Saturday, January 8, 2011

Beribu-ribu Hektar Lombong Emas Ulu Tembeling Perlu Diteroka


Negeri WZWH ini dulu sejarahnya kaya dengan emas. Pada masa itu Pahang merupakan salah sebuah negeri di Tanah Melayu terkenal dengan penghasilan emas. Beberapa kurun yang lalu, di Selinsing, yang terletak berdekatan dengan Sungai Jelai di Pahang, bekas-bekas lombong emas yang dikerjakan oleh orang Melayu masih jelas kelihatan. 

Emas yang dilombong di Pahang pada masa itu telah diberi kepada orang-orang Siam sebagai ufti. Sebenarnya emas telah dilombong lebih awal daripada penghijrahan orang Siam ke Pahang. Daripada bukti-bukti kemahiran teknik, menunjukkan alat-alat perlombongan itu telah digunakan oleh penghijrah bangsa Mon di Pahang, sejak tujuh atau lapan abad yang lampau. Di sini terbukti bahawa perlombongan emas di negeri Pahang mula-mula sekali dijalankan oleh orang-orang Mon.

Kemasyhoran Pahang sebagai pengeluar emas telah diperkatakan oleh beberapa orang penulis. Salah seorang daripadanya ialah seorang ahli sejarah, yang bernama Tun Seri Lanang yang mengatakan:

Shahdan, maka diceterakan oleh orang yang empunya cetera, ada di dalam Negeri Pahang itu sebuah negeri, Pure namanya. Air sungainya tohor. dengan pasirnya terlalu baik, airnya tawar datang ke laut. Dan ada emas urai di sana, dengan padangnya amat luas.

Kenyataan yang lebih jelas mengenai kekayaan emas di Pahang ialah Iaporan daripada seorang penulis Portugis, Manoel Golindho de Eredia (lebih kurang tahun 1600), dalam satu report yang bertajuk: ‘A Report Upon de Aurie Khersonese.yang berbunyi:

Pan (Pahang) was the second seat of the Malay Empire and situated in the east coast of the Peninsula at three degrees North Latitude, and no less frequented by merchants because of its gold mines, for it posseses the largest and finest in Malay Peninsula, from whence we may presume it was this gold that formed the ancient trade of Alexandria or Cairo, etc... thus the lands of the district and jurisdiction of Pan are all lands of gold as a great quantity is found in rugged passes and steep quarries, which gold is taken to Malacca for sale. So much so that the King of Pan sent as a present from Adea (Endau) a beautiful piece of gold stone two and a half cubits in length, to the Captain and Governor of Malacca, Joao de Silva, who, amazed at the sight of the gold, ordered it to be broken and there we found a vein of gold a yard in width, as is well known to those of that time, it having happened in the year 1586.

Pada zaman British emas dilombong di daerah Lipis dan Raub. Di Jerantut terutama di DUN Tahan ada tempat yang mempunyai taburan emas. Tetapi oleh kerana masalah pengangkutan, teknologi mesin dan hutan yang tebal pelombong Inggeris tidak merasakan perlombongan emas itu berbaloi.

WZWH dengar cerita dari orang tua-tua bahawa di Sungai Kembir Ulu Tembeling ada emas. Zaman dulu orang Siam melombong di situ tetapi kaedah yang digunakan adalah tradisional dengan melampan dan mendulang.

WZWH masih ingat lagi masa kecil dulu ada seorang datuk sedara WZWH, Arwah Wan Sulaiman ke hulu ke hilir membawa surat MC lombong emasnya di Sungai Kembir dengan bangganya menceritakan bahawa dia dapat lombong emas tapi tidak sempat mengusahakannya secara komersial.

Ulu Tembeling punyai beribu-ribu hektar kawasan potensi melombong emas. Pernah semasa menaiki helikopter terbang meninjau Ulu Tembeling, seorang pelombong emas dari Australia dengan mengunakan pengesan "gold detector" begitu teruja bila mendapati ada kawasan yang ada banyak taburan emas.

Cuma pelombong Australia ini mengeluh," How we are going to transport these golds!" I can bring heavy machines but this transportation problems really costs much". WZWH hanya senyum sambil berkata dalam hati "I know how to solve these problems".

Beribu-ribu hektar lombong emas berpotensi di Ulu tembeling perlu diterokai untuk memajukan ekonomi DUN Tahan dan Jerantut. Peluang pekerjaan, tempat maju dan memberi pendapatan kepada negeri Pahang.

Kerajaan Pahang menerima royalti sehingga RM130 juta setahun hasil perlombongan emas daripada empat syarikat yang beroperasi di negeri itu.

MB Pahang, DSD Adnan Yaakob berkata, royalti yang diterima itu merupakan lima peratus daripada hasil pendapatan kasar dua syarikat perlombongan emas di Lipis dan masing-masing satu di Rompin dan Raub.

“Walaupun royalti yang diterima itu tidak besar tetapi kewujudan aktiviti melombong emas di Pahang telah memberikan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan.

