Tuesday, September 15, 2015

Apa Langkah Presiden Indonesia Menyelesaikan Isu Jerebu Melanda Indonesia, Malaysia dan Singapura?





























Presiden Joko Widodo @ Jokowi telah istihar pada tahun lepas bahawa Indonesia bebas kebakaran hutan 2015  yang setiap tahun lebih sedekad menyebabkan kabut asap atau jerebu melanda Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Namun pada tahun ini kebakaran hutan tetap berlaku di Sumatera Selatan dan Kalimantan ekoran cuaca paling kering kemarau disebabkan fenomena El-Nino.

Ini menyebabkan jerebu yang teruk melanda Indonesia, Malaysia dan Singapura. Kualiti udara PSI mencecah 984 di Riau menjejas aktiviti kehidupan penduduk. Kesihatan penduduk terancam.

Banyak sekolah ditutup, penerbangan kapalterbang dibatalkan atau dilencongkan. Juga banyak negeri di Malaysia dan Singapura ditutup sekolah.

Punca adalah dari kebakaran hutan yang disebabkan oleh pekebun kecil dan syarikat kelapa sawit dan syarikat pulpa kertas.

Indonesia mempunyai undang-undang yang tegas jika disabit kesalahan seorang individu boleh dikenakan penjara 15 tahun dan syarikat yang terlibat boleh didenda dan dibatalkan permit dan lesen.

Presiden Jokowi bertegas mahu mengimplementasi undang-undang tersebut.

Malah Kerajaan Indonesia melalui Menteri Alam Sekitar YB Dr. Ir. Siti Nurbaya Bakar mahu mendedahkan nama-nama syarikat yang terlibat kepada Kerajaan Singapura kerana terdapat syarikat-syarikat Singapura yang terlibat untuk diambil tindakan oleh Singapura.

Malaysia juga punya syarikat-syarikat kelapa sawit di Indonesia tapi tidak pasti samada terlibat dengan pembakaran hutan ini.

Isu jerebu dan pencemaran udara ini saban tahun memberi masalah bukan sahaja kepada Indonesia malah menjejas Malaysia dan Indonesia.

Apa langkah Presiden Indonesia menyelesaikan isu jerebu melanda Indonesia, Malaysia dan Singapura?



Hutan yang terbakar di Indonesia.


Embedded image permalink

    1. Dari Qatar saya terus kendalikan langsung 
    2. penanganan kebakaran hutan. -Jkw

Walaupun luas hutan terbakar tahun ini sudah menurun, tidak ada toleransi bagi pembakar hutan -Jkw

Embedded image permalink

Pagi ini saya meninjau langsung penanganan kebakaran hutan di Banyuasin, Sumsel. Semua harus bergerak -Jkw

Menurut Pusat Penyelidikan Perhutanan Antarabangsa , kebakaran hutan di Indonesia adalah disebabkan terutamanya oleh aktiviti manusia. Amalan The slash and burn practice diiktiraf sebagai cara yang paling mudah dan paling ekonomi untuk syarikat-syarikat minyak sawit untuk membersihkan tanah itu.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...