Monday, September 28, 2015

Keperihatinan EXCO Pahang, KP Pahang Dan KP Jerantut Terhadap Kerisauan Orang Kuala Tahan Terhadap Status Jalan Tanah Runtuh Yang Setahun Tidak Dapat Disiapkan



Dekat Kuala Tahan Jerantut terdapat jalan yang tebingnya runtuh. Kerja-kerja membaikpulih sudah setahun tapi masih terbengkalai. Ini menimbulkan kerisauan kepada Orang Kuala Tahan dan pengguna jalanraya termasuk pelancong ke Taman Negara.

Baru-baru ini YB Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin EXCO Pelancongan Pahang telah melawat Kuala Tahan Taman Negara kerana ada Program Birding anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Pahang, NGO dan peminat birding.

EXCO Pelancongan, Ketua Pemuda Pahang dan Ketua Pemuda Jerantut telah mengambil kesempatan untuk meninjau dan melihat Projek Jalan Tanah Runtuh yang terbengkalai tersebut.


Terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin walaupun kehadiran ke Jerantut untuk program lain tetapi sempat meluangkan masa untuk meninjau kerisauan orang ramai terhadap jalan yang sudah hampir setahun berkeadaan begini.
Semoga‬ ada tindakan selepas ini.

Di bawah adalah foto-foto EXCO Pelancongan Pahang, KP Pahang dan KP Jerantut memeriksa projek membaik pulih jalan tanah runtuh itu.











Pembaca blog WZWH terutama pengundi di DUN Tahan juga mahu cerita yang sebenar. Apa perkembangan yang berlaku tentang projek-projek pembangunan yang akan, sedang dan telah dilaksanakan di DUN Tahan.

Projek membaikpulih jalan tanah runtuh itu berdekatan Kuala Tahan Taman Negara Jerantut adalah dalam kawasan DUN Tahan dalam Parlimen Jerantut.

Oleh kerana Ahli Parlimen Jerantut YB Tn Hj Nazlan Idris telah menyelanggarakan peruntukan Projek jalan tanah runtuh tersebut maka kontraktor dipilih untuk melaksanakan projek tersebut.

ADUN Tahan membiarkan sahaja Ahli Parlimen mengurus peruntukan Projek membaik pulih jalan tanah runtuh tersebut.

WZWH pun pernah bertanya kepada kontraktor tersebut apa masalah yang sebenar. Jawapan kontraktor ialah peruntukan yang diselenggarakan oleh Kementerian Kerja Raya tiada peruntukan sepenuhnya untuk menyiapkan projek tersebut.

Kontraktor tersebut telah membuat kerja mengikut progress kerja namun oleh kerana tidak boleh lagi dibayar oleh Kementerian Kerja Raya maka kontraktor tersebut menangguh progress kerja yang seterusnya.

WZWH berharap Ahli Parlimen Jerantut perlu memastikan peruntukan itu disalur dengan segera bagi membolehkan kontraktor itu menjalankan progress kerja bagi membaik pulih Projek jalan tanah runtuh tersebut.

WZWH percaya kalau Projek ini diselenggarakan oleh ADUN Tahan kerana nature emergency keperluan terdesak bagi keselamatan dan kemudahan keselesaan pengguna jalanraya untuk orang Kuala Tahan dan pelancong sudah tentu sudah lama siap.

Walaupun sudah hampir setahun terbengkalai Projek jalan tanah runtuh itu perlu juga disiapkan dengan kadar segera.

5 comments:

Anonymous said...

bagi je semua projek kat jerantut nie pada dompok biar dia bertambah kaya lagi raya......

Bodoh punya WZwH org semua tak betul dia dan dompok aje yang betul...

Anonymous said...

Bilalah sharkar ni nak naik jadi MB?

Anonymous said...

Bukan soal siap yang betul kalau buat kerja kena buat sampai berjaya jangan hanya berusaha separuh jalan kena buat Kementerian JKR itu bagi peruntukan bajet yang penuh untuk siapkan jalan tanah tebing runtuh itu. Keselamatan pengguna jalanraya adalah aspek utama asas yang kuat dan jitu untuk dapat peruntukan.

Anonymous said...

Pastikan peruntukan senggaraan jalan tu dibawah jkr atau kementerian pemb luar Bandar.....klu bawah jkr adalah sangat tidak logik buleh tergendala hampir setahun.....

Anonymous said...

Pembetulan:
Pertandingan Taman Negara Bird Race dianjurkan oleh Tourism Pahang (Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser)..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...