Tuesday, March 12, 2013

Siapa Calon Parlimen Jerantut?


Siapa calon parlimen Jerantut PRU 13 bila Tengku Azlan mahu mengundurkan dari arena politik Jerantut?

Ramai orang Jerantut mahu tahu siapa calon parlimen Jerantut PRU 13? Lebih lagi 68,000 pengundi berdaftar parlimen Jerantut tidak sabar mahu memangkah calon 'favourite' mereka.

WZWH sebagai blogger politik Jerantut perlu bersuara kerana ramai orang tanya. Blog WZWH tidaklah hebat sangat tapi sebagai blogger WZWH sudah dikenali seluruh Malaysia.

Jentera Pakatan Rakyat melalui media baru-portal, blog, FB, Twitter, instagram juga Harakah telah mempopularkan WZWH.

DS Anwar Ibrahim juga tweet foto WZWH kepada followers beliau...

WZWH telah membuktikan mekanisma jentera Pakatan Rakyat telah buat silap bila spin fakta yang sebenar bila mula sebarkan foto WZWH bersama pemimpin MILF ke seluruh Malaysia.

WZWH bukanlah cerdik sangat setakat ada MBA, BA Hons, Diploma sahaja.

Jadi 68,000 mahu dengar pandangan WZWH mengenai siapa calon parlimen Jerantut PRU 13.

Parlimen Jerantut sangat luas 755,771.93 hektar lebih kurang 6 kali Singapura dengan 3 DUN. Majoriti 81% daripada 68,000 pengundi berdaftar adalah orang Melayu.

Tengku Azlan penyandang parlimen Jerantut selama 3 penggal mahu mungundur diri. Siapa calon penganti?

Dari segi UMNO, pemimpin mestilah dari pimpinan UMNO Bahagian Jerantut yang memahami budaya politik UMNO Jerantut dan tahu apa kehendak parti dari bahagian, sayap-sayap dan cawangan serta realiti politik Jerantut.

Dari segi masyarakat tahu bagaimana mahu memenuhi kehendak masyarakat. Adalah lebih baik calon parlimen Jerantut dipilih dari barisan ADUN di Jerantut. 68,000 pengundi perlu lihat kepada trek rekod pencapaian pembangunan di DUN.

Selama mana menjadi ADUN dan apa peruntukan pembangunan yang berjaya dibawa baik bagi projek pembangunan yang sudah dijalankan , sedang dibuat, akan dibuat dan mendapat kelulusan.

Jika seseorang ADUN itu berjaya membawa peruntukan ke DUN lebih RM1 bilion maka itu dikira KPI yang baik untuk menjadi calon parlimen Jerantut.

Rakyat perlu melihat ADUN mana yang rajin buat program bukan saja di DUN sendiri tetapi merentasi 1parlimen Jerantut melibatkan DUN-DUN yang lain.

Bagaimana ADUN itu menyumbang kepada pendidikan dan kegiatan PIBG sekolah, keagamaan masjid dan surau, sukan keceriaan masyarakat dan kebajikan pengundinya dijaga.

Bagaimana hubungan ADUN ini dengan anak-anak muda, orang tua, pentadbir awam, orang Cina dan golongan minoriti.

Sudah tentu rakyat Jerantut mahu seorang calon parlimen Jerantut yang mempunyai hubungan yang baik dengan Kementerian, pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan.

Cuba 68,000 pengundi Jerantut bertanya mana janji-janji ADUN-ADUN ini yang telah ditepati?

Yang penting calon parlimen Jerantut PRU 13 mesti orang muda ini kali.

Pengaruh Seorang Isteri Pemimpin Boleh Mengubah Dialek Ulu Tembeling



Perhatikan dalam kawasan makam Engku Khatib di Bukit Angus, Kampung Bantal Ulu Tembeling ada sepasang batu nesan dari Brunei yang lebih rendah. Ini ialah makam Puteri Daing Khadija dari kerabat Kesultanan Brunei dan Sulu yang telah berkahwin dengan Engku @ Wan Ahmad bin Engku Khatib yang telah berjaya menyelesaikan isu-isu lanun dan bandit yang mengugat keselamatan negara Brunei pada awal 1900 atas arahan Sultan Pahang yang pertama iaitu Sultan Wan Ahmad.

