Saturday, March 16, 2013

Ugutan Bakar Kilang Lynas Liabiliti Calon DAP Parlimen Bentong!


Barangkali kerana Lim Guan Eng tidak mendengar pandangan politik orang lama DAP Pahang Leong Ngah Ngah dan mengenepikan peluang Sakmongkol AK47 mahu bertanding di parlimen Bentong membuatkan DAP silap percaturan.

Lim Guan Eng telah mengumumkan Wong Tack sebagai calon DAP parlimen Bentong. Walau PKR Bentong tidak berpuