Friday, January 29, 2016

Mengenali Tokoh Kedah YB Dato' Dr Ku Abdul Rahman Bin Ku Ismail



YB Dato' Dr Ku Abd Rahman adalah EXCO Pelaburan, Industri dan Perdagangan dalam negeri.

Beliau adalah ADUN Guar Chempedak 

Dato' Dr Ku Abd Rahman kelihatan mempunyai potensi yang paling tinggi berdasarkan latar belakang beliau , selain daripada menjadi ahli EXCO yang paling kanan dalam barisan Kerajaan Kedah

Berumur 63 tahun.

Anak jati Yan Kedah.

Darjah Setia DiRaja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato’ dan Bintang Khidmat Masyarakat (BKM) oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman, masing-masing pada tahun 2003 dan 1994.

Beliau juga menerima ’Special Medal of Diplomacy in recognition of outstanding contribution in the field of foreign affairs’ oleh kerajaan Taiwan pada Jun 2007. Beliau adalah Ketua Perwakilan Malaysia yang pertama diberikan anugerah berkenaan.

Dilahirkan Di Yan Kedah pada 23 September 1952.

KELULUSAN
Berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains Getah (Rubber Science) dari Loughborough University, England, United Kingdom. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Sains dan Teknologi Polimer dari North London University, England dan Ijazah Sarjana (M.Sc) dalam bidang yang sama dari Loughborough University

KERJAYA
Terpilih sebagai Wakil Rakyat (ADUN) di kawasan Guar Chempedak pada Mac 2008. Sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Presiden Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia (Defacto Ambassador, Ketua Perwakilan) di Taiwan (2005-2007), Pengarah Urusan Kumpulan Bina DarulAman Bhd. (2001-2004), Setiausaha Politik Kepada Menteri Pertahanan (1997-1999), Setiausaha Politik Kepada Menteri Luar Negeri (1999-2001), Pengarah Teknikal MARDEC BHD (1989-1997) dan Saintis Kanan di Institut Penyelidikan Getah Malaysia (1976-1988). Sekarang ini menganggotai Lembaga Pengarah, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Anglo Eastern Plantation Sdn Bhd (anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera) dan Melati Ehsan Holding Bhd. (Pengerusi), Pengerusi Majlis Perundingan Koperasi negeri Kedah. Baru-baru ini terpilih sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Jenan, Naib Pengerusi Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara dan Pengerusi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Yan.

HOBI
Membaca, menulis, aktiviti kemasyarakatan dan bertukar-tukar fikiran.

Keturunan keluarga berasal dari Keluarga Wan Kedah.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024