Mitos mengatakan akan muncul kelibat 'Naga Bersisik Emas' di Hulu Sungai menghilir ke Kuala Pahang bagi melimpahi air sepanjang Sungai Pahang.
Perubahan cuaca fenomena El-Nino dikatakan punca utama kekeringan sungai-sungai di Pahang.
Suhu panas melampau, kemarau dan kering kontang menyebabkan rakyat Pahang tidak selesa. Tumbuhan banyak mati. Binatang pun sering keluar dari tempat sembunyi tidak tahan kepanasan.
Sungai yang merupakan nadi kehidupan terutama sumber air dan ikan menjadi kritikal.
Pak Belang pun kini kerap muncul berani turun minum air di sungai yang cetek di hutan Tembeling.
Sungai-sungai di Pahang yang semakin surut dan kering ini menjadikan jiwa rakyat Pahang menjadi lesu dan layu mengambarkan suasana depression.
Rakyat gundah gelana menjadi tidak ceria, marah kepada kerajaan dan pemerintah yang kononnya menyebabkan perubahan cuaca ini.
Hujan tidak turun, angin tidak berhembus, jerubu menambah terik dan darjah kepanasan. Rumah-rumah batu konkrit menambah lagi haba kehangatan setelah rumah-rumah kayu dan atap rumbia dilupakan.
Sampai bila mahu tunggu musibah cuaca panas melampau begini. Dunia semakin panas, meningkatnya pelepasan gas emissions menipiskan lapisan ozone.
Hingga akhir akan munculnya 'Naga Bersisip Emas' melimpahi air di Sungai Pahang.
Ini folklore atau legend diceritera oleh orang tua-tua Pahang. Tentu pembaca blog WZWH yang well educated tidak boleh menerima logik hikayat ini.
Memang sesuatu yang mistik, legend dan paranormal serta supernatural tidak terfikir oleh akal pemikiran kita. Persoalannya kenapa orang tua-tua Pahang mengkisahkan kepada anak cucu?
WZWH hanya menyampaikan cerita buat generasi baru Pahang terutama. Bukan suruh untuk percaya tapi baca dan faham apa mitos dan legend.
Di Scotland pun ada cerita seumpama ini di Loch Ness ada naga yang dikisahkan sejak zaman berzaman. WZWH pernah beberapa kali melawat Loch Ness sebuah tasik merentas sepanjang 30km.
Ada pun yang empunya cerita mengisahkan Hikayat Naga-Naga Sungai Pahang...
Ada pun di Pahang ini ada tiga ekor Naga yang bernama Seri Gumun dan Seri Pahang di Tasik Chini dan Seri Daik yang tidak diketahui dimana lokasi.
Pada tahun 1926 sewaktu banjir besar yang menengelamkan banyak kampung-kampung di Pahang ada ramai saksi yang menyaksikan seekor naga atau ular besar menghilir Sungai Tembeling dan seterusnya mengilir Sungai Pahang hingga ke Kuala Pahang.
Dipercayai inilah Naga terakhir Sungai Pahang yang bernama Seri Daik.
Terdapat lagi dua ekor naga asing yang diberi nama Seri Kemboja dan Seri Siam yang suka menganggu kemakmuran dan keamanan Negeri Pahang.
Dikatakan naga-naga Pahang yang bernama Seri Gumun dan Seri Pahang pernah bertempur dengan dua ekor naga asing ini tetapi tewas sebab naga-naga ini ada kelas kekuatan tersendiri.
Berikut kekuatan naga-naga tersebut:
Naga Seri Gumun bersisip besi
Naga Seri Pahang bersisip perak
Naga Seri Kemboja bersisip gangsa
Naga Seri Siam bersisip biasa
Naga Seri Daik bersisip emas.
Dari segi kekuatan dan kesaktian seekor naga itu diukur dari jenis sisipnya mengikut turutan terkuat seperti berikut sisip emas, sisip perak, sisip gangsa, sisip besi dan sisip biasa.
Naga ini mempunyai pengawal-pengawalnya yang terdiri dari buaya-buaya putih.
Dari mana asalnya naga-naga ini?
Menurut yang empunya cerita ...pada zaman dahulu ada satu ilmu yang diamalkan oleh orang-orang Melayu iaitu bertapa menjadi seekor naga.
Kebanyakkan ilmu ini diamalkan oleh raja-raja dahulu di iringi pegawal-pengawalnya yang juga bertapa menjadi buaya-buaya.