“Kita juga mahu menggalakkan lebih banyak syarikat-syarikat lain untuk datang melabur ke Pahang dengan hanya mengambil royalti sebanyak lima peratus,”

Sumber kekayaan hasil mineral dan bukan mineral Negeri Pahang masih belum diteroka sepenuhnya. Jabatan Mineral dan Geosains Pahang menganggarkan deposit hasil mineral dalam negeri ini, sekiranya diusahasilkan secara cekap, boleh mendatangkan pendapatan sebanyak RM530 juta setahun. 

Walau bagaimanapun, Kerajaan amat prihatin bahawa aktiviti perlombongan akan memberikan kesan negatif kepada alam sekitar dan manusia kecuali aktiviti tersebut dikawalselia dengan kemas dan teratur. Bagi mempastikan aktiviti perlombongan diusaha secara mapan, Kerajaan telah menguatkuasakan Enakmen Mineral 2001. Undang-undang, prosedur dan peraturan yang ditetapkan adalah untuk mempastikan pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar dilaksanakan secara amat teliti demi kepentingan manusia dan kehidupan lain. Dibawah Enakmen Mineral 2001, Tabung Pemuliharaan Lombong diwujudkan bagi mempastikan semua tanah bekas lombong dipulihkan semula selepas digunakan.

Thursday, January 6, 2011

Tinggalkan "Ekonomi Jagung" Mari Kita Melombong Besi



Jerantut adalah bandar lombong besi. Salah satu sebab kenapa bandar Jerantut pesat berkembang kerana industri lombong besi telah membawa banyak pelaburan ke Jerantut. Kerajaan Pahang telah mula memberi lesen-lesen lombong besi kepada pengusaha di Jerantut.

Kerajaan Pahang mengambil langkah yang bijak oleh kerana permintaan besi dari Malaysia amat tinggi di pasaran dunia maka China, Korea Selatan dan Jepun sanggup membeli dengan harga yang tinggi walaupun kandungan besi sekitar 60%.

Ini baik untuk memperlbagaikan sumber ekonomi negeri Pahang. Kerajaan Pahang boleh dapat pendapatan lumayan dari cukai, peluang pekerjaan dan kawasan sekitar lombong terutama bandar yang terdekat akan maju rancak ekonomi.

Bagi memastikan sektor perlombongan di Negeri Pahang berkembang dengan sistematik, tersusun dan terancang, PKNP telah dilantik oleh Kerajaan Negeri sebagai agensi perlaksana bagi projek carigali dan perlombongan di negeri Pahang ini. PKNP kini sedang menyediakan sebuah Pelan Pembangunan Sumber Mineral Negeri Pahang 2006-2010 sebagai alternatif kepada penjanaan pendapatan Negeri dan PKNP melalui sektor perlombongan.

Setakat ini, PKNP telah menjalankan usahasama dengan berapa syarikat dari luar Negara dan tempatan bagi menjalankan iaitu:
  • Lombong Emas di Penjom,Lipis, Sungai Koyan, Lipis dan Bukit Ibam, Rompin,
  • Lombong Timah di Batu Talam, Raub dan Sungai Lembing, Kuantan
Disamping itu, PKNP Mineral Industri Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat milik penuh PKNP telah berusahasama dengan syarikat tempatan bagi menjalankan perlombongan bijih besi di Sungai Temau, Lipis dan Cini, Pekan.

Kini di DUN Tahan ada banyak kawasan besi. Rakyat di DUN Tahan digalakkan melombong besi. Kita tinggalkan "ekonomi jagung" mari kita melombong besi. Kita rancak ekonomi DUN Tahan. Ciptakan peluang pekerjaan dan tabung JKKK penuh wang.

Sumber kekayaan hasil mineral dan bukan mineral Negeri Pahang masih belum diteroka sepenuhnya. Jabatan Mineral dan Geosains Pahang menganggarkan deposit hasil mineral dalam negeri ini, sekiranya diusahasilkan secara cekap, boleh mendatangkan pendapatan sebanyak RM530 juta setahun. 

Menyedari hasil mineral boleh dimanfaatkan bagi menambah pendapatan negeri, kerajaan akan meningkatkan aktiviti pengusahasilan sumber mineral berkenaan dengan tujuan, bukan sahaja untuk menambah pendapatan negeri, tetapi juga untuk menggerakkan ekonomi setempat serta memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Usaha kerjasama dengan pihak swasta akan terus dipertingkatkan pada tahun 2010 untuk meneroka kawasan-kawasan yang kaya dengan deposit sumber mineral di samping menjalankan penyelidikan tambahnilai bagi mempelbagaikan produk berasaskan mineral. Pada tahun 2010, kerajaan mensasarkan pendapatan dari hasil mineral seperti bayaran royalti, bayaran fi dan sewa tahunan adalah sebanyak RM12 juta.

