Tuesday, January 12, 2016

Kejayaan Vietnam Dan Thailand Menghasilkan Caviar Meransang Penternakan Sturgeon Di Lembah Tembeling Jerantut



DS Najib sangat berminat dengan sturgeon farm menghasilkan caviar. Telur ikan sturgeon yang berkualiti sangat mahal dan boleh mendatangkan pulangan ekonomi berpendapatan tinggi kepada peneroka Felda dan orang kampung tradisional. Idea sturgeon farm atau caviar park adalah pet projek PM sejak 2010. 

Felda diberi amanah usahasama dengan syarikat Korea untuk menjayakannya. Satu lokasi seluas 50 ekar telah dipilih di Kuala Tahan Lembah Tembeling . Ekoran Jabatan Alam Sekitar (JAS) minta tukar lokasi kerana kawasan sensitif alam sekitar dan tambahan pula paras banjir besar 2014 telah lebih tinggi dari banjir 1971 memberi kesan kepada lokasi tersebut.

Kelewatan menjayakan Caviar Park ini telah mendukacitakan PM. DS Najib mahu projek ini diteruskan. Satu lokasi seluas 200 ekar telah dipilih di Lembah Tembeling bagi menjayakan projek sturgeon tersebut. Kerajaan Negeri Pahang dan Felda telah memberikan kerjasama yang baik membantu menjayakan projek tersebut bernilai RM150 juta. Sebuah syarikat tempatan akan diberi mandat bagi memastikan projek tersebut berjaya dilaksanakan.

Apa yang DS Najib telah iltizamkan bahawa projek sturgeon ini menjanjikan pulangan ekonomi yang lumayan bagi ekonomi baru kerana caviar adalah emas hitam nilainya. Ini terbukti ada asas yang kukuh.

Kejayaan Vietnam dan Thailand menghasilkan caviar boleh meransangkan lagi penternakan sturgeon di Lembah Tembeling, Jerantut.

Vietnam telah bermula menternak sturgeon pada tahun 2007. Pada mulanya ramai saintis Rusia menentang kerana air Vietnam lebih panas 10 darjah. Semua 6 buah sturgeon farm yang sekarang ini menghasilkan 500,000 ikan sturgeon diternak di reservoir dam hidroelektrik. Caviar yang dihasilkan bukan sahaja dijual di hotel bertaraf 5 bintang bahkan dieksport kembali ke Rusia. Kualiti caviar hampir sama dengan caviar beluga Rusia dan Iran.

Bagi kejayaan Vietnam sila klik sini.

Thailand pula kini boleh menghasilkan telur ikan sendiri dari sturgeon farm di Gunung Doi Inthanon. Ini adalah projek Diraja Thailand dilaksanakan sejak tahun 2007 bagi menambah pendapatan ekonomi rakyat. Ini juga satu kejayaan dalam kajian perikanan air tawar yang membolehkan penternakan ikan air sejuk di Thailand.

Bagi kejayaan Thailand sila klik sini.

Bagaimana dengan potensi kejayaan sturgeon farm atau caviar park di Lembah Tembeling Jerantut ini. Saintis Korea yakin dengan research yang telah mereka jalankan mendapati suhu di Lembah Tembeling yang lebih panas dan kualiti air boleh mempercepatkan lagi sturgeon bertelur memakan masa 4 setengah tahun ke 5 tahun. Caviar Park itu adalah persekitaran tertutup dan suhu terkawal dengan sistem pengaliran air yang canggih.

WZWH telah menulis berpuluh-puluh posting mengenai projek sturgeon di Lembah Tembeling. Posting yang terbaik ialah Technology Transfer Sturgeon: Ekonomi Dan Pembiakan Ikan Tempatan.

Diharap kejayaan penternakan sturgeon dan hasil positif RnD di Caviar Park ini boleh membantu membiakkan lagi dengan lebih baik ikan tempatan seperti patin, kelah, jelawat dan lain-lain.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024