Wednesday, January 27, 2016

Makam Raja Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Saud



DS Najib Tun Razak dikurnia Bintang Darjah Kebesaran  the King Abdul Aziz Order of Merit (First Class), Saudi Arabia's highest honour, oleh Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud pada 17 Januari 2010.

Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud  ialah Raja Arab Saudi dan Penjaga Dua Masjid Suci pada tahun 2005 hingga 2015 sila klik sini.

Baginda mempunyai kekayaan peribadi yang dianggarkan bernilai US$18 bilion, menjadikan beliau ketua negara ketiga terkaya di dunia.

Baginda mempunyai hubungan yang rapat dengan DS Najib PM Malaysia.



Raja Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Saud telah meninggal dunia pada 23 Januari 2015 ketika berumur 90 tahun dikebumikan dengan panduan Sunnah Rasulullah SAW yang cukup ringkas dan sederhana.

Maka seisi dunia menyaksikan bagaimana jenazah baginda disolatkan di Masjid Jami’ Imam Turki Bin Abdullah lalu disempurnakan di Perkuburan Al-Ud Riyadh dengan:

  • Tidak ada tembakan meriam
  • Tidak ada bacaan surah Yaasin
  • Tidak ada payung untuk jenazah
  • Tidak ada taburan bunga di kubur
  • Tidak ada kenduri arwah dan majlis tahlil
  • Tidak ada kemenyan atau setanggi dibakar
  • Tidak ada iringan muzik ketenteraan dan kebesaran
  • Tidak ada doa beramai-ramai dipimpin di atas kubur
  • Tidak disyaratkan berpakaian berkabung yang khusus
  • Tidak ada siraman air mawar atau air Yaasin di kubur
  • Tidak ada ucapan Al-Fatihah disedekahkan merata-rata
  • Tidak ada tafakkur dan pengibaran bendera separuh tiang
  • Tidak ada bacaan talkin dan duduk beramai-ramai di kubur
  • Tidak ada binaan tembok, kubah dan makam di atas kubur
  • Tidak disyaratkan pemakaian ikat kepala atau ikatan lengan yang khusus
  • Tidak ada sedekah atau upah diberikan kepada rakyat yang bersolat jenazah
  • Tidak ada perarakan jenazah, panji-panji dan pingat kebesaran berkilometer jauhnya
  • Tidak ada batu nisan marmar berukir indah yang mahal, melainkan batu nisan simen tidak bertanda
  • Tidak ada amalan menunggu kubur dengan mengkhatamkan bacaan al-Qur’an di atas kubur
  • Tidak ada pentas atau tempat khas disediakan untuk kerabat DiRaja menyaksikan upacara pengebumian
  • Tidak ada cuti berkabung rasmi sehari atau berhari-hari, sekolah dan pejabat kerajaan dibuka seperti biasa
  • Tidak ada menunda-nunda penguburan jenazah sehingga ramai pemimpin atau ketua negara luar tidak sempat sampai
  • Tidak ada tandu usungan jenazah berpedati untuk diusung puluhan orang, melainkan pengusung biasa
  • Tidak ada kain baldu hijau bersulam ayat al-Qur’an menutup jenazah, melainkan menutup jenazah adalah jubah luar atau “Mishlah” yang dipakai oleh si mati ketika hidupnya
  • Tiada penghormatan dengan tradisi ketenteraan seperti pemberian hormat, tiupan bugle, lagu Last Post dan tembakan segerup senapang 3 kali berturut-turut dilaksanakan

Kesemua amalan di atas tidak keluarga baginda laksana, bukan kerana tidak kuat beragama. Tidak pula mereka tinggalkan kerana mereka miskin dari segi kewangan. Bahkan baginda dan kerabat baginda merupakan antara kelompok manusia terkaya di dunia.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024