Friday, September 11, 2015

Lese Majeste Blog Buletin 247 Dan Blog The Flying Kick Menghina Sultan Pahang!




Kedua-dua blog tersebut iaitu Blog Buletin 247 ( http://buletinsengal.blogspot.my) dan Blog The Flying Kick (http://theflyingkick.blogspot.my) telah secara tersurat dan tersirat menghina Sultan Pahang dan melibatkan ADUN Tahan Dato' Sri Wan Amizan bin Wan Razak dengan isu pembalakan haram di Taman Negara merupakan satu pembohongan besar dan nyata tidak berasas.

Kedua blog tersebut dengan berniat jahat memaparkan foto Tuanku Sultan Pahang bersama Dato' Sri Wan Amizan dengan posting yang secara tersurat dan tersirat mahu melibatkan Tuanku dan ADUN Tahan dengan isu yang tidak benar dan salah fakta isu pembalakan haram di DUN Tahan.

Merujuk Jabatan Hutan Pahang dan Daerah Jerantut tiada aktiviti pembalakan haram di DUN Tahan terutama dekat kawasan Taman Negara. Aktiviti pembalakan yang ada berdasarkan kelulusan dari Kerajaan Negeri Pahang terutama melibatkan agensi kerajaan iaitu Yayasan Pahang yang banyak memberi bantuan pendidikan kepada anak-anak Pahang melalui hasil balak dan hasil perladangan.

Blog Buletin 247 dengan tajuk posting dibawah:

Kenapa ADUN TAHAN Melenting Apabila Pembalakan Haram Yang Musnahkan Alam Sekitar dan Eco-Pelancongan Taman Negara Pahang Didedahkan?

Friday, 11 September 2015 sila klik sini.



Blog The Flying Kick dengan tajuk dibawah:

Friday, September 11, 2015

ADUN UMNO TAHAN SEPATUTNYA BERTERIMA KASIH KERANA PENDEDAHAN MUDAHKAN KERJANYA, BUKANNYA MELOMPAT DAN MELATAH!!!



Isu yang dibawa oleh kedua blog ini adalah berunsur fitnah tanpa meneliti fakta yang benar dan sahih serta berniat jahat menjatuhkan reputasi ADUN Tahan.

Juga kedua blog ini juga berniat jahat mahu mengaitkan dan memburukkan Sultan Pahang secara tersurat dan tersirat dengan posting-posting dan foto yang dimuat naikkan dalam blog masing-masing.

Lese Majeste Blog Buletin 247 dan Blog The Flying Kick Menghina Sultan Pahang.

Pihak berkuasa negara seperti Polis dan Jabatan Peguam Negara diminta mencontohi Thailand, mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak dan individu yang menghina institusi Raja.

WZWH berpendapat tindakan tegas pihak berkuasa Thailand telah mengelak institusi Diraja negara Gajah Putih itu daripada dipersenda pihak tidak bertanggungjawab.

Dibawah undang-undang ini sesiapa sahaja yang didapati menghina Raja, Permaisuri atau Putera Mahkota Thailand akan berhadapan dengan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap kesalahan.

Sebelum ini, undang-undang antipenghinaan Raja di Thailand atau “lese majeste law” turut menghukum warga asing yang didapati bersalah menghina Raja Thailand.

Pihak berkuasa negara perlu bertegas dengan pihak-pihak yang kerap mengeluarkan kenyataan mengutuk dan mempersenda institusi Diraja kita.

Di Pahang isu-isu alam sekitar dijuarai oleh penyokong pembangkang yang mahu menjatuhkan Kerajaan Negeri Pahang dengan mengemukakan isu-isu yang dianggap seolah-oleh sangat merbahaya dan memudaratkan alam sekitar.

Umpamanya isu Lynas yang bagai hendak goga dan runtuh Negeri Pahang kini senyap sepi. Begitu juga isu Lombong emas Raub, ikan sturgeon Kuala Tahan, dll.

NGO-NGO yang didalangi pembangkang dan opportunis yang bersiap siaga mengambil peluang untuk menggagalkan projek-projek pembangunan kerajaan.

Siapa yang membiayai mereka ini?

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...