Sebelum 1904 dialek pertuturan Ulu Tembeling adalah bahasa biasa Pahang tetapi berlaku satu revolusi perubahan dialek bila pengaruh seorang isteri pemimpin boleh mengubah dialek Ulu Tembeling kepada bahasa Melayu Brunei.

Dalam catatan memoir Dato' Sir Mahmud bin Mat, "Tinggal Kenangan" mengenai kisah Hulu Tembeling 1920an.... 

Tuk Penghulu yang berbadan tegap sudah berumur orangnya. Dia bau-bau bacang dengan Almarhum Sultan Ahmad. Bicaranya lembut dan bersopan santun. Sungguhpun dia tidak tahu membaca dan menulis, dia pandai bercerita dan kelakar sungguh orangnya. Pada waktu petang dia sering menghiburkan kami dengan cerita-cerita pengalamannya semasa dia muda-muda dahulu ketika dia dihantar ke Brunei atas urusan Baginda Sultan. Di sana dia berkahwin dan menghabiskan masa bersuka-suka selama lebih enam bulan. Dia pernah menemani Sir Hugh Clifford dalam rangka lawatannya. Dengan pertolongan Sir Hugh Clifford, Tuk Penghulu telah menggantikan tempat ayahnya. Sir Hugh Clifford memberinya surat kuasa yang ditulis dengan tulisan jawi. Katanya surat ini ditulis oleh Sir Hugh Clifford sendiri. Dan tulisan jawinya sangat cantik. 

Dalam perbualan saya dengan Tuk Penghulu Kampung Bantal kali ini saya mendapati penduduk Hulu Tembeling menggunakan perkataan yang berbeza untuk beberapa benda yang biasa. Perkataan ini tidak difahami oleh orang Melayu di tempat lain. Kata Tuk Penghulu bahasa Hulu Tembeling ialah bahasa yang digunakan orang Kepulauan Laut Selatan Sulu Brunei. Hairan juga di hati saya bagaimana orang dari Kepulauan Laut Selatan Sulu Brunei dapat sampai ke Hulu Tembeling, tempat yang sukar dimasuki, malah beratus-ratus batu ke dalam kawasan pedalaman. 

Melalui sumber arkib London, arkib Brunei, arkib Pahang dan sumber lisan orang-orang tua Tembeling maka WZWH dapat mengetahui mengapa dialek Ulu Tembeling menyamai bahasa Melayu Brunei.

Tok Penghulu itu bernama Haji Encik Engku Wan Ahmad bin Engku Khatib @ Wan Endut (1866-1935). Atas jasa Engku Wan Ahmad berjaya dalam misi ke Brunei atas arahan British dan Sultan Pahang menangkap lanun-lanun maka Sultan Brunei telah menganugerahkan kepada Engku Wan Ahmad:

  • Seorang isteri bernama Daing Khadija binti Muhammad (anak Menteri Besar, setelah Engku Wan Ahmad menolak untuk berkahwin dengan anak Sultan Brunei kerana telinga yang lanjut)
  • Warkah pemilikan tanah di Limbang Brunei.
  • Cek bank berjumlah $20,000.
  • 40 pengiring orang Brunei.
  • 2 gong tetawak Brunei (yang secara misteri boleh berbunyi seperti diketuk orang pada masa tertentu).
  • Sepeti kecil emas.
  • Bendera.

Engku Wan Ahmad telah membawa isterinya ke Ulu Tembeling bersama-sama 40 pengiring orang Brunei. Mereka ini mengunakan bahasa Melayu Brunei. Isteri Penghulu Engku Wan Ahmad ini telah mengajar penduduk Ulu Tembeling yang lain belajar berbahasa Melayu Brunei.

Ditambah pula berkembang biak keturunan 40 orang pengiring orang Brunei maka dialek Ulu Tembeling telah menjadi bahasa pertuturan seperti yang ada kekal ke hari ini.

Daing Khadija meninggal dunia pada tahun 1909 dikebumikan di makam Bukit Angus, Kampung Bantal, Ulu Tembeling. Batu nesan di makam Daing Khadija telah dibawa khas dari Brunei semasa beliau hidup lagi mengikut suaminya ke Ulu Tembeling.