Pada masa itu mereka masih berpegang teguh kepada ajaran Hindu. Tujuannya ialah untuk menjadi kuat dan menjadi seorang yang digeruni bagi menjaga negeri masing-masing.
Pertapaan menjadi seekor naga ini akan memakan masa selama seratus tahun untuk mereka mendapatkan sisik emas.
Dalam masa 25 tahun pertama mereka akan mendapat sisik besi.
25 tahun kedua akan mendapat sisik gangsa.
25 tahun ketiga akan mendapat sisik perak.
Akhirnya bila sampai 25 tahun keempat iaitu apabila genap seratus tahun tahun pertapaan itu sisik mereka akan bertukar menjadi emas.
Jangka masa pertapaan itu bukan sahaja sisik mereka akan bertukar tetapi juga mereka akan mendapat berbagai kesaktian dan kelebihan.
Badan naga ini tersangat besar dan panjang. Jika ia berenang di lautan ombak akan beralun seperti bukit.
Semasa pertapaannya itu ia telah mengalami perubahan sisiknya daripada sisik biasa kepada besi.
Kemudian bertukar menjadi gangsa.
Selepas gangsa ,bertukar menjadi perak.
Kemudian bertukar menjadi emas apabila sampai seratus tahun.
Tempat pertapaannya adalah di gua-gua di dalam lautan atau selat, ditasik-tasik,dan ditepi sungai-sungai. Semasa pertapaannya ,seluruh badannya akan diseliputi oleh lumut dan lumpur yang amat tebal.
Disebabkan oleh badannya yang dibaluti oleh lumpur dan lumut itu maka banyaklah ikan -ikan besar dan kecil di lubuk tempat pertapaannya itu. Selama pertapaannya mereka tidak pernah bergerak atau berjalan ke sana ke mari.
Sesekali ia hanya mengerakkan badannya ...apabila ia menggerakkan badannya sedikit ...air akan berkocak dan ombak akan beralun besar. Keadaan ini terjadi tidak semena-mena...tidak ada angin...tidak ada apa-apa...air akan berkocak dengan kuat.
Penduduk-penduduk dan hidupan di sekitarnya amat memahami keadaannya...Semua hidupan di dalam hutan kawasan tersebut akan menjadi kecut...dan takut sekiranya mereka akan bergerak.
Walaupun mereka mempunyai kekuatan, ia ada kelemahannya....sekiranya ia bergerak dari pertapaannya ia hendaklah bergerak pada malam hari....sekiranya hari siang ia akan menjadi batu...sekiranya ia tidak dapat kembali kepada tempat pertapaannya.Pada waktu siang ia boleh meninggalkan jasadnya dan menjadi orang biasa seperti kita.
Apabila ia mati ia akan menjadi batuan seperti gunung ganang dan pulau-pulau. Jika ia di lautan ia akan bergerak bebas tidak hari siang atau malam ia boleh ke sana-sini membawa jasadnya yang amat besar.
Seri Daik adalah yang tertua...dan telah mencapai tahap sisik emas semasa hidupnya. Pertapaan mengikut yang empunya cerita...Seri Daik dikunci pergerakannya dan tidak boleh bergerak-gerak sehinggalah pada masa sekarang....dikunci oleh seorang pendita (pada masa itu masyarakat menganggap orang yang berkebolehan seperti itu dikatakan seorang pendita...padahal ia adalah seorang Islam yang bertaraf wali Allah...mengunci Sang Daik dengan kalimah-kalimah Allah...sehinggalah terbentuknya beberapa sungai dikelilingi badan Seri Daik).
Orang Melayu pada masa dahulu suka mengamalkan ilmu pertapaan (ilmu agama Hindu sebelum kedatangan Islam....pendekatan adalah baik...iaitu menjaga negerinya daripada serangan musuh-musuh...yang pada masa dahulu menggunakan hikmat-hikmat sakti...dan ia adalah merupakan ilmu hitam yang mempercayai kekuatan jin-jin dan syaitan...tidak mempercayai kekuatan sang penciptanya iaitu Allah).
Adakah 'Naga Bersisip Emas' ini mahu muncul menjaga negerinya dari kemarau yang panas dan panjang ini? Atau si pendita unlock pergerakanya si 'Naga Bersisik Emas' agar bebas memberi khidmat baktinya buat negeri Pahang?