Wednesday, January 20, 2016

Krisis Politik UMNO Kedah Apa Tindakan DS Najib?




Kerajaan Kedah mengalami krisis politik UMNO parti yang majoriti membentuk kerajaan.

Pemimpin Kedah yang terdiri dari majoriti 14 dari 15 Ketua UMNO Bahagian, majoriti ahli parlimen dan ADUN serta pemimpin-pemimpin sayap UMNO negeri sudah hilang kepercayaan kepada MB kedah DS Mukhriz Mahathir.

Pemimpin Kedah mahu DS Mukhriz berundur. Pada masa yang sama Mukhriz mengumpul rakyat menyokong beliau di Alor Setar.




Pada press conference jelas penyokong-penyokong DS Najib ramai di situ. Kenapa tiba-tiba pemimpin Kedah jadi berani?

MB dilantik dari parti yang majoriti oleh Sultan atas nasihat Perdana Menteri.

Semua pihak boleh mendesak MB berundur tapi keputusan mutlak adalah ditangan Perdana Menteri.

Masalah di Kedah siapa yang boleh ganti Mukhriz ketika ini?

Mana-mana yang mahu jadi MB itu ramai yang kaki sabotaj, kaki bodek, kaki lalang, kaki hayau  dan kaki tidak berpelajaran-tiada integriti

Mukhriz lebih disukai oleh grassroot. Orang PAS ramai suka kepimpinan Mukhriz MB Kedah.


DS Najib ada dua pilihan:

1) Ikut kehendak 14 Ketua Bahagian, Majoriti ahli parlimen dan ADUN serta pemimpin sayap lalu tukar MB Kedah, ganti Mukhriz dengan tokoh lain yang lebih integriti.

Apa kesan kepada politik Kedah. Bolehkah Kedah memenangi PRU 14.

Apa kesan kepada Tun Mahathir? Adakah Tun Mahathir akan lebih panas lagi kritikan politiknya.

Susah juga untuk DS Najib buat keputusan.

Nanti ramai Ketua-ketua Bahagian, ahli parlimen, ADUN dan pemimpin sayap dari negeri-negeri lain akan buat benda yang sama seperti UMNO Kedah buat tukar MB masing-masing!


2) Ikut cara Tun Mahathir dulu di Kedah berlaku  semasa Tun Mahathir yang jadi PM. Tun Mahathir dulu panggil puak yang tentang MB, dia buka X-FILE masing-masing. Balik bodoh aje Jika Najib guna approach Tun Mahathir dulu...senyap.

Mukhriz pun kena reti bahasa kena berbaiah dengan DS Najib ucap taat setia jangan keras kepala. MB kena taat setia kepada Perdana Menteri.

Tun Mahathir cukup-cukuplah bantai DS Najib!


WZWH berpendapat DS Najib punya wisdom untuk membuat keputusan yang bijaksana untuk menyelesaikan krisis politik UMNO Kedah.

1 comment:

Anonymous said...

Cari pasal semua tu..rakyat dah bg nenang buat perangai pl..sy yg blk mengundi dulu pun menyesal ada pemimpin sesama parti berussha jatuhkan kwn sendiri..bkn pikir nak kuatkan lg parti tp nak jahanamksn lg afa la..pendekatan mukhriz pun buat parti pas oening nak attack dia sudahnya pemimpin umno yg jelas tamakkan kuasa ni yg nak Jatuhkan umno..harap rakyat kedah kasi kalah mereka yg ada dlm dewsn hotel alora ni pd pru 14 nanti..unfi sy pasti bkn utk petualsng politikus bangang ni lagi...pg jahanam mat bashah n the geng..pemimpian sial kedah patut dibuang terus dr arus politik kedah..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024