Friday, September 4, 2015

Apa Jerantut Dapat Setelah DS Najib Merasmi Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut 2015?




WZWH sebagai blogger politik pembangunan Jerantut berminat dengan apa Jerantut dapat setelah DS Najib merasmi Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut 2015. Ini satu topik yang sejak mula berblog menjadi minat WZWH.

WZWH perlu melapor apa-apa berita pembangunan Jerantut sebab penduduk Jerantut di luar dan dalam daerah Jerantut termasuk parlimen dan 3 DUN mahu juga tahu.

UMNO Bahagian Jerantut secara rasmi melalui Ketua UMNO Bahagian telah memohon dalam ucapan Ketua Bahagian:

  • Hospital Pakar
  • MRSM

DS Najib mejanjikan bahawa Hospital Jerantut akan diupgrade dinaiktaraf dimasukkan dalam RMK 11.

Terdapat permintaan secara spontan yang berjaya menarik perhatian DS Najib bila Timbalan Ketua UMNO Bahagian mencadangkan antaranya:

  • Peruntukan menaiktaraf asrama Sekolah Rendah Kg Kuala Sat Ulu Tembeling diluluskan sebanyak RM5 juta. Banjir besar 2014 telah menenggelamkan bangunan asrama dan rosak teruk. Peruntukan ini diharap dapat memberi keselesaan kepada anak-anak Ulu Tembeling.
  • Kelulusan menaiktaraf Dewan MDJ sebanyak RM900,000. Sememangnya Dewan MDJ yang telah berusia perlu diupgrade.
  • Menaiktaraf Masjid Lama Jerantut yang perlu untuk menampung bilangan jemaah yang semakin ramai. Belum ditentukan berapa peruntukannya.


Selain dari itu DS Najib telah mempertimbangkan beberapa projek-projek samada untuk kelulusan dan ada yang mahu dimasukkan dalam RMK 11. Ini tidak berkenaan dengan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Jerantut. Antaranya:

  • Projek membina jalan luar bandar dan beberapa buah jambatan dari jambatan Gemunchur (Mela)  ke Kg Labu melalui Kg Batu Balak Mukim Tembeling.  
  • Projek Flyover, Jalan Lingkaran, Access Road dan Exit Road bagi mengurang kesesakan lalu lintas jalan dan jalan keretapi di bandar Jerantut menghubungkan DUN Damak Dan DUN Tahan  sila klik sini. DS Najib bersetuju memasukkan projek ini dengan lengkap ke dalam RMK 11.
  • Satu projek infrastruktur jalan luar bandar yang paling besar di Jerantut yang akan DS Najib mahu umum sendiri kelulusannya nanti. 


WZWH berpendapat sudah banyak peruntukan-peruntukan telah dapat ke Jerantut apatah lagi bila semua projek itu diluluskan peruntukan dan mahu diiplementasikan.

Walau Jerantut tiada Menteri, Timbalan Menteri, EXCO dsb tetapi tetap prestasi politik Jerantut tetap jitu menang parlimen dan tiga DUN itu.

WZWH amat berharap rakyat Jerantut tetap konsisten meneruskan sokongan kepada UMNO dan BN dalam PRU 14 akan datang.

Lagi sekali terima kasih DS Najib Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia di atas segala keperihatinan Dato' Sri terhadap kemajuan dan kebajikan Jerantut.

3 comments:

Unknown said...

eh.. Jalan Benta - Jerantut - Maran xde sape yang bamgkitkan ker..? Projek di bawah RMK 8 lagi masih x siap2.. ade perkembangam sekarang..?

Yg kedua, hospital Pakar memang elok juga dibuat..Keperluan rakyat sekeliling ..Tapi MRSM tu rasanya kurang mendesak keperluannya.. Bukan tak nak tapi banyak projek2 lain perlu diberi perhatian... Contohnya jalan dan beberapa projek yang Ahli Parlimen janjikan sewaktu PRU lalu..
Dari minta MRSM hanya khas untuk pelajar cemerlang dari seluruh negara, lebih baik minta universiti ( setidaknya cawangan) ataupon kolej seperti kolej komuniti itu.. Besarkan fungsi kolej komuniti kepada kolej bertaraf premier yang boleh menawarkan pelbagai kursus berbanding hanya 4 kursus sahaja..
Penubuhan Kolej pertanian berteknologi tinggi( Kolej Agrotek Malaysia)seperti yang dicadangkan Pemuda UMNO Jerantut tahun lepas juga lebih berimpak tinggi kepada para penduduk Jerantut..

Itu pandangan jika berhasrat membangun Jerantut melalui pendidikan.. Sebenarnya banyak lagi yang boleh difikirkan apa sebenarnya hasrat penduduk Parlimen Jerantut yang luas ini.. Perumahan mampu milik, peluang pekerjaan dsb.. cuma bagaimana semua itu mampu direalisasikan .. Rancanglah elok2, fikir dengan teliti apa yang mahu dipohon kepada pihak berkenaan..
Memanglah kita mahu semua, tetapi bayangkan bahagian UMNO yang sebanyak 191 itu juga perlukan projek serupa kita.. Pasti pihak berkenaan perlu meneliti kesemua pemintaan ketua bahagian.

Pandangan sepintas lalu sahaja...
. n

Anonymous said...

menaiktaraf jalan dai Kuala Tembeling ke kg. besul sepatutnya dibangkit Dan diutamakan.. jambatan sg kerak Dan Bukit mentimun telah terlalu klasik
..dapat lebar Jln tersebut 2 kaki pun dah ok.....
tq...sekadar pandangan dari anak Kuala tembeling

Anonymous said...

Projek ikan sturgeon camana? Jerantut tak join ke?
Walaubagaimanapun otak Najib dan penasihat dia harus diupgradekan berkali2. Banyak masalah negara yg timbul dan tak berjawap kemas sepanjang beliau menjawat jawatan dlm kerajaan bukan di Pahang saja malahan di seluruh negara.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024