Walau bagaimanapun, Kerajaan amat prihatin bahawa aktiviti perlombongan akan memberikan kesan negatif kepada alam sekitar dan manusia kecuali aktiviti tersebut dikawalselia dengan kemas dan teratur. Bagi mempastikan aktiviti perlombongan diusaha secara mapan, Kerajaan telah menguatkuasakan Enakmen Mineral 2001. Undang-undang, prosedur dan peraturan yang ditetapkan adalah untuk mempastikan pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar dilaksanakan secara amat teliti demi kepentingan manusia dan kehidupan lain. Dibawah Enakmen Mineral 2001, Tabung Pemuliharaan Lombong diwujudkan bagi mempastikan semua tanah bekas lombong dipulihkan semula selepas digunakan.

Sedikit panduan asas kalau mahu jadi pelombong besi:

Soalan 1
Bagaimanakah hendak mendapatkan pelan tapak lombong?
Jawapan:
Pelan tapak lombong boleh didapati dikaunter Pelan Unit Mineral Pejabat Tanah dan Galian Pahang yang dibuka setiap hari Isnin dan Selasa dari jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang. Pemohon disyorkan membawa salinan pelan kawasan yang dikehendaki berskala 1 : 50,000. Pelan boleh dikeluarkan dengan kadar bayaran RM23.00 setiap satu tapak dengan syarat tapak yang dipohon tidak terletak di dalam Kawasan Taman Negeri, Hutan Rizab, Kawasan Tadahan Air, Kawasan berimilik dan kawasan yang telah berlapis dengan permohonan terdahulu.

Soalan 2
Apakah beza permohonan Lesen Mencarigali (PL) dan Lesen Penjelajahan (EL)?
Jawapan:
Permohonan Mencarigali meliputi kawasan seluas 400.0 hektar kebawah dengan menggunakan Borang 5A dan Yuran Pendaftaran sebanyak RM100.00. Sementara permohonan penjelajahan (Borang 6A) meliputi keluasan kawasan melebihi 400.0 ha. Yuran pendaftaran permohonan adalah RM 200.00

Soalan 3
Bilakah Lesen Pajakan Melombong (ML) boleh dipohon?
Jawapan:
Lesen ML boleh dipohon sekiranya kawasan tersebut telah mempunyai Lesen SKC yang sah. Lesen ini juga boleh dipohon diatas bekas tapak lombong terdahulu yang telah tamat tempoh dengan syarat semua dokumen kelulusan berkaitan disahkan oleh Pentadbir Tanah Daerah yang mengeluarkan lesen tesebut sebelumnya. Permohonan ini hendaklah mempunyai satu kajian pra-kebolehsanaan melombong dengan pelan pra-hitungan berskala 1 : 6336 serta skim cadangan melombong.

Soalan 4
Saya mempunyai tanah milik bergeran yang dipercayai mempunyai kandungan mineral seperti bijih besi, emas dan lain-lain. Bagaimanakah cara memohon untuk melombong?
Jawapan:
Pemohon hendaklah memohon melalui borang 9A, mengepilkan salinan kad pengenalan, kajian pra-kebolehlaksanaan serta cadangan skimnya, salinan geran yang disahkan, carian rasmi geran tanah serta surat perjanjian dengan kontraktor melombong yang bakal menjalankan kerja bagi pihak tuan tanah.

Soalan 5
Saya adalah individu dan tidak mempunyai sebarang syarikat bertaraf sdn. Bhd. Bolehkah saya membuat permohonan melombong?
Jawapan:
Individu adalah layak memohon asalkan rakyat KDYMM Sultan Pahang dan mempunyai kekuatan dari segi kewangan. Syarikat bertaraf ’Enterprise’ adalah tidak layak memohon.

Soalan 6
Apakah kriteria perlu bagi sesebuah syarikat sdn. bhd. untuk membuat permohonan perlombongan?
Jawapan:
Syarikat tersebut hendaklah mempunyai klausa. Kelayakan kerja-kerja lombong boleh memegang Lesen Pajakan Melombong di samping kerja-kerja mencari sebarang mineral samada di darat atau di laut.

Soalan 7
Apakah definasi keputusan Tolak Ringkas?
Jawapan
Keputusan Tolak Ringkas boleh dibuat oleh Pengarah Tanah dan Galian Pahang berdasarkan arahan Majlis Mesyuarat Kerajaan bertarikh 31.12.2008 yang diberikuasa keatas mana-mana permohonan yang terletak dalam Kawasan Taman Negeri, Tadahan Air Hutan Rizab / Simpan dan lain-lain berkaitan adalah di bawah bidang kuasa Pengarah Tanah dan Galian Pahang untuk menolak terus tanpa di bawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Soalan 8
Selepas mendaftar permohonan apakah pemohon perlu dibuat?
Jawapan:
Pemohon akan diberitahu melalui surat kedudukan nombor fail permohonan dan surat kepada pemohon menyatakan permohonan telah dihantar ke enam (6) Jabatan Teknikal iaitu Pentadbir Tanah Daerah, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Jabatan Alam Sekitar Pahang, Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang, Badan Kawal Selia Air (SUK Pahang), Jabatan Bekalan Air Pahang dan Jabatan Mineral dan Geosains Pahang, untuk tindakan ulasan/pandangan terhadap tapak yang dipohon yang akan dihantar kembali ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang oleh Jabatan Teknikal tersebut. Pemohon bertanyakan kedudukan pemohon dengan datang sendiri atau melantik wakil yang sah dengan surat, datang sendiri atau melantk wakil yang sah dengan surat yang ditandatangani pemohon. Pertanyaan kedudukan pemohonan melalui telefon adalah tidak digalakkan.