Begitulah pengaruh isteri pemimpin boleh mengubah dialek Ulu Tembeling.

Kerapkali rombongan Diraja dari Brunei datang ke Ulu Tembeling kerana mahu melawat makam Daing Khadija dan mencari warisnya. Keluarga beliau di Brunei ada meninggalkan harta untuknya tetapi sayang tiada waris Daing Khadija dari Tembeling yang mahu menuntutnya.

Berkenaan tanah di Limbang yang telah dikurniakan oleh Sultan Brunei kepada Penghulu Engku Wan Ahmad bila ada waris mahu menuntut maka ini jawap Menteri Kehakiman Brunei secara bersurat:

Dulu Kerajaan Brunei telah menghebahkan kepada mana-mana waris supaya menuntut tanah Limbang itu dan jika masa yang diperuntukan itu telah luput maka tanah Limbang itu akan menjadi kepunyaan kerajaan Brunei.

WZWH berpendapat itu tidak adil kerana kerajaan Brunei hanya menghebahkan notis itu dalam negara Brunei sahaja maka tidak diketahui oleh Penghulu Engku Wan Ahmad yang berada di Ulu Tembeling sepanjang hidupnya. Apa bentuk komunikasi yang ada pada zaman itu.

Penghulu Engku Wan Ahmad seorang yang buta huruf tidak tahu menulis dan membaca. WZWH telah diberitahu cek bank yang dikurnia oleh Sultan Brunei sebanyak $20,000 hanya disimpan oleh beliau dalam peti kayunya hingga akhir hayat tidak pernah ditunaikan!

Walaubagaimanapun jika Tuanku Sultan Brunei mahupun kerabat Brunei, ahli sejarah dan budayawan Brunei mambaca blog WZWH ini maka inilah cerita seorang pemimpin dari Ulu Tembeling yang pernah berjasa kepada kerajaan Sultan Brunei dulu pada awal abad ke 20.

Pemimpin yang taat kepada Sultan Pahang dan persetujuan British sanggup memenuhi perintah dan tanggungjawab dalam 'mission to Brunei' bagi mengamankan Brunei dari lanun-lanun.

Monday, March 11, 2013

Permintaan Lelaki Tertua di Pahang Yang Tidak Kesampaian...!!!



Allahyarham Ayah Long Abu Zaman bin Yusuf, 110 tahun adalah lelaki paling tua dalam negeri Pahang. Beliau ada permintaan mahu DS Najib Perdana Menteri menjejakkan kaki ke Kampung Bantal, Ulu Tembeling walaupun 'sebelah kaki'.

Pada 3 Oktober 2011. WZWH telah post cerita permintaan lelaki tertua di Pahang kepada DS Najib, sila klik sini.

Sewaktu WZWH bersiap untuk menghadiri program penutup karnival DUN Tahan di Kuala Tahan Taman Negara malam Sabtu 9 Mac 2013, di bilik Woodland Resort WZWH menerima panggilan telefon dari sedaramara di Kampung Bantal Ulu Tembeling berita sedih bahawa Ayah Long Abu Zaman bin Yusuf telah meninggal dunia.

WZWH masih teringat akan permintaan arwah Ayah Long Abu Zaman yang beliau mahu sangat berjumpa dengan DS Najib PM Malaysia. Arwah mahu DS Najib menjejakkan kaki ke Kampung Bantal Ulu Tembeling.

Kata Arwah kali terakhir DS Najib menjejakkan kaki di Kampung bantal ketika DS Najib menjadi MB Pahang pada tahun 1982-1986.

Arwah Ayah Long Abu Zaman mahu DS Najib datang melawat Kampung Bantal Ulu Tembeling. Beliau mahu berjumpa Perdana Menteri secara 'live'.

Beliau adalah penyokong kuat parti UMNO sejak ditubuhkan pada tahun 1946. Sejak zaman Parti Perikatan hingga BN dari PRU pertama hingga PRU 12, Arwah Ayah Long Abu Zaman tetap mengundi UMNO dan BN. Begitu setianya beliau kepada parti UMNO.

