Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, March 6, 2013

Murad Ibrahim Pemimpin MILF Tidak Mahu Terlibat Tetapi Punya Wawasan Sendiri.


MILF kumpulan pemberontak terbesar di Filipina, tidak terlibat dalam konfrontasi antara penceroboh bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia di timur Sabah.

Pengerusi MILF, Murad Ibrahim berkata, masalah antara kumpulan pengganas itu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu dan Semporna perlu diselesaikan oleh Kuala Lumpur dan Manila.

"Orang kami tidak terlibat dengan pencerobohan itu. Kami tak mahu terlibat dalam perkara ini, kami tak mahu menyulitkan lagi keadaan,"

Ditanya sama ada perjajiian damai antara pihaknya dan kerajaan Filipina, yang ditaja Malaysia, terjejas akibat pencerobohan di Sabah, beliau berkata, perkara itu tidak timbul.

"Proses damai antara MILF dan kerajaan Filipina ialah perkara berasingan dan tidak akan tergendala kerana kejadian di Sabah itu. Proses damai ini sedang diteruskan," katanya.

Beliau berkata, anggota pasukan perunding MILF dan kerajaan Filipina dijangka bertemu di Kuala Lumpur untuk mengadakan rundingan pusingan akhir mereka pada minggu terakhir bulan ini.

MILF dan kerajaan Filipina menandatangani perjanjian rangka kerja bagi menamatkan konflik yang berlarutan sejak sekian lama antara kedua-duanya yang mengakibatkan beribu-ribu nyawa melayang dan menyebabkan wilayah Mindanao yang kaya dengan sumber asli, tidak dapat dibangunkan.

MILF berharap pelarian dan pendatang tanpa izin Bangsamoro di Sabah akan kembali ke tanah air mereka kerana kawasan Mindanao di Filipina dijangka aman sentosa selepas perjanjian damai dimeterai pada Oktober tahun lepas.

Murad Ibrahim berkata golongan itu berhijrah ke Sabah untuk lari daripada konflik dan kemelut ekonomi.

"Sabah adalah pilihan semula jadi kerana ia dekat, aman dan menyediakan perlindungan serta peluang. Bagaimanapun, memandangkan keadaan kembali aman di Mindanao, saya fikir mereka akan pulang secara beransur-ansur," 

Moro Islamic Liberation Front (MILF) Chairman Al Haj Murad shares a light moment with Malaysia's Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak during the signing of a peace deal in Manila.

Beliau berkata MILF amat berterima kasih kepada Malaysia dan kerajaan negeri Sabah serta akan meminta bantuan bagi memujuk pelarian Bangsamoro untuk kembali ke tanah air mereka.

Katanya, hanya pelarian perang Bangsamoro yang berhijrah ke Sabah pada awal 70-an diberi kerakyatan Malaysia.

Murad juga berkata Bangsamoro memerlukan bantuan Malaysia untuk mengeksploit sumber semula jadi yang kaya di negara mereka.

3 comments:

Anonymous said...

Murad hanya serpihan kecil,dia yang filipina iktiraf. Najib pun. Yg ramai pengikut ialah misuari. Ini mcm fatah dan hamas di palestine.

Anonymous said...

Ayat terakhir Murad dalam psting di atas bawa maksud dia akan jadi Raja Balak seperti Taib di sarawak..tst le.

Anonymous said...

anon 10.37,

kamu ketinggalan zaman.nur misuari hanya ahli biasa aje dalam mnlf.

murad ketua milf yang jumlah pengikut nya puluhan ribu.

anon 10.39 pula sentiasa negatif.