Soalan 9
Berapa lamakah keputusan permohonan lombong dapat diketahui?
Jawapan:
Ianya bergantung kepada faktor kecepatan enam (6) Jabatan Teknikal menghantar kembali ulasan yang diminta oleh Pengarah Tanah dan Galian Pahang. Lawatan akhir Penolong Pegawai Tanah PTG Pahang ke tapak permohonan untuk mengemaskini pelan perakuan seterusnya penyediaan kertas untuk di bawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Soalan 10
Apakah fungsi Unit Mineral, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang?
Jawapan:
Secara ringkas, unit ini adalah sebagai ’One Stop Agency’ bagi urusan permohonan perlombongan di seluruh daerah Negeri Pahang bermula pada tahun 2006, dengan menggunapakai Enakmen Mineral 2001 Negeri Pahang, oleh setiap Pentadbir Tanah Daerah yang terbabit.

Sejarah Berulang "Pahang Man" Menyelesai Isu Politik Selangor

Dalam posting WZWH yang lalu baca sini, Pahang telah campur tangan menyelesaikan masalah Perang Saudara Selangor pada tahun 1872 dengan menamatkan sengketa politik dalaman Selangor.


Hari ini "Pahang Man" KSN TS Sidek telah mengeluarkan kenyataan menjawap isu pelantikan SUK Selangor baru yang diperkenan oleh Sultan Selangor tetapi MB Selangor derhaka titah.
  • Mempertahankan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK dengan menegaskan, beliau tidak mengambil kira pertimbangan politik apabila melantik Khusrin yang diprotes kerajaan negeri Selangor.
  • Tidak merujuk kepada mana-mana anggota pentadbiran persekutuan termasuk Perdana Menteri. Dilaksanakan secara profesional yang hanya melibatkan Ketua Setiausaha Negara (dan Lembaga Kenaikan Pangkat) dengan Kerajaan Negeri Selangor.
  • Pelantikan Khusrin sebagai SUK Selangor adalah mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010 serta amalan di mana terdapat elemen konsultasi dengan Kerajaan Negeri Selangor melalui SUK Selangor.
  • Proses konsultasi ini dilaksanakan dalam proses pelantikan SUK bagi negeri-negeri lain yang berkaitan sama ada negeri-negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) ataupun yang tidak ditadbir oleh Barisan Nasional termasuk pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
  • Tidak timbul isu penolakan oleh kerajaan negeri Selangor kerana pelantikan Khusrin sebagai SUK bukan merupakan pelantikan oleh Putrajaya tetapi dibuat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010.
  • Pelantikan SUK Selangor diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri Selangor 1959 dalam Perkara LII (1).
  • “Berdasarkan Perkara LII Perlembagaan Negeri Selangor, perkataan ‘appropriate Service Commission’ adalah merujuk kepada Suruhanjaya Pelantikan yang membuat pelantikan terhadap SUK Selangor.
  • Penempatan Khusrin sebagai SUK Selangor telah dibuat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang beliau selaku Ketua Setiausaha Negara mempengerusikan, sebagai suatu kuasa yang sah dari segi Perlembagaan Persekutuan dan merupakan ‘appropriate Service Commision’ menurut Perkara LII (1) Perlembagaan Negeri Selangor.
  • Kenyataan bahawa pelantikan SUK Selangor dibuat oleh Kerajaan Persekutuan adalah tidak tepat dari segi undang-undang.
  • Perlembagaan negeri Selangor tidak menetapkan syarat untuk Sultan Selangor meluluskan pelantikan SUK.
  • Perkenan oleh Sultan Selangor dalam pelantikan Datuk Khusrin bukanlah sesuatu ‘legal requirement’ di bawah Perlembagaan Negeri Selangor, tetapi ia lebih kepada suatu kelaziman dan ‘courtesy’ untuk Sultan memperkenankan sesuatu cadangan pelantikan SUK Selangor yang akan menjadi ketua pentadbir di negeri baginda.
  • Dalam proses itu, jika mana-mana nama, jika ada yang dipersembahkan untuk pertimbangan Sultan Selangor adalah juga sebagai suatu kelaziman dan ‘courtesy’ sahaja.
  • Pelantikan Khusrin sebagai SUK Selangor adalah teratur dan sah dari segi undang-undang.
  • Perlembagaan negeri Selangor 1959 tidak menyatakan sebarang keperluan untuk Kerajaan Negeri Selangor dirundingi sebelum sesuatu pelantikan SUK Selangor dibuat.
  • Mengikut amalan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai urus setia Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam mengemukakan cadangan nama-nama kepada kerajaan negeri yang berkenaan melalui Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai ‘courtesy’.
  • Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam melalui surat 23 November lalu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ketika itu telah memaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Negara dan JPA telah mengenal pasti dan memperakukan tiga calon untuk dipertimbangkan sebagai calon bagi jawatan SUK  Selangor yang baru.
  • Salah seorang daripada tiga calon itu adalah Datuk Khusrin. Cadangan tiga calon yang dikemukakan itu adalah berdasarkan kelayakan, pengalaman, sifat-sifat peribadi dan faktor kesesuaian.
  • Surat 23 November juga memohon mendapatkan perkenan Sultan Selangor sebagai amalan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ketika itu melalui surat bertarikh 13 Disember kepada JPA telah memaklumkan bahawa nama tiga orang calon itu telah pun dipersembahkan kepada Sultan Selangor dan baginda telah perkenan supaya Khusrin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