Ini adalah permintaan dari seorang lelaki yang paling tua dalam negeri Pahang kepada Perdana Menteri yang juga berasal dari Pahang. Kata Arwah Ayah Long Abu Zaman, " sebelum saya menutup mata...ini permintaan terakhir saya,". Sedih juga WZWH dengar. Maklumlah seorang yang sangat tua susah untuk beliau pergi ke Putrajaya.

WZWH tersangat rasa sedih kepada kisah lelaki tertua di Pahang ini malah juga ahli UMNO tertua di Pahang tidak dapat mencapai permintaan terakhirnya kerana telah dipanggil ilahi...

Begitulah dalam kehidupan apa yang kita inginkan bukan semua dapat. Ada orang yang bertuah boleh dapat apa saja permintaan dan harapan yang dimahukan. Bukan semua orang boleh Allah penuhi segala harapan dan permintaan.

Oleh kerana Ayah Long Abu Zaman sudah tiada...hanya foto-foto pengkebumian saja yang WZWH boleh tunjukkan...



















Oleh kerana pengkebumian Allahyarham Ayah Long Abu Zaman mahu dibuat pagi Ahad maka WZWH terpaksa menaiki jetski awal pagi Ahad yang mengambil masa 45 minit dari Kuala Tahan untuk sampai ke Kampung Bantal. Kalau guna bot panjang biasa memakan masa 5 jam.



















Jenazah Allahyarham Ayah Long Abu Zaman dibawa ke tanah perkuburan Bukit Angus, Kampung Bantal, Ulu Tembeling.



















Jenazah dibawa turun ke dalam kubur.



















Jenazah diletakkan di liang lahad.



















Orang kampung menambun kubur yang baru digali dengan tanah.



















Talkin dibacakan oleh Tok Imam mengingatkan kita yang masih hidup sebelum belayar ke alam fana..



















Bila kita mati, di kubur hanya sedara mara yang rapat, sahabat dan orang kampung yang tetap menunggu dengan setia hingga saat akhir mengaminkan doa yang baca oleh Tok imam semasa membaca talkin.

Selamat bersemadi Ayah Long Abu Zaman bin Yusuf...lelaki tertua di Pahang...ahli UMNO tertua di Pahang dan paling setia kerana tetap mengundi UMNO dan Perikatan @ BN dalam 12 PRU yang lepas.



















Inilah makam yang menjadi 'land mark' di perkuburan Bukit Angus, Kampung Bantal Ulu Tembeling.   Perhatikan sepasang batu nesan Aceh yang panjang itu. Beratus tahun yang dulu, makam ini telah ditambak tingginya hingga paras lutut. Tapi sekarang tambak itu mendap. Perhatikan empat batu di empat penjuru.

Inilah makam moyang WZWH 7 generasi dari WZWH iaitu Engku Khatib @ Wan Endut bin Tun Abdullah  ibni Tun Da (Tun Yusuf Pedah)  ibni Raja Bendahara Pahang Tun Abdul Majid (1777-1802)  ibni  Bendahara Tun Abbas (1722-1736)  ibni Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV (1699-1718)   ibni Bendahara  Tun Habib Abdul Majid (1685-1697) Bendahara Johor, Pahang, Riau, Lingga.

Engku Khatib adalah orang yang mula-mula membuka Ulu Tembeling dan mengislamkan orang-orang Ulu Tembeling mengikut syariat agama Islam yang sebenar.



















Perhatikan dalam kawasan makam Engku Khatib ada sepasang batu nesan dari Brunei yang lebih rendah. Ini ialah makam Puteri Daing Khatijah dari kerabat Kesultanan Brunei dan Sulu yang telah berkahwin dengan Engku @ Wan Ahmad bin Engku Khatib yang telah berjaya menyelesaikan isu-isu lanun dan bandit yang mengugat keselamatan negara Brunei pada awal 1900 atas arahan Sultan Pahang yang pertama iaitu Sultan Wan Ahmad.

Thursday, March 7, 2013

MNLF Kutuk Keras Pengganas Sulu

[Sema+1.jpg]

Muslimin Sema Pengerusi MNLF.

