Thursday, September 17, 2015

Selepas Baju Kuning...Kemudian Baju Merah...Apa Lagi Rakyat Malaysia Mahu? Pemerintahan Tentera Diraja Malaysia!




Pemerintahan Tentera Diraja Malaysia (Malaysian Royal Military Regime) adalah satu alternatif pentadbiran dan pemerintahan politik yang belum dicuba lagi oleh rakyat Malaysia.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbahagi kepada tiga:

  • Tentera Darat Diraja Malaysia-TDDM
  • Tentera Laut Diraja Malaysia-TLDM
  • Tentera Udara Diraja Malaysia-TUDM

Angkatan Tentera Malaysia taat setia kepada DYMM Agong dan Raja-Raja Melayu.

Rakyat Malaysia yang semakin cerdik politik sudah bosan dengan politik yang diamalkan oleh Malaysia sejak 60 tahun dulu.

Ini kerana lebih cerdik politik rakyat Malaysia lebih pelik politik yang mereka mahu.

Tidak dinafikan ramai pemimpin-pemimpin politik Malaysia belajar di seluruh pelusuk dunia baik dari UK, US, Eropah, Australia, Timur Tengah, Pakistan, Afrika, Jepun, China, Korea dan Taiwan serta Hong Kong. Ada juga pemimpin-pemimpin yang tidak sekolah tinggi.

Oleh kerana terlalu banyak aliran pemikiran politik maka pemimpin-pemimpin ini menjadi keliru mengenai apa sebenarnya bentuk pemerintahan politik yang mereka mahukan.

Pemimpin-pemimpin ini hanya mahu memikir macam mana mahu dapat kuasa melalui pilihanraya dengan mudah tanpa idea-idea dan usaha dengan menggunakan berbagai strategi yang kebanyakannya hanyalah retorik, janji-janji indah, propaganda fitnah, sentimen, sensitiviti dsb.

Pemimpin-pemimpin ini berkeupayaan melahirkan pengikut dan rakyat boleh menjadi keliru dan tidak percaya kepada sistem yang selama ini berupaya menyatukan rakyat.

Akhirnya semua sudah jadi keliru dari Legislatif, Judisiari dan Eksekutif. Negarawan-negarawan  pun menjadi keliru dan hilang punca. Rakyat pun tidak tahu buat keputusan.

60 tahun dulu rakyat tidak pandai politik seperti hari ini. Rakyat dulu didedah dengan ancaman dan ketidakpastian hala tuju ke mana negara.

Mahu bebas dari penjajah, mahu bebas dari darurat pengganas komunis, mahu bebas dari campurtangan asing. Maka lahir satu sistem pemerintahan dan pentadbiran yang boleh buat rakyat bersatu dan percaya.

Hari ini semakin cerdik dan berpelajaran rakyat Malaysia apa yang dilihat rakyat terpengaruh dengan  sentimen dan sensitiviti yang dibawa.

Rakyat keliru. Rakyat tidak percaya kepada Kerajaan. Rakyat juga tidak percaya kepada pembangkang. Rakyat tidak boleh duduk atas pagar. Rakyat kena memilih hanya ada satu kerajaan dalam demokrasi.

Bila rakyat teruja, ghairah dan fanatik  mahu menyokong baju kuning yang dibawah:




Bila rakyat teruja, ghairah dan fanatik  mahu menyokong baju merah yang dibawah:




Bila baju kuning dan baju merah guna strategi politik yang terbaik bagi menolong menang parti-parti dan barisan atau pakatan yang mereka sokong hasilnya nanti dalam pilihanraya umum 14 dan seterusnya:


POLITICAL STALEMATE...

Bila pemimpin-pemimpin politik terlalu pandai menghasut dan retorik guna sentimen dan sensitiviti maka hasilnya pertembungan baju kuning dan baju merah yang buat hala tuju negara tidak menentu dan kacau.

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mencuba alternatif citarasa terbaru:

Pemerintahan Tentera Diraja Malaysia yang boleh menstabil dan mengurus, mentadbir, menjaga , melindungi negara ke hala tuju yang pasti.

Bagi peluang kepada tentera untuk mendisplin rakyat Malaysia.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...