Wednesday, January 5, 2011

Bekalan Minyak Masak Terjamin Jangan Panik!

Pembelian panik mencetuskan kekalutan kepada pengguna. Malaysia bukan negara Afrika atau Amerika Selatan. Malaysia pengeluar minyak kelapa sawit utama dunia.

Blog SPU baca sini dan blog Parlimen 81 sila baca sini membicarakan Jerantut tiada minyak masak dan BN begitu sinonim sekali unggapan barang naik. WZWH tidak pelik dengan harga minyak RON97 yang naik 10 sen kerana pelarasan harga pasaran dunia tapi kekurangan bekalan minyak masak bila mana Malaysia adalah pengeluar utama minyak kelapa sawit dunia itu janggal.

Kebiasaannya kerajaan membekalkan minyak masak kira-kira 70,323 tan metrik setiap bulan. Bekalan kira-kira 84,000 tan metrik akan sampai ke seluruh negara pada minggu hadapan. Bekalan daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) itu merupakan sebahagian daripada bekalan bagi bulan depan sebagai persediaan menghadapi perayaan.

Kerajaan akan meningkatkan bekalan minyak masak sebanyak 20 peratus atau kira-kira 14,000 tan metrik pada bulan ini sahaja bagi menghadapi persediaan menyambut Tahun Baru Cina. 

Orang ramai dinasihatkan supaya jangan melakukan belian panik kerana bekalan adalah amat mencukupi malah mungkin berlebihan sehingga “boleh dimandikan dengan minyak di rumah.” 

Kementerian sedang menyiasat empat syarikat membungkus semula yang disyaki cuba menjual minyak masak keluar negara berikutan harga minyak dunia yang sedang melambung tinggi. 

Di China sahaja harga minyak masak adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada harga minyak masak tempatan iaitu kira-kira RM34 bagi setiap lima kilogram. 

Kerajaan memperuntukkan subsidi yang begitu besar sekitar RM1.7 bilion bagi minyak masak sahaja. Sebarang ketirisan dan penyelewengan dianggap sebagai pengkhianat negara.

Kementerian dengan 1,900 kakitangan penguat kuasanya akan memantau pergerakan syarikat membungkus semula ini dengan teliti dan tiada kompromi ke atas sebarang penyelewengan yang dilakukan oleh mereka. Lesen mereka akan dibatalkan dan kuota mereka akan dihentikan.

Kementerian turut meminta kerjasama orang ramai memberikan maklumat kepada pihak penguat kuasa jika terdapat penyelewengan yang dilakukan oleh kira-kira 221 syarikat membungkus semula yang ada.

Memahami Secara Mudah Kemelut Perlantikan SUK Selangor



Pada mulanya WZWH tidak mahu campur hal ehwal pentadbiran negeri Selangor. Tapi bila lihat sejarah lama pernah dulu ketika Selangor diambang perang saudara merebut taktha dan kawasan bijih timah antara Raja Mahdi, Raja Abdullah dan Tengku Kudin menantu Sultan Abdul Samad.

Bendahara Pahang,Wan Ahmad  telah diminta oleh Tengku Kudin untuk campurtangan. Maka Bendahara Wan Ahmad telah menghantar pahlawan-pahlawan Pahang yang ramai dari Ulu Tembeling. Pada tahun 1872, dengan bantuan Bendahara Pahang, segerombolan tentera Pahang turun ke Selangor dan sekaligus, mengalahkan pihak Raja Mahdi.

