Sunday, September 13, 2015

Semangat Iltizam Baru DS Najib





Di mesyuarat perwakilan Bahagian Pekan pagi semalam, saya melihat ramai rakan-rakan dalam parti komponen BN yang turut hadir untuk memberikan sokongan dalam perjuangan kita bersama.

Saya berasa amat terharu melihat kehadiran dan sokongan mereka. Saya dapat mengimbau kembali sejarah permulaan saya sebagai pemimpin hampir 40 tahun lalu selepas Allahyarham ayahanda saya meninggal dunia pada Januari 1976.

Ketika itu, saya telah dipilih oleh parti bagi Pilihan Raya Kecil pada bulan Mac tahun tersebut dan menang tanpa bertanding dan begitulah bagaimana saya bertatih dalam dunia politik.

Apabila disuruh oleh parti untuk bertanding, saya agak tergamam. Umur saya belum cukup 23 tahun dan saya bertanya pada diri sendiri, mampukah saya menggalas tanggungjawab yang berat ini?

Tetapi saya berazam pada masa itu bahawa saya akan menyambung legasi dan perjuangan ayahanda sebagai pemimpin anak jati Pekan.

Setiap perjalanan sudah tentu banyak cubaan dan dalam setiap keadaan itu Tuhan menjanjikan di sebalik sesuatu kesudahan ada kebaikan dan hikmahnya.

Satu keadaan yang pada mulanya kita anggap amat sukar adalah apabila UMNO diharamkan pada 1987. Kita lihat dunia cukup gelap pada ketika itu. Saya tak boleh bayangkan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada masa itu apakah yang akan terjadi kepada parti kita.

Tetapi saya sedar bahawa dalam apa jua keadaan, perjuangan mesti diteruskan. Kita telah berikhtiar dan menggunakan kebijaksaan, berpakat serta mencari jalan bagaimana kita boleh membangunkan semula parti yang sudah banyak berjasa dan berbudi ini.

Alhamdulillah kita melihat UMNO lebih berjaya pada hari ini.

Dalam sejarah 40 tahun dalam politik, dulu tiada media sosial. Itulah faktor yang membezakan keadaan kita sekarang.

Dulu tidak ada senjata untuk mencerca, fitnah dan mengaibkan pemimpin mahupun ada juga cubaan jatuhkan pemimpin. Kalau ada pun, mereka hanya gunakan surat layang dan cara lain.

Hari ini, media sosial hanya di hujung jari untuk kita menyatakan sesuatu yang benar, atau menabur fitnah. Kita berdepan dengan satu suasana baru yang mana media sosial digunakan untuk menyebarkan kebencian kepada pemimpin sehinggakan budi pemimpin tidak bermakna.

Inilah mainan yang berlaku sekarang dan kebetulan pula ia berlaku pada masa saya sebagai pemimpin parti.

Kalau orang nak hancurkan parti, mestilah serang pemimpinnya. Kalau sudah hilang kepercayaan pada pemimpin, maka mudahlah parti itu tumbang pada bila-bila masa.

Dalam politik, bagi menjatuhkan seseorang pemimpin, akan ada pelbagai konspirasi dalam dan luar negara kerana ini semua nak menjatuhkan UMNO sebagai parti yang menunjangi kepimpinan dan pentadbiran negara.

Namun kita semua perlu jelas bahawa negara kita aman dan menjurus kepada kejayaan kerana dipimpin oleh parti keramat UMNO kita. Bersama-samalah kita faham kepada situasi politik di ketika ini.

Saya tidak akan kecewakan ahli UMNO dan rakyat Malaysia. Semua pemimpin menghadapi cabaran dan apabila dah masuk ke gelanggang, jangan kita keluar di tengah-tengah perlawanan.

Kita akan berjuang secara habis—habisan dan saya akan memikul tanggungjawab saya kepada parti dan rakyat.

Selagi saya mendapat sokongan parti dan rakyat, saya akan terus memimpin. Saya tidak akan berundur, Insya-Allah. Kita akan bergerak maju ke depan.

Terima kasih kepada rakyat Pekan yang menyokong saya sejak detik saya dijulang sebagai pemimpin dahulu.

1 comment:

Anonymous said...

Saya dulu menang tanpa bertanding. Bila dah tua nak bertanding tokay dah siapkan duit utk saya. Bolehlah sikit2 saya tolong dan hulur2 mana perwakilan yg tak pernah kenal saya, biasalah tu UMNO kawan saya Nuar dulu pun buat mcm tu jugak. Kami dulu budak Pemuda. Lagipun harta, saham pusaka arwah atok dgn ayah byk lagi. Saya pun tak lupa jasa tokan2 balak tu. Dapatlah memperkukuhkan kedudukan saya dan isteri. Kami sama2 cari makan. Dulu takde 1mdb maka fitnah, cerca, cela dan lahanat tak lah sekuat macam yg kamu terima hari ni. Habis kuat zaman ayah saya dulu pun org bising isu Genting dpt tanah je, tu pun diorang mesti salahkan UMNO bukan ayah saya. Lagipun zaman tu takde internet.
Baru ni saya passed duit kat kawan saya dalam FAM. Pandai dialah nak habiskan duit pembangunan bola sepak tu macamana. Menang ke kalah sama je. Janji duit tu dah sampai dgn selamat. Sementara saya ada kedudukan. Setakat Khairy dia boleh cakap jek, duit saya yg luluskan.
Esok2 kalau dah mati dah kena azab seksa tak dapat dah nak ceramah kat rakyat berdegar2, berpinar2 mcm selalu. Hidup dia memang banyak jugak makan barang2 tak betul, haramjadah ni. Perut dia, sukati dialah.
Dari neraka mereka datang, kepada neraka mereka kembali.Apa adahal...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...