Monday, August 1, 2016

Semua Tak Betul...Kau Saja Yang Betul!







Tun Mahathir mahu tubuh parti baru. Parti baru ini hanya mahu jatuhkan BN.

DS Mukhriz Mahathir kata. "Parti baru ini bukan pembangkang tapi bekerjasama dengan pembangkang mahu jatuhkan BN pada PRU 14."


Kalau parti ini bukan pembangkang maka ini parti apa?

Tun Mahathir selalu kata," saya tidak anti UMNO, saya anti  Najib".


Berjaya atau tidak parti baharu tersebut, kita lihat sama ada ia diterima rakyat pada pilihan raya umum nanti.

Tun Mahathir mengumumkan satu pakatan parti pembangkang yang melibatkan sebuah parti baharu.

Antara individu yang dikatakan berminat dengan pembentukan parti baharu itu termasuk bekas Timbalan Presiden UMNO, TS Muhyiddin Yassin; bekas Naib Presi­den UMNO, DS Shafie Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah, DS Mukhriz Mahathir.

Tun Mahathir tidak pernah dihalang me­nubuhkan pakatan pembangkang yang melibatkan sebuah parti baharu yang hendak ditubuhkannya, PKR, DAP dan PAN untuk menentang BN dalam PRU-14, selaras dengan amalan demokrasi negara.

Pemimpin UMNO perlu bijak mengawal ahli-ahli parti supaya tidak terpengaruh dengan mana-mana parti lain.

Tun Mahathir ada pengaruh tetapi sama ada pengaruh ini masih kuat atau tidak, itu terpulang kepada penerimaan rakyat.

Apa yang perlu dibuat oleh pemimpin parti sekarang ialah kawal ahli supaya tidak beralih ke parti baharu.

2 comments:

Anonymous said...

Semua Tak Betul...Kau Saja Yang Betul! Awak pun rasa awak betul?? Wan??

Anonymous said...

Biarlah dia dgn kebetulannya...
Mcm lah era 22tahun dia dulu cukup bagus...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...