Kemenangan Tengku Kudin tidak disenangi oleh keluarga diraja Selangor. Keengganan tentera Pahang untuk pulang serta tindakan orang Pahang memungut cukai sebagai pampasan atau upah perkhidmatan daripada Kelang telah memburukkan nama Tengku Kudin di mata Sultan Selangor.

Berbalik kepada posting WZWH "Memahami Secara Mudah Kemelut Perlantikan SUK Selangor", KSN telah mengadap Tuanku Sultan Selangor mohon perkenan nama bagi pelantikan SUK baru Selangor. Maka Tuanku Sultan Selangor berkenan kepada pelantikan SUK Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK baru.

Tiba-tiba MB Selangor bising tidak bersetuju selepas perkenan Sultan Selangor. Sepatutnya MB Selangor bising sebelum nama itu dibawa mengadap Sultan Selangor.

Kita ikuti pandangan seorang bekas MB Selangor Khir Toyo...

Saya menerima empat orang Setiausaha Kerajaan Negeri sepanjang lapan tahun menjadi Menteri Besar,mereka ialah Tan Seri Ambrin Buang,Tan Seri Aziz Yusof,Dato Setia Adzib dan Dato Ramli Mahmud.

Saya tidak campur tangan dalam perlantikan mereka, kerana saya tidak ada agenda peribadi dan boleh berkerja dengan mana mana pegawai yang dilantik oleh KSN. Baginya yang penting ialah segala keputusan EXCO dapat dilaksanakan di peringkat bawah mengikut jangka masa yang ditetapkan. Alhamdulillah kesemua mereka ini masih diperlukan perkhidmatan mereka oleh kerajaan hingga hari ini.

Saya lihat pandangan Setiausaha Politik Tan Seri Khalid adalah pandangan seorang yang tidak matang dan tidak tahu undang undang tubuh kerajaan negeri, malah tidak salah jika saya katakan beliau tidak ada pengalaman dan pengetahuan langsung dalam urus tadbir sebuah negeri.

Apa faedah yang rakyat dapat dari semua senario ini,pentadbiran kerajaan terganggu, pegawai kerajaan rasa serbasalah untuk jalankan tugas dan yang pasti semangat berkerja sepasukan pegawai kerajaan akan terjejas. Perkara ini boleh dielakkan jika Khalid Ibrahim terima dulu Khusrin sebagai Setiausaha kerajaan,jika ada masaalah maka Khalid boleh berjumpa KSN dan berbincang untuk melantik setiausaha yang baru manakala Khusrin boleh di pindahkan ke pusat. Kaedah ini adalah yg terbaik tanpa mengaibkan mana mana pihak.

Mengapa kita harus ambil pendekatan yang merosakkan semua pihak?

Bahaya Sekiranya Perlantikan SUK Ditarik Balik
  • Sekiranya perlantikan Khusrin sebagai SUK ditarik balik, ia akan memberi satu petunjuk yang tidak sihat bahawa kedudukan pegawai kerajaan ditentukan secara langsung oleh orang politik.
  • Ini menjadikan pegawai kerajaan bekerja mengikut kehendak peribadi "tuan politik" sekaligus mewujudkan gejala "pena ajaib" dan "telefon hikmat" dalam membuat sesuatu keputusan kerajaan. 
  • Pegawai kerajaan yang dilantik akan sentiasa berasa terancam kedudukannya jika tidak mengikut kata Menteri Besar biar pun bertentangan dengan peraturan. 
  • Adalah sangat aneh, ketika Kerajaan BN di peringkat Persekutuan berusaha menghapuskan campur tangan politik bukan sahaja dari segi pelantikan pegawai kerajaan tetapi juga dalam pemberian tender dan kontrak; kerajaan negeri dari Pakatan melakukan sebaliknya. 
  • Mungkin selepas ini para Yang Di Pertua pihak berkuasa tempatan di Selangor pula akan menjadi mangsa pertukaran mengikut selera politik.

Tuesday, January 4, 2011

Agenda Pengundi Cina Jerantut: Tidak Mahukah Bersama Aspirasi Najib?



Parlimen Jerantut punya pengundi berdaftar 48,000. Pada PRU 12, Undi kaum Cina berjumlah 9000, India 2000, bakinya Melayu yang berjumlah 37,000 termasuk sedikit Orang Asli. Majoriti pengundi Cina ramai di DUN Damak.

Sejarah pilihanraya parlimen Jerantut menunjukkan pada tahun 2004, BN mendapat 21,349 undi (61%), PAS mendapat 12,892 undi (37%). Maka pada pilihanraya 2008, BN mendapat 19,543 undi (51%), PAS mendapat 17,597 undi (46%).

Keputusan peratus menunjukkan BN jatuh 10% undi manakala PAS naik 9%. Iaitu penurunan majoriti BN tahun 2004 dari 8457 kepada 1946 pada tahun 2008 sebanyak 6511. BN hilang undi sebanyak 6511 undi akibat gelombang tsunami politik yang melanda negara.

Manakala Abang kepada Dr Hamzah calon parlimen PAS iaitu Mohd Nor bin Jaafar bertanding di Dun Damak atas tiket PKR pada PRU 12 tewas ditangan BN. Mohd Nor Jaafar PKR 5165, Dato' Lau Lee BN 5674 dan Cikgu Koh Boon Heng Bebas 3295. Sekarang Cikgu Koh Beng Seng sudah masuk DAP dan telah mengembangkan 4 cawangan DAP di Jerantut.

Pada Tahun 2004, DAP bertanding di DUN Damak tetapi kalah dengan majoriti yang kecil iaitu 2239 (BN memperolehi 7563 undi & DAP memperolehi 5324 undi). Pada Tahun 2008, ada calon bebas bertanding di DUN Damak. Mengikut kata calonnya, Cikgu Koh, dia tiada jentera. Jenteranya hanya diwujudkan sehari sebelum penamaan calon. Tetapi, Cikgu Koh dapat lebih 3295 undi, calon PKR dapat lebih 5165 undi dan calon BN 5674 undi dan menang dengan kelebihan 509 undi. Ternyata dari contoh di atas, kekuatan jentera dan cawangan yang banyak bukanlah kekuatan mutlak untuk menang dalam pilihanraya.

Daripada data PRU 12 parlimen BN hilang undi sebanyak 6511 ternyata pengundi Cina banyak telah lari kepada pembangkang. Dari peti-peti undi pengundi Cina berikut seperti SK Jerantut, SJKC Sungai Jan, Tabika Perpaduan PAKR Bandar Baru, SJKC Jeransong parlimen BN kalah. Cuma peti undi Balairaya Sungai Lekok membantu.

PRU 12 itu cerita lama. Jelas pengundi Cina Jerantut tidak berpuas hati dan protes. Banyak isu telah cuba diselesaikan oleh UMNO Bahagian Jerantut dan ADUN Damak sendiri YB Dato' Lau Lee. Isu tanah sekolah SKJC Sungai Jan sudah selesai. Blok sekolah yang tidak selamat untuk belajar akan dibuat baru.

Projek "Greater Jerantut" pembangunan RM400 juta bandar baru Jerantut akan lebih menguntungkan komuniti perniagaan Cina. Dewan perniagaan Cina dan YB Dato' Lau Lee perlu memastikan bukan sahaja peniaga-peniaga Cina yang kaya saja ditolong malah peniaga-peniaga Cina yang kecil dan sedang perlu juga dibantu.

Hal-hal tanah membabitkan projek silang yang melibatkan pengambilan tanah orang Cina  di Sungai Lekok telah diselesaikan oleh MB. Orang Cina tidak perlulah risau. kali ini orang Cina mesti undi BN di parlimen mahu pun DUN. DS Najib akan tolong kasi Jerantut lagi maju, DS Najib orang Pahang mesti tolong orang Jerantut orang Pahang. Orang Cina senang berniaga nanti.

Parlimen Jerantut mempunyai 9000 pengundi Cina. WZWH mahu tahu masyarakat Cina Jerantut, apa permasalahannya dan kehendaknya, kepimpinan kaum Cina Jerantut dan hubungan dengan BN Jerantut.

Ada empat persatuan Cina Jerantut yang besar:
  • Persatuan Cina Kwang Tung
  • Persatuan Cina Kong Sai
  • Persatuan Cina Hokkian
  • Persatuan Cina Hakka
Menurut JP Aw Yuet Sam, MCA Jerantut tidak bersikap adil kepada masyarakat Cina Jerantut. Itu sebab Cikgu Koh Boon Keng menjadi calon Bebas pada PRU 12 dan kini menjadi pemimpin DAP Jerantut. Terdapat 4 cawangan DAP di Jerantut.

Menurut beliau lagi MCA Jerantut hanya menjaga kumpulan kecil tidak melibatkan semua masyarakat Cina Jerantut. MCA suka memberi bola tanggung kepada DAP menyebabkan DAP nampak kuat dan menjuarai isu-isu kaum Cina. MCA yang lemah bukan DAP yang kuat.

JP Aw Yuet Sam , berumur 78 tahun pemimpin veteran Cina masih lagi aktif dengan beberapa pertubuhan dan NGO.

Beliau adalah mantan Ketua Kampung atau dipanggil Tok Empat Kampung Sungai Jan (1972-1994). Bekas ahli MCA (1961-1974), sekarang ahli GERAKAN (1982-kini).

Penglibatan sukarela:
  • Bendahari PEMADAM
  • Bendahari Lembaga Pelawat PUSPEN
  • Bendahari Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti
  • Lembaga Pelawat Pusat Bina Diri
  • Penasihat JUVANA
  • AJK Persatuan JP Pahang
  • AJK Gabungan Persatuan Kwang Tung Malaysia
Terdapat 7 orang Ketua Kampung Cina di Jerantut. Mereka ini tidak betul-betul menjaga kepentingan kaum Cina keseluruhan di kampung masing-masing tapi lebih sibuk di Pejabat ADUN Damak.

Pemilihan beberapa Ketua Kampung Cina juga agak janggal, contoh di Kampung Batu 57 hanya ada 3 rumah orang Cina tapi diperuntukkan seorang Ketua Kampung. Di Kampung Padang Saujana ada 2 rumah orang Cina juga diperuntukkan seorang Ketua Kampung!

Bagi Lembaga Pelawat Hospital Jerantut bagi kuota MCA daripada 6 Lembaga Pelawat hanya 2 orang tahu berbahasa Melayu.

Rumah-rumah urut tumbuh bagai cendawan terdapat banyak di bandar Jerantut lebih daripada 10 buah. Terdapat rumah-rumah urut yang menawarkan perkhidmatan pelacuran dari pelacur-pelacur dibawa dari negeri China. Ini amat membimbangkan masyarakat Cina Jerantut. Terdapat insiden isteri-isteri pelangggan menyerang rumah urut.

Penduduk Cina Jerantut mahu wakil rakyat yang memberikan perkhidmatan kepada mereka seperti urusan Pejabat Tanah melibatkan tapak rumah dan tanah kebun mereka. Kebanyakan tapak-tapak rumah pajakan (lease) selama 25 tahun, 28 tahun, 38 tahun susah pihak bank mahu memberi pinjaman.

Masyarakat Cina Jerantut menyokong penuh Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato' Sri Najib Perdana Menteri Malaysia untuk memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Bila WZWH bertanya bolehkah BN mendapat kembali sokongan kaum Cina Jerantut pada PRU 13 nanti, JP Aw Yuet Sam secara optimis yakin BN masih boleh memenangi kerusi parlimen Jerantut dengan syarat BN kena tunjuk kerja kepada rakyat dan aturkan kehidupan yang lebih baik.

Bolehkah Najib Ikut Jejak Tun Razak Bawa PAS Bersama?


Tun Razak berjaya bawa PAS masuk BN pada tahun 1974 lantas kemenangan besar dicapai pada PRU 1974. Bolehkan Najib ikut jejak Tun Razak bawa PAS bersama kalau tidak masuk BN sekurang-kurangnya "Unity Goverment" ( UG ).

UG ialah kerajaan perpaduan bilamana  Hadi dan Nasharudin akan diberikan peranan penting di Putrajaya jika parti berkenaan memutuskan untuk keluar Pakatan Rakyat. Hadi dan Nasharudin dikatakan sebagai pihak utama kumpulan pro-UMNO.

Pertemuan telah diadakan bersama PM DS Najib Razak dan timbalannya TS Muhyiddin Yassin pada 24 Disember lalu di Istana Terengganu, KL.

Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa juga hadir sama pada pertemuan tersebut yang memfokus perundingan menyentuh soal kerajaan perpaduan sempena majlis santapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pertemuan itu dikatakan telah diusahakan oleh bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kepimpinan tertinggi PAS perlu menjelaskan kepada TG Nik Aziz dan akan berhadapan tentangan dengan puak "Erdoggan Renaissance" yang mahu membuang kepimpinan "Ulama Serban Jubah Putih".

DAP dan PKR sudah tentu lebih sangsi kepada PAS sekarang. Ahli-ahli UMNO lebih terbuka menerima PAS.

Isu itu mendapat perhatian ahli-ahli PR memandangkan ia diadakan kira-kira seminggu selepas konvensyen kedua mereka di Pulau Pinang. Ketika konvensyen PR kesemua pemimpin melahirkan pendirian mereka untuk bersatu dan memperkukuhkan PR tetapi tiba-tiba isu ini mendapat perhatian jika dua hari lalu cuma orang cakap-cakap sahaja tetapi sekarang TG Nik Aziz sudah mengesahkannya.

Hanya tinggal enam bulan sebelum PAS dijadual mengadakan pemilihan dwitahunannya. Malah dakwaan ini mengulangi ‘krisis’ yang pernah disaksikan pada 2008 dan 2009.

Hadi Awang Presiden PAS perlu "bold" dan berani "do or die". Sudah tentu dalam pemilihan dwitahunan PAS nanti beliau akan ditentang oleh puak Erdoggan yang disokong TG Nik Aziz.

Hadi Awang tidak perlu takut kepada puak Erdoggan dan TG Nik Aziz jika Hadi percaya majoriti ahli-ahli PAS menyokong usaha Presiden mahukan kerajaaan UG.

Kekuatan PAS ialah PAS memiliki 23 kerusi Parlimen dalam perikatan PR dan dua pemimpinnya menerajui pentadbiran kerajaan negeri Kelantan dan Kedah. Kepimpinan negeri Pulau Pinang dan Selangor pula diketuai wakil DAP dan PKR.

Bolehkah Najib ikut jejak Tun Razak bawa PAS bersama memerintah Putrajaya? Kita ikuti perkembangan selanjutnya.

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...