Nuffnang Ads

Pages

Thursday, March 10, 2016

Siapa Yang Buka Kampung Mela Pada Tahun 1600?





Novel karya hasil tulisan seorang anak Kampung Mela pada tahun 1962 yang pernah menjadi buku teks sastera Sekolah Menengah Malaysia.


Kampung Mela atau disebut Meler terletak dalam Daerah Kuala Lipis Mukim Cheka. Kampung Mela merupakan kampung paling hilir Sungai Jelai yang berakhir di Kampung Kuala Tembeling. Ada lagi kampung yang paling hilir sekali iaitu kampung Tanjung Bungor.

Kampung Mela terdiri dari beberapa subkampung lagi seperti Kg Mela Tengah, Kg Selang Dato', Kg Hilir, Kg Atil, Kg Serunai, Kg Temunga, Kg Serdang, Kg Talus, Kg Bungor, Kg Chagah, Kg Gemunchur, Kg Ganding, Kg Temetong, Kg Limau Purut yang terkenal dengan bomoh atau tabib patah, dan Kg Jeram Landak.

Kampung Mela merupakan salah sebuah perkampungan yang berada dalam Mukim Cheka 1. Lokasinya terletak 32 km dari Bandar Jerantut dan 38 km dari Bandar Kuala Lipis. Keluasan kampung ini dalam lingkungan 833 hektar dengan bentuk muka buminya yang berbukit-bukau. Perkhidmatan Kereta api Tanah Melayu yang menghubungkan Daerah Tumpat ke Singapura turut melalui kawasan perkampungan ini.

Penduduk di kampung ini menjalankan kehidupan seharian secara sederhana dan jalinan hubungan sesama penduduk kampung yang baik mewujudkan sebuah perkampungan yang aman dan damai. Penduduk di kampung ini mengekalkan adat resam Melayu yang mementingkan adat sopan dan saling menghormati antara satu sama lain. Amalan ini yang menjadi salah satu keistimewaan yang terdapat pada penduduk di kampung ini.

Siapa yang buka Kampung Mela pada tahun 1600?

Penduduk Pahang Barat atau Hulu Pahang (Daerah Lipis) semasa zaman Kesultanan Melaka penghuninya majoriti terdiri daripada orang Asli, di samping sebilangan kecil orang Melayu keturunan Melaka, dan orang Melayu keturunan Minangkabau.

Orang Minangkabau datang mencari penempatan baru, selain berdagang juga melombong emas. Manakala orang keturunan Melaka datang bertujuan mengislamkan orang Asli.

Keluarga Orang Kaya Maharaja Perba Jelai (Tok Raja) juga mula berhijrah ke Lipis sejak 1592 lagi.

Semasa dalam perjalanan menuju ke Lipis, seorang keturunan bangsawan Melaka bernama Tun Behur telah berhenti di satu tempat membuat penempatan.

Orang mula menamakan kampung itu Kampung Behur. Nama Behur susah disebut. Orang mula menyebut Belur. Tidak lama kemudian disebut Melor pula. Akhirnya disebut Mela. 

Hingga sekarang kubur Tun Behur masih mudah di jumpai di Mela. Ada pendapat mengatakan Tun Behur membuka Kampung Mela lebih awal mungkin sebelum tahun 1600.

Bila orang Kelantan mula ramai berhijrah ke Lipis dan Kampung Mela ada yang menyebut Maele.

Cerita asal usul Kampung Mela ini telah diperturun secara mulut tradisi oral dari orang-orang tua zaman dulu kepada Pawang Jeransang.

1 comment:

Anonymous said...

entah