Sebelum ini Murad Ebrahim Pengerusi MILF tidak sokong dan campur insiden pencerobohan Lahad Datu. MILF perlukan kepimpinan dan pertolongan Malaysia.

Kini MNLF kutuk keras tindakan pengganas Sulu di Sabah.

Muslimin Sema Pengerusi MNLF berkata Nur Misuari hanya seorang anggota biasa jawatankuasa itu dan tidak mempunyai pengaruh dalam MNLF.

MNLF, katanya, menganggap rakyat Sabah dan Malaysia sebagai saudara mereka.

“Kami (MNLF) tidak menyokong apa yang sedang berlaku di Sabah (pencerobohan dan tindakan pengganas). Kami menolaknya. Kejadian di Sabah dicetuskan untuk memecahbelahkan sesama kita.

“Ia juga dilakukan untuk memutuskan ikatan antara Sabah dan selatan Filipina dan antara Malaysia dan Filipina. Mereka ingin memusnahkan ikatan itu (antara rakyat),” 

Diminta mengulas tentang kenyataan Misuari baru-baru ini bahawa MNLF bersedia menghantar pejuang bersenjatanya ke Sabah untuk membantu pengganas Sulu, Muslimin berkata beliau kecewa dengan kenyataan bekas pemimpin MNLF itu.

“Beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu. Saya sedih kerana tidak dapat menyekatnya daripada membuat kenyataan itu. Sabah dan Malaysia bukan musuh kami,” katanya.

Ditanya sama ada terdapat anggota MNLF yang terlibat dalam kejadian di Sabah, Muslimin berkata jawatankuasa pusat barisan itu telah menjalankan penyiasatan tentang perkara berkenaan.

“Bagaimanapun, siasatan yang dibuat anggota jawatankuasa pusat di Tawi-Tawi dan Sulu mendapati tidak ada anggota MNLF yang terlibat dalam pencerobohan di Sabah. Kami tidak terlibat dalam apa jua bentuk keganasan,” katanya.

Beliau berkata sekiranya terdapat anggota MNLF yang terlibat dengan keganasan di Sabah, mereka melakukannya secara peribadi dan tidak pernah mendapat restu daripada kepimpinan barisan itu.


Pemimpin-pemimpin Bangsamoro.

WZWH berasa lega bila MILF dan MNLF tidak menyokong tindakan keganasan terhadap Sabah maka diharap tidak berlaku perang gerila yang boleh menggangu keamanan dan ketenteraman penduduk Sabah.

WZWH harap Perjanjian damai anatara MILF dan kerajaan Filipina yang DS Najib menjadi orang tengah boleh membawa keamanan di kepulauan Sulu dan Mindanao.

Diharap juga MNLF turut serta dalam pelan damai dan agenda membangunkan kepulauan Tawi-Tawi, Sulu, Palawan, Basilan , Zamboanga dan Mindanoa.

Semoga Bangsamoro atau Tausug maju sama taraf ekonomi dan sosial dengan penduduk Filipina yang lain.

“Tanya sama Anwar kenapa Dato’ Seri berang, nanti jawab Anwar aku-lah dalang!”



Nyanyian Anwar di dalam beberapa siri ceramah jelajah Malaysia beberapa bulan sebelum ini yang berbunyi, “Tanya Sama Najib, Apa Sebab Goyang, Nanti Jawab Najib, Sabah Nak Hilang."

Wednesday, March 6, 2013

Murad Ibrahim Pemimpin MILF Tidak Mahu Terlibat Tetapi Punya Wawasan Sendiri.


MILF kumpulan pemberontak terbesar di Filipina, tidak terlibat dalam konfrontasi antara penceroboh bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia di timur Sabah.

Pengerusi MILF, Murad Ibrahim berkata, masalah antara kumpulan pengganas itu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu dan Semporna perlu diselesaikan oleh Kuala Lumpur dan Manila.

"Orang kami tidak terlibat dengan pencerobohan itu. Kami tak mahu terlibat dalam perkara ini, kami tak mahu menyulitkan lagi keadaan,"

Ditanya sama ada perjajiian damai antara pihaknya dan kerajaan Filipina, yang ditaja Malaysia, terjejas akibat pencerobohan di Sabah, beliau berkata, perkara itu tidak timbul.

"Proses damai antara MILF dan kerajaan Filipina ialah perkara berasingan dan tidak akan tergendala kerana kejadian di Sabah itu. Proses damai ini sedang diteruskan," katanya.

Beliau berkata, anggota pasukan perunding MILF dan kerajaan Filipina dijangka bertemu di Kuala Lumpur untuk mengadakan rundingan pusingan akhir mereka pada minggu terakhir bulan ini.

MILF dan kerajaan Filipina menandatangani perjanjian rangka kerja bagi menamatkan konflik yang berlarutan sejak sekian lama antara kedua-duanya yang mengakibatkan beribu-ribu nyawa melayang dan menyebabkan wilayah Mindanao yang kaya dengan sumber asli, tidak dapat dibangunkan.

MILF berharap pelarian dan pendatang tanpa izin Bangsamoro di Sabah akan kembali ke tanah air mereka kerana kawasan Mindanao di Filipina dijangka aman sentosa selepas perjanjian damai dimeterai pada Oktober tahun lepas.

Murad Ibrahim berkata golongan itu berhijrah ke Sabah untuk lari daripada konflik dan kemelut ekonomi.

"Sabah adalah pilihan semula jadi kerana ia dekat, aman dan menyediakan perlindungan serta peluang. Bagaimanapun, memandangkan keadaan kembali aman di Mindanao, saya fikir mereka akan pulang secara beransur-ansur," 

Moro Islamic Liberation Front (MILF) Chairman Al Haj Murad shares a light moment with Malaysia's Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak during the signing of a peace deal in Manila.

Beliau berkata MILF amat berterima kasih kepada Malaysia dan kerajaan negeri Sabah serta akan meminta bantuan bagi memujuk pelarian Bangsamoro untuk kembali ke tanah air mereka.

Katanya, hanya pelarian perang Bangsamoro yang berhijrah ke Sabah pada awal 70-an diberi kerakyatan Malaysia.

Murad juga berkata Bangsamoro memerlukan bantuan Malaysia untuk mengeksploit sumber semula jadi yang kaya di negara mereka.

Nur Misuari Mahu Jumpa DS Najib Selesaikan Konflik Sabah



Nur Misuari pemimpin MNLF mengadap Sultan Kiram di Manila mahu damaikan konflik Sabah.

Menyedari kerajaan DS Najib bertambah kukuh dan bakal memenangi PRU 13 membentuk kerajaan yang kuat menyebabkan Nur Misuari pemimpin MNLF bersedia berjumpa DS Najib membantu menamatkan krisis Sabah.

"Demi keamanan, menyelamatkan nyawa pejuang muda Sulu dan tentera Malaysia, orang Islam tidak perlu bergaduh sesama sendiri" kata beliau.

Jika perlu Nur Misuari mahu melawat Kuala Lumpur menyelesaikan konflik perbezaan antara Bangsamoro dan rakyat Malaysia atas perbelanjaan beliau sendiri.

Nur Misuari memberi amaran kepada Presiden Filipina jangan menangkap Sultan Sulu kerana keadaan kacau bilau akan berlaku di Filipina.

Nur Misuari menegaskan beliau dan MNLF tidak ada kena mengena dalam mencampuri pencerobohan Sabah.

Spekulasi bertiup kencang mengsyaki Nur Misuari terlibat dalam pencerobohan baik di Manila dan Kuala lumpur. Beliau menafikan spekulasi tersebut.

Beliau juga menafikan membiayai pencerobohan Sabah oleh tentera Diraja Sulu.

Jika benar Nur Misuari boleh mempengaruhi Sultan Sulu dan menghalang perang gerila berlaku di Sabah demi keamanan DS Najib perlu menimbang cadangan dan pandangan Nur Misuari.

Rangka Perjanjian Damai antara MILF dan kerajaan Filipina yang DS Najib menjadi orang tengah tidak inklusif kerana meminggirkan MNLF dan Sultan Sulu.

Mungkin satu bentuk penyelesaian jangka panjang bagi keamanan serantau Presiden Filipina perlu memasukkan MNLF dan Sultan Sulu dalam kerangka perdamaian yang lebih inklusif.

Sumber PhilStar.com

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...