Sunday, September 4, 2016

DS Najib Mahu Curah Lebih Dana Pembangunan Luar Bandar Mengurang Beban Orang Kampung




"Orang Kampung sanggup hidup mati kerana UMNO"

"Kerana Orang Kampung UMNO masih mampu berdiri tegak hingga hari ini"

"Jadi kita mesti jaga Orang Kampung kerana mereka adalah penyokong tegar UMNO"


Jika "Durian Runtuh" merupakan satu istilah  pembayaran RM15,000 kepada setiap peneroka dulu sebelum PRU 13. 

Kini "Curahan Lebih Dana" bagi melaksanakan pembangunan luar bandar dan  mengurangkan beban orang kampung.

DS Najib berkata demikian semasa berucap menggulung perbahasan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pekan Sabtu 3 September 2016.


Pada masa yang sama, DS Najib yang juga Menteri Kewangan berjanji akan mencari dana tambahan untuk Bajet 2017 bagi melaksanakan lebih banyak pembangunan di luar bandar dan mengurangkan bebanan masyarakat kampung.


"Kita akan cuba kaedah kreatif untuk tambah peruntukan kerana sedar dengan kesusahan yang terpaksa ditanggung mereka...mereka ini jugalah sanggup hidup mati bersama UMNO.

"Jadi, kita mesti jaga orang kampung sebab mereka inilah saban tahun penyokong tegar kita, penyokong berani mati kerana kita, dan tidak pernah menyerah kalah kepada musuh politik...kerana merekalah UMNO masih mampu berdiri tegak sehingga hari ini," katanya.

5 comments:

Anonymous said...

Ada ke duit? Nak beli A4 paper pun suruh parent budak2

Unknown said...

KIHKIHKIHKIH...........baiklah tambah dana kat HOLLYWOOD,
buat filem lucah bermutu tinggi, kali ini bertajuk,
"The PIRATE OF THE BUGIS LEGACY......"
Cuma dalam filem tu nanti janganlah ada dialog,
"Kembangkan layar HOHOHO..labuhkan sauh HOHOHO...."

HEHEHEHE........lawak, lawak.

Anonymous said...

Sklh anak aku buat kutipan khas utk fotostat kertas2 ujian utk upsr.Tak bising pon.
Kena tanya dgn pihak sklh kenapa buat begitu dan bukan terus sentap...

Anonymous said...

Pelakon lucah utama:cik minah aka nazak dikencing
hehehehehe....lawak cai

Filem seterusnya...THE RICH N FAMOUS(Tak kenyang2 wlpun menyamun selama 22tahun)
QAH..QAH..QAH

Pelakon utama:Mamak Kerala
Pelakon pembantu:Din Pagoh..Boboi..Piee Dal
Pelakon undangan:Cik Minah aka Mabuk/Nazak Dikencing..
QAH..HAHAHAHA

Penerbit:The CRONIES
Sarawak Report
WSJ

QAH...HAHAHAHAHA
PTUIIHHHH

Anonymous said...

Teruskan usaha memajukan kwsan luar bandar.Semoga diberkati usaha tersebut.Pedulikanlah apa org nak kata krn masyarakat luar bandar adalah pengundi setia sejak dahulu lagi.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024