Keretapi kargo ringan membawa bijih besi dari Lombong Bukit Ibam ke Kg Lanjut Kuala Rompin sejauh 80km shipment pertama ke Jepun pada 6 Julai 1962.
Pelabuhan lama Kg Lanjut Kuala Rompin. Bijih besi dihantar ke kapal guna conveyor.
Di bawah komen seorang pembaca blog WZWH selepas membaca posting WZWH Sila Klik Sini.
Anonymous said...
bro
you know what the solution is. As you said above and as done by the british; build a separate rail track and port to manage the bauxite mining to minimize contamination!
Tak adalah bercampur dengan jalan biasa, habis tercemar dan ganggu keselamatan orang awam!
Persoalannya sekarang kenapa kerajaan tak buat segala infrastruktur ni dulu sebelum membenarkan perlombongan bauksit tersebut?
Apakah kerajaan ini bodoh??
Isu Bauksit di Kuantan Pahang buat WZWH serba salah.
Pahang negeri WZWH. Bauksit sumber ekonomi penting Pahang dan terutama mengerak ekonomi Kuantan.
Ada rakyat Kuantan dan luar yang menumpang beroleh keuntungan ekonomi bauksit. Tuan punya tanah, pemandu lori , pekerja dan pengurusan lombong bauksit dan pengusaha-pengusaha baik yang halal dan yang haram serta Kerajaan Negeri.
Rakyat Kuantan ada yang terjejas akibat pencemaran debu bauksit. Sungai dan laut dikatakan tercemar. Kehidupan rakyat terganggu tidak selesa. Pendapatan nelayan tepi pantai Beserah turut terjejas.
Kerajaan Putrajaya terpaksa masuk campur bila isu pencemaran bauksit buat rakyat marah. Antara isu-isu yang disentuh antaranya:
- Kawalan lesen dan permit bagi mengurangkan pengeluaran memastikan pengusaha yang halal dibenarkan.
- Penguatkuasaan ditegur berlaku pandang sebelah mata.
- Pengurusan pengendalian stockpile yang berpusat dan sistem pengendalian bauksit di Port Kuantan dirombak baru.
- Pengendalian sistem transport lori bauksit.
Putrajaya mengenakan moratorium 3 bulan bersyarat hentikan perlombongan bauksit.
Putrajaya dengan berbagai Kementerian, Agensi dan Media Massa arus perdana kelihatan ghairah menekan Kerajaan Negeri Pahang.
Berbagai statement dikeluarkan mengambarkan Kerajaan Negeri Pahang ini seolah-olah tidak competent.
Tindakan SPRM menangkap beberapa penguatkuasa dari Jabatan Negeri Pahang dan berapa tangkapan telah, sedang dan akan menyusul.
Ada persepsi seolah-olah Kerajaan Negeri Pahang ini turut corrupt kerana dikatakan SPRM tangkap ikan bilis tidak tangkap ikan jerung.
Kenapa SPRM tidak bertindak sebelum Putrajaya bising?
Kenapa SPRM tidak bertindak sebelum Putrajaya bising?
Ketua Pemuda UMNO Malaysia mencadangkan supaya tempoh moratorium 3 bulan henti bauksit itu dilanjutkan lagi. ( Sama dengan gesaan ahli parlimen pembangkang Kuantan)
Tak tahan juga WZWH tengok Kerajaan Negeri Pahang kena buli macam ini.
Negeri Pahang Darul Makmur adalah negeri yang berdaulat dan merdeka.
Isu Bauksit memerlukan penyelesaian jangka panjang.
Pahang ada pengalaman melombong. Sudah beribu tahun bumi Pahang dilombong.
Pahang boleh guna teknologi 1960an pengalaman perlombongan besi di Rompin seperti tertera pada dua foto di atas.
Build a separate rail track and port to manage the bauxite mining to minimize contamination!
Tak adalah bercampur dengan jalan biasa, habis tercemar dan ganggu keselamatan orang awam!
Pahang boleh negotiate dengan China. Kuantan mengeksport 40% keperluan import bauksit China.
Berapa lama rezab bauksit ini boleh tahan? 15-20 tahun.
Negotiate dengan China negotiate long term contracts for the purchase of bauxite ore from Kuantan and for China to supply RM hundred millions worth of steel, plant and railway equipment.
WZWH recommend China Railway Engineering Corporation/Group.
Siapa mahu initiate?
No comments:
Post a Comment