Monday, January 25, 2016

Kelulusan Bukan Syarat Utama Jadi Menteri Besar dan Perdana Menteri-Model John Major



Sir John Major, Perdana Menteri United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (1990-1997) berkelulusan O-Level (sama taraf dengan SPM Malaysia). Berhenti sekolah dengan mendapat 3 subjek O-Level kemudian buat PJJ correspondence dapat lagi 3 subjek O-Level. 

Ini sumber inspirasi bagi ahli politik Malaysia yang berkelulusan SPM atau SRP untuk bercita-cita menjadi Menteri Besar atau Perdana Menteri.

Tiada halangan. Negara maju seperti UK pun mengiktiraf.

Kelulusan bukan syarat utama menjadi Menteri Besar dan Perdana Menteri.


Tajul Urus Mat Zain

Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, semua ADUN di negeri itu layak dan boleh dipertimbangkan untuk dilantik menjadi Menteri Besar Kedah.

Tajul Urus berkata, walaupun beliau mengakui pendidikan itu penting, namun prestasi seseorang wakil rakyat itu tidak wajar diketepikan hanya semata-mata kerana tidak mempunyai kelulusan yang tinggi.

“Yang PhD (Doktor Falsafah) pun tak tentu boleh melaksanakan (tugas) dengan baik. Orang politk yang sudah melalui banyak pengalaman, yang sudah melalui naik turun mungkin paling baik.

“Kesetian kepada parti dan pucuk pimpinan ada faktor utama,” katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Macam Ahmad Maslan dan PhD PhD lain dalam kabinet ya. Dr Zahid Hamidi, Dr Shahidan Kassim dan beberapa yang lain. Salleh Said Keruak PhD juga ke?

Unknown said...

Manusia dah nak melancung kebulan, bolehke Dr shiekh kita pegi setakat SPM je?
Bodoh punya jawaban..
Dahlae Jahil agama, hok dunia pun nak cukup-cukup makan.
Esok -esok boleh cuim tangan tembam -dapat jadi pengerui TH!

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024