbaru dari udara mengenai penggondolan hutan simpan di Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang dan keadaan sungai yang rosak teruk akibat kegiatan pembalakan dan perlombongan tidak terkawal itu. Anda lihat dan nilailah sendiri...

Ini yang WZWH katakan maklumat salah tidak tepat seperti yang ingin di gambarkan. Maklumat yang lebih tepat seperti komen WZWH dalam FB...

Itu bukan hutan simpan. Itu stateland untuk perladangan getah oleh Felcra dan Yayasan Pahang yang berpuluh tahun lalu telah ditebang. Ini fakta: tiada aktiviti perlombongan di Ulu Tembeling. Tiada sebarang satu MC dikeluarkan.




Aktivis alam sekitar Pahang menulis dalam FB...Baru dapat maklumat daripada seseorang yang meminta saya menyiasat kegiatan pembalakan tidak terkawal dan tidak mengikut peraturan di Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang, yang dikatakan turut membabitkan seorang wakil rakyat. Beliau tidak mahu memberitahu nama wakil rakyat berkenaan dan lokasinya secara terperinci, walaupun beliau mendakwa ada bukti yang dikumpul sejak sekian lama. Siapa yang boleh bagi saya maklumat lanjut?

Aktivis alam sekitar Pahang sepatutnya nyatakan di mana lokasi gambar ini diambil supaya boleh wakil rakyat di kawasan tersebut  membuat lawatan. Sila nyatakan lokasi ini supaya boleh Penguatkuasa Jabatan Hutan Pahang memeriksa samada kawasan balak itu ditebang secara sah atau haram. Ada orang kata ini foto-foto di Gua Musang, Kelantan! Maka perlukan pengesahan.




Aktivis alam sekitar Pahang pun mempersoalkan hasil balak dari Yayasan Pahang sebagai sumber kewangan bagi membantu biasiswa dan pinjaman pelajaran bagi anak-anak Pahang tidak mengira kaum, membalak berleluasa, rakus, tidak terkawal mungkin haram! Sedangkan Yayasan Pahang mendapat kawasan balak yang diluluskan mengikut undang-undang Negeri Pahang.

Untuk maklumat aktivis alam sekitar Pahang, Yayasan Pahang sejak DSD Adnan Yaakob menjadi MB Pahang sebagai Pengerusi Yayasan Pahang telah menyumbang lebih RM1 bilion bagi tujuan bantuan pendidikan Yayasan Pahang samada biasiswa atau pinjaman kepada anak-anak Pahang.

Malah WZWH sendiri mendapat bantuan biasiswa Yayasan Pahang yang ditukar daripada pinjaman kerana berjaya mendapat keputusan cemerlang CGPA 3.84 kursus MBA UUM pada tahun 2007.

Tetapi aktivis alam sekitar Pahang ini memandang sinis usaha Yayasan Pahang yang mendapat hasil kewangan bukan sahaja melalai aktiviti pembalakan tetapi juga dari kegiatan perladangan Yayasan Pahang.

Aktivis alam sekitar Pahang ini dalam FB memberi beberapa persoalan kepada WZWH membabitkan Yayasan Pahang...

WZWH... Terbaru Yayasan Pahang tebang hutan tadahan air Sg Pengau di Gunung Dulang dgn alasan nak buat ladang getah... Wajarkah? Tak ada kawasan hutan lain kah di negeri Pahang ni yg lebih sesuai? Matlamat utamanya nak ambil balak.... Bukan nak buat ladang!

WZWH... Saya nak tanya soalan berikut:

1. Nilai biasiswa RM1 bilion tu dlm tempoh berapa puluh tahun?

2. Berapa ratus ribu hektar dah kawasan hutan yg sudah diluluskan atas nama Yayasan Pahang dan berapa jumlah hasilnya yg sudah dikutip dlm tempoh itu?

3. Berapa bilion ringgit agaknya wang hasil pembalakan dlm tempoh itu mengalir ke pihak lain selain Yayasan Pahang. Apakah ada pihak yg gunakan nama Yayasan Pahang dan cuma memberi "kuah" kpd Yayasan Pahang?

4. Sampai bila Yayasan Pahang mahu bergantung kpd balak atas alasan mahu memberi biasiswa kpd pelajar? Tidakkah suatu hari nanti balak akan habis?

5. Adakah atas alasan mahu memberi biasiswa, Yayasan Pahang dihalalkan menebang balak di mana2 sahaja hingga melibatkan kawasan tadahan air seperti Gunung Dulang di Ulu Sg Pengau?

6. Adakah wajar alasan utk memberi biasiswa, Yayasan Pahang menjadi perosak alam sekitar dan sungai hingga menyusahkan rakyat jelata?

7. Tidak bolehkah Yayasan Pahang memikirkan sumber lain selain balak untuk membiayai kegiatannya sedangkan semua negeri lain pun ada Yayasan sendiri yg memberi biasiswa kpd pelajar walaupun kebanyakan negeri itu tidak ada sumber balak?


Bukanlah bidang kuasa dan pengetahuan WZWH untuk menjawab 7 soalan di atas itu hanya Pengurus Besar Yayasan Pahang dan MB Pahang yang boleh menjawab.

Cuma WZWH ingin bertanya kepada aktivis alam sekitar Pahang ini yang sangat perihatin dan ghairah menjaga alam sekitar Negeri Pahang ini betul ke rumours khabar angin yang mengatakan ramai towkay balak telah memberi sejumlah wang kepada beliau tidak diketahui bagi tujuan apa, siapa yang meminta? Siapa yang memberi? 

Jumlahnya ada yang RM50,000, ada yang RM100,000 dari ramai towkay balak. Kalau dihitung boleh dapat dekat RM500,000.

WZWH harap berita angin ini tidak betul. Kalau tidak betul buatlah penafian.

Kalau betul....tolong jangan pau atau guna keghairahan menjaga alam sekitar dengan tuduhan melulu samada kepada lokasi dan pemimpin tertentu tanpa maklumat yang betul dan sahih bagi mendapat imbuhan dan wang sebegitu tidak bermoral.

3 comments:

Anonymous said...

Pergi mampus dengan BN kau

Anonymous said...

Memang Pakatan Rakyat sudah lama mampus.

Anonymous said...

Aktivis Khaidir mohon kawasan balak tp x diluluskan..... betul ke khabar ini?

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024