Monday, March 14, 2016

Adakah Sejarah Akan Mengenang Mahathir Sebagai Negarawan Si Kitol?





Dalam Sejarah Melayu, Si Kitol (keturunan Keling) adalah rakyat yang belot dan memainkan peranan kepada kehancuran Melaka. Si Kitol lah yang berperanan sebagai dajjal menabur fitnah dan memecah belahkan orang Melayu mengakibatkan kemusnahan kerajaan Melaka yang dulunya gah di seluruh pelosok dunia.

Si Kitol menjadi antara penyebab utama kehancuran Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis 24 Ogos 1511. Kekalahan Melaka adalah disebabkan maklumat kekuatan pertahanan Melaka telah dibocorkan oleh Si Kitol. Selepas itu Melaka dijajah lebih 400 tahun, puluhan ribu orang Islam terkorban, masjid-masjid dirobohkan.

Adakah sejarah akan mengenang Mahathir sebagai negarawan Si Kitol?

Demikian pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sangat berharap Mahathir menjadi negarawan Si Kitol memecah belahkan orang Melayu supaya boleh ambil Putrajaya post PRU 14.

Kerjasama antara pemimpin pembangkang dan Mahathir untuk menyingkirkan Perdana Menteri Dat0' Seri Najib Razak akan membolehkan Pakatan Harapan mendapat lebih banyak undi kaum Melayu, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Beliau berkata Deklarasi Rakyat yang menggabungkan seteru politik akan memberi manfaat kepada pembangkang kerana Mahathir boleh "membuka mata" golongan atas pagar daripada kalangan pengundi Melayu.

"Deklarasi itu adalah sesuatu yang kita katakan sejak bertahun-tahun, ia merupakan skrip kita, beliau membaca skrip kita, jadi kita berpeluang menembusi 2-5% pengundi Melayu atas pagar," kata Rafizi dalam satu forum bertajuk “Pembangkang + Pasukan Mahathir – Berbaloikah untuk Rakyat?” di Kuala Lumpur malam tadi.

Ahli Parlimen Pandan itu menjelaskan kerjasama di antara pembangkang dan pasukan Mahathir baru-baru ini yang menandatangani Deklarasi Rakyat dan melancarkan Gerakan Selamatkan Malaysia.

Beliau menyifatkan golongan atas pagar sebagai pengundi yang membesar dalam persekitaran “pro-establishment” atau tidak mempunyai maklumat mengenai isu-isu semasa.

"Ketibaan Mahathir di pentas kita, dengan menggunakan skrip kita, akhirnya akan membuka jalan kepada kita kepada 2% hingga 5% pengundi atas pagar atau pengundi Umno yang boleh membawa kemenangan kepada kita," kata Rafizi.


Jumlah 2% hingga 5% tambahan pengundi Melayu ini boleh menambah 20 hingga 25 kerusi Parlimen, katanya.


Beliau berkata ini kerana pengundi bukan Melayu akan mengkaji semula sokongan mereka kepada pembangkang selepas beberapa penggal jika tiada sebarang perubahan.


"Sokongan penuh daripada pengundi bukan Melayu tidak kekal selama-lamanya, sebab itu kita perlu memberi tumpuan kepada 2% hingga 5% undi Melayu," katanya.




Anthony Loke daripada DAP juga bersetuju dengan kenyataan Rafizi, sambil menambah Mahathir mempunyai kuasa mempengaruhi penyokong BN.

"Pada PRU14, kita perlu semua kuasa, termasuk  Mahathir, kerana kita perlu akui untuk memenangi PRU14, sokongan yang kita terima dalam PRU13 tidak mencukupi," katanya sambil menambah pembangkang memerlukan tambahan undi Melayu.

"Kita tidak boleh menafikan hakikat Mahathir mempunyai pengaruh, beliau boleh mempengaruhi penyokong BN. Walaupun mungkin tidak lagi mempunyai pengaruh ke atas pemimpin-pemimpin Umno bahagian .... tetapi suaranya boleh mempengaruhi pengundi Melayu, yang mempunyai kebimbangan terhadap isu-isu perkauman, DAP dan lain-lain.

"Orang seperti Mahathir boleh meneutralkan rasa takut," kata Loke.


Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa pula berkata walaupun ramai yang membenci perdana menteri ke-4 itu, terdapat ramai lagi masih suka kepadanya.

"Kita perlu berlaku adil, kita tidak boleh mengatakan beliau tidak mempunyai apa-apa pengaruh sama sekali," kata Husam. – 14 Mac, 2016.- Sila Klik Sini.

3 comments:

Unknown said...

Senarai PENYOKONG-PENYOKONG NAJIB & HIS PARTY......hehehe


http://steadyaku-steadyaku-husseinhamid.blogspot.my/2016/03/cakap-cakapwhat-i-dislike-about-social.html

Anonymous said...

Demi menyelamatkan lubuk emas waris dan kroni....
Sekadar anjeng penyalak kpd kroni2 yg kaya-raya yg telah lama dimanjakan ketika era 22tahun...

Ptuiiihhhh....

Anonymous said...

sikitol banyak lagi yg tinggal, jangan lupa

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024