Sunday, August 21, 2016

Pimpinan UMNO Jerantut Terlibat Guling Presiden Kerana Tiada Tindakan?




Pimpinan UMNO Bahagian Jerantut terlibat dalam usaha mengulingkan Presiden UMNO ini topik hangat lebih 22,000 ahli UMNO Jerantut kerana tiada tindakan memecat beberapa ahli UMNO yang telah melakukan kerja subversive menjatuhkan Presiden UMNO lebih setahun lalu dan yang terbaru membawa kepimpinan Parti Bersatu Pribumi Malaysia-BERSATU (yang masih belum mendapat kelulusan ROS) ke bandar Jerantut malam tadi.

Lebih dikesali Biro Politik dan Biro Penerangan gagal bertindak melaporkan kegiatan subversive kepada Lembaga Disiplin Parti dan pucuk pimpinan. Ini menimbulkan persoalan kepada ahli-ahli UMNO Bahagian Jerantut dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut baru-baru ini. Lebih malang ahli-ahli UMNO yang melakukan kerja subversive ini turut menjadi perwakilan.

Tetapi tiada tindakan diambil oleh Pimpinan UMNO Bahagian Jerantut hinggalah acara kemuncak malam tadi di bandar Jerantut berhimpunnya pemimpin-pemimpin besar BERSATU malah Presiden BERSATU turut turun padang ke Jerantut sebagai road show yang pertama parti BERSATU di Malaysia!

Tahniah dan syabas kepada Portal Pahangku yang telah sejak awal tahun lagi telah memecat dan menyenaraihitamkan beberapa ahli UMNO Jerantut ini yang terlibat dengan kegiatan subversive menjatuhkan Presiden UMNO dengan menyisihkan mereka.

Tetapi apa tindakan Pimpinan UMNO Bahagian Jerantut? Apa tindakan Biro Politik? Apa tindakan Biro Penerangan?

Perbuatan beberapa ahli UMNO yang menjadi pengerak dan membawa Pimpinan BERSATU sangat memalukan dan menjatuhkan maruah 22,000 ahli UMNO Bahagian Jerantut dan penyokong-penyokong kuat BN dan UMNO di Jerantut.

Tetapi Pimpinan UMNO Bahagian Jerantut tidak merasa malu dan tidak merasa apa-apa serta buat tidak tahu. Tiada tindakan! Samada mahu buat program-program melibatkan kepimpinan sayap dan Felda sebagai contoh.

Adakah Pimpinan UMNO Bahagian Jerantut terlibat mengulingkan Presiden parti dengan tiada tindakan dan perbuatan merelakan?

Pimpinan BERSATU berjaya melakukan perang psikologi malam tadi di bandar Jerantut dengan mewar-warkan:


Kita berada dalam situasi krisis keyakinan, waktu mana kepimpinan negara hari ini gagal menguruskan dengan baik.

Membuang dan tidak lagi menempatkan politik perkauman pada negara kita.

Apa dah jadi kepada Malaysia? Kenapa masalah ini tidak boleh selesai sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Pengkhianat itu hanya propaganda.
Satu tahap nanti pengkhianat akan menjadi hero seperti Tok Gajah.


Kalau macam ini cara Pimpinan UMNO Bahagian Jerantut lambat bertindak dan tidak proaktif membendung kegiatan pembangkang PRU 14 nanti parlimen Jerantut akan tumbang dengan lebih besar negatif majoriti!

WZWH mahu mencadangkan kepada Pucuk Pimpinan Tertinggi UMNO bahawa beberapa ahli UMNO yang terlibat dan bersekongkol dengan membawa himpunan Pimpinan BERSATU dan PAN ini ke bandar Jerantut malam tadi DIPECAT ahli UMNO dengan kadar segera!

5 comments:

Anonymous said...

kas dengor orang tak berbatuuuuu masih dalam umnoooo sebab depa khatha boleh jadi burong punai terhangguk hangguk yes man.... i m suri...

Unknown said...

Artikel dulu menyatakan org jerantut dah bosan dg isu politik. Tapi org Jerantut tak bosan hendak mendengar isu sebenar yg berlaku sekarang terutama berkait dg 1mdb dan juga tindakan usdoj hendak merampas harta yg dipercayai dibeli dg wang 1mdb. Esok 22 ogos org yg dinamakan oleh usdoj perlu hadir kemahkamah. Kalau tidak harta yg bernilai usd1 juta akan dirampas. Di Jerantut mlm ahad 20 ogos 16 lebih 2000 org mendengar ceramah tersebut. He he he.

Baguslah pecat ahli umno dijerantut yg tak mahu bersekongkol dg perkara mungkar. Agaknya klu dipecat ahli umno tersebut, cukup ke korum nak buat mensyuarat caw dan bah. He he he.

Dimasjid tanah melaka, umno bah tersebut telah menulis surat kpd kolej kemahiran mara supaya dapat menghantar 200 pelajar menghadir mesyuarat bah hari ini 21 ogos. Rujuk link ini http://politikputramerdeka.blogspot.my/2016/08/ramai-hadir.html?m=1

Boleh ke bukan ahli umno menghadiri mesyuarat umno? Adakah umno dah tak ada ahli hingga bukan ahli pun dipanggil untuk menyuarat mereka? He he he. Agaknya mengapa hal ini berlaku yg belum pernah berlaku sebelum pimpinan dibawah presiden sekarang??? Mungkin kurang dedak???

Anonymous said...

Bagus, segelintir sahaja yg menyokong madey n mayudin....jangan di risaukan, biarkan mereka pergi meningalkan umno dripada menjadi duri dalam daging....syabas syabas syabas....pergi lah..pergi lah..pergi lah

Anonymous said...

Ong ngatek la zurik tapi haji nazlan dah dapat dato'. Taknye hibat la dumpok ni. Taknye emboh tuanku dengo ckp gon. Ke dumpok senirik pun dah cengkelik dgn tuankuk?

Anonymous said...

Baso diolahwei urang umno sebeloh tu jadi haram. cuba tingok baru kas dengo lantik to4 kola tahan orang dapat undi dari seramai 5,000 perantuan yang berkerja di luar kawasan ulu tebeling. Undi yang dapat katanya hanya 5 undi, org yang layak dapat 11 undi tak jadi tok4. Jadi kola tahan dapat tok 4 haramlah tu gamaknya. Sebab tu semua prujik dapat semacam haram aje. Sian lah weh bagi anok bini makan haram, keluar jadi anak-anak haram. Jadi bimbanglahwei prujik tu jadi prujik haram....

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...