Nuffnang Ads

Pages

Saturday, March 19, 2016

Mahathir Masih Spin Cuba Pengaruhi Ahli UMNO Benci Najib



Mahathir walau bukan ahli UMNO tapi masih mahu spin cuba pengaruhi ahli-ahli UMNO membenci DS Najib Sila Klik Sini.

Mahathir gagal memnpengaruhi 191 Ketua UMNO Bahagian menjatuhkan DS Najib. Walau hanya ada beberapa kerat Ketua UMNO Bahagian yang mengikut cakap Mahathir.

Sekarang menjelang Persidangan Mesyuarat Cawangan UMNO yang perlu diadakan sekali setahun, Mahathir cuba mempengaruhi 3.6 juta ahli UMNO dari 21,800 cawangan UMNO di seluruh negara dengan menghasut ahli-ahli UMNO mengusul undi tidak percaya kepada DS Najib.


Kita lihat spin Mahathir:

1) Saya tetap setia kepada UMNO

Ahli UMNO yang betul-betul setia tidak akan keluar parti. Ahli UMNO yang setia tidak memburukkan pemimpin setiap masa.


2) UMNO tidak lagi berjuang kerana bangsa, agama dan negara

Untuk Mahathir menyatakan UMNO tidak lagi berjuang kerana bangsa, agama dan negara adalah tidak benar dan tidak adil. Kalau tidak 100% tercapai, UMNO berusaha mencapai.


3) Perjuangan “UMNO” terhad kepada pengekalan DS Najib sebagai Perdana Menteri. 

Ahli UMNO mempertahankan setiap Perdana Menteri. Itu juga yang UMNO buat mengekalkan Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. DS Najib baru nak masuk tahun ke 7.


4) Skandal kewangan, wang berbillion melibatkan DS Najib

Tidak ada skandal, semua isu itu sudah diputuskan oleh Peguam Negara bahawa DS Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan malah di Sidang Dewan Rakyat pun ahli-ahli parlimen tidak boleh sentuh isu itu yang sudah diputuskan oleh undang-undang.


5) DS Najib merosakkan imej negara

DS Najib bekerja kuat promote kepimpinannya ke peringkat global. Hubungan baik beliau dengan Presiden AS dan Presiden China adalah demi kepentingan negara. Kepimpinan DS Najib di Asean sangat diterima-menjadi tokoh pendamai di Selatan Filipina dan Selatan Thailand.


6) DS Najib merosakkan parti sehingga hampir kalah PRU 13.

DS Najib tidak merosakkan parti malah prestasi parti meningkat dengan lebih banyak kemenangan kepada kerusi parlimen dan DUN UMNO. Ketika Pembangkang berjaya menghasut pengundi BUKAN-Melayu percaya kepada "Ini kali lah", tetap pembangkang tidak berupaya menumbangkan BN dan DS Najib PRU 13.


7) UMNO tetap kalah PRU 14 jika dipimpin oleh DS Najib

UMNO  sudah masak selama 70 tahun berdepan setiap PRU. UMNO ada pengalaman. Betul DS Najib perlu motivasi UMNO supaya lebih kuat kerja memastikan UMNO tetap menang PRU 14. Untuk mengatakan UMNO tetap kalah PRU 14 jika dipimpin oleh DS Najib itu adalah kenyataan orang yang kecewa.


8) Hutang negara meningkat sebanyak lebih dari 50 billion Ringgit kerana 1MDB.

Isu 1MDB adalah urusan korporat yang CEO 1MDB boleh atasi dengan strategi-strategi korporat. Nilai Aset lebih tinggi dari Liabiliti. Pelan rationalisasi berjaya mengurangkan liabiliti. 


Malaysia Government Debt to GDP  1990-2016 | Data | Chart | Calendar

Malaysia recorded a Government Debt to GDP of 54 percent of the country's Gross Domestic Product in 2015. Government Debt to GDP in Malaysia averaged 48.22 percent from 1990 until 2015, reaching an all time high of 80.74 percent in 1990 and a record low of 31.80 percent in 1997. Government Debt to GDP in Malaysia is reported by the Ministry of Finance, Malaysia. Please Click Here.


Pembangkang suka mengambarkan kepada rakyat Malaysia bahawa hutang kerajaan Malaysia peringkat bahaya sehingga boleh buat Malaysia bangkrap sperti Greece!

Ahli ekonomi dunia kata hutang kerajaan jika peratusannya kepada GDP dibawah 55% hingga 60% adalah masih boleh diurus.

Malaysia mempunyai rekod membayar hutang negara yang sangat baik tidak pernah default. Kalau kita lihat Malaysia pernah mencatat peratus hutang yang tertinggi pada 1990 iaitu 80.74%

Adakah pada masa itu Kerajaan Malaysia bangkrap?

Pembangkang banyak main isu hutang kerajaan Malaysia seolah-oleh pentadbiran DS Najib sebagai PM gagal mengawal ekonomi yang dipsywar boleh menjurus kepada negara bangkrap.

Kerajaan Malaysia berhutang kerana membiayai pelaburan yang boleh menjanakan lebih banyak pendapatan dimasa hadapan disamping menyediakan barangan dan perkhidmatan dan memberi pekerjaan bagi pertumbuhan ekonomi negara.


9) Pemerintahan DS Najib kejam

DS Najib seorang yang lemah lembut, bercakap tenang dan lembut, tidak ada mengata dan memburuk ke orang. Selalu cuba melakukan apa yang terbaik dan wow faktor yang mahu beliau selitkan supaya rakyat gembira dan suka.


10) Kita tidak boleh tunggu PRU 14 kerana UMNO yang dipimpin oleh DS Najib tetap akan kalah. 

Mahathir bukan Tuhan. Mahathir adalah manusia biasa tidak maksum yang punya masalah hati yang busuk dan hitam pekat membenci DS Najib.

WZWH berdoa kepada Allah semoga Mahathir diberi kembali hati yang bersih putih.

11 comments:

Cik Minah said...

"Malaysia mempunyai rekod membayar hutang negara yang
sangat baik tidak pernah default. Kalau kita lihat
Malaysia pernah mencatat peratus hutang yang tertinggi
pada 1990 iaitu 80.74%

kihkihkihkih..............wzwh, guna otakla kalau
nak berdebat.
Cer baca balik ni:

Malaysia mempunyai rekod membayar hutang negara yang
sangat baik tidak pernah default. Kalau kita lihat
Malaysia pernah mencatat peratus hutang yang tertinggi
pada 1990 iaitu 80.74%

Adakah pada masa itu Kerajaan Malaysia bangkrap?"

KIHKIHKIHKIH: Tahun 1990 tu, siapa yang jadi PERDANA MENTERI
MALAYSIA.........................???????

Sekarang utang dah naik 200% dari merely 180 billion kepada
630.5 BILLION. Dan Perdana Menterinya bukan lagi Dr.Mahadir,
the grand old man. Perdana Menteri sekarang is PENGERUSI
PERNIAGAAN BULUH KASAP 1MDB yang meniaga modal hilang,
untungnya lesap!!!

KIHKIHKIH................MARI KETAWA.

Anonymous said...

ck miinah ..ketawaalah sepuas hatimu sampai kojol pun tiada yang marah...ok..

Anonymous said...

Cai...tak yah meroyan gelak tu..
Hutang yg cai tulis tu termasuk GLC n syarikat2 swasta di negara kita.
Sekurang2nya kerajaan skrg blm guna wang rakyat utk bailout spt zaman tdm.Bailout zaman tdm klu ikut nilai semasa..hampir rm300billion.Mgkin ketika itu mrk dimanjakan sgt oleh tdm hingga gagal segalanya.
1mdb msh kekal berjaya jika diurus dgn baik..mgkin jika berjalan lancar boleh merencanakan aset Serra keuntungan rm180b dlm tempoh 10 tahun.Ia juga syarikat yg paling bnyk membantu ekonomi dan sosial luar bandar.Tak ingatlah brapa ribu yg telah ditaja oleh 1mdb pegi haji tanpa mengira parti politik.Zaman tdm ada??!!!!!

Cik Minah said...

Memang kena ketawa................KIHKIHKIH.
Kerajaan mampo beli jet peribadi PM berharga 286 juta tapi batalkan
biasiswa kerana nak jimat kos 240 juta.
Jadi adakah ekonomi kita BAGUS seperti WZWH war-warkan....????
Memang bagus sebab mampo berprivate jet, kan..........KIHKIHKIH

"Sebanyak RM240 juta dianggarkan dapat dijimatkan setahun apabila kerajaan membatalkan 744 biasiswa kepada pelajar bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata sehingga kini jumlah pelajar yang belajar di luar negara di bawah tanggungan kerajaan adalah seramai 7,736 orang"


Cik Minah said...

Anon 1.25pm.........Zaman Tun, walaupun ada
projek BAIL OUT, tapi tiada biasiswa dipotong
untuk menampong belanja bailout tu. Sebab itu
aku adik-beradik berjaya dan sentiasa bersyukur
sebab kami membesar di Zaman Tun. Keutamaan ialah
HUMAN RESOUCE.
Banding dengan zaman Najib.
Jet pribadi lebih penting daripada perkembangan
human resource.
Yele, tak lulus SRP pun boleh jadi MB,kan, apa ada kisah.
Takda degree boleh beli sijil dan jadi PENGERUSI Tabung Haji.
KIHKIHKIH.
Tengok Jamal ikan bakau, gigih membodek bawak rombongan
Cik Kiah ke Putrajaya dengan plackad UNDUR MAHADIR!!!!!
Dah jadi bahan lawak.
Nak undur APA, orang tua tu dah pun berundur tahun 2003!
KAHKAHKAH......inilah kesannya kalau kelulusan sijil beli.
Nak beli sijil pun main rendah - langsung tak siasat ada
ke tak universiti PRESTON. Dah kantoiiiiii....KIHKIHKIH.
Sambut NAJIB BALIK ke kampong halaman pun kena bayar
rm50 ingit kat rombongan cik kiah dari Felda Bukshit.
Kesian......murah betul nilai Melayu Felda.
50 inggit pun sanggup berpanas terik.
Apakah ini buktinya EKONOMI MALAYSIA BAIK....????

kiasfansuri said...

jawapan terbaik, dato. saya sokong

Anonymous said...

Minah, hampa dok melalut apa pasai kelulusan PMR kah, SPM kah.

Jika hang berkelulusan Phd.sekali pun ada hang setaraf orang berkelulusa MCE (Malaysian Certificate of Education ) seperti Syed Mokhtar Al Bulkari.

Atau yang paling istimewa Dato' Mahpus Omar bekelulusan SRP. Wakil rakyat hebat dari PAS.

Kelulusan bukan menjaminkan kejayaan seseorang. Allah swt memilih orang yang dikehendakinya untuk disampaikan ilmu yang berkat. Rasulllah saw adalah insan yang buta huruf.

Janganlah menghina orang yang kurang atau tiada kelulusan. kerena ia akan melambangkan kejahilan awak sendiri.

Cik Minah said...

OOOOO.....patutlah ditarik semua biasiswa kelaur negara.
Rupa-rupanya cukup takat berkerlulusan SRP or MCE.
HEHEHEHE............FAHAM......FAHAM.
Tapi saya musyik sikit.
Kalau degree tak melambangkan kepintaran,
kenapa ada orang sanggup beli degree dari
universiti yang takda pun di Amerika......????
Ada pak monteri berkelulusan Ph.d, tapi cakap merapu
macam pakcik-pakcik PPRT.
Memang benar cakap awak Anon 4.55, ada Ph.D pun tak guna
CGPA 3.85 pun jadi Maharaja Lawk Malaysia.
So baiklah semua generasi Y lulus takat PMR, kan.
KIHKIHKIH.
By the way, awak ni lulus tak LCE....???

Abdullah said...

Cantik jawapan Cik Minah. Apa yang wzwh cuba spin sebenarnya menunjukkan kelemahan fikirannya sendiri.

Anonymous said...

yang ada srp tunjuk pandaipandei) dan yang ada izajah luar negeri tunjuk tak pandai.

Anonymous said...

Cik minah ketawa tak ingat dunia dah
macam gatal pun ada cara ketawa tu
kalau perempuan buat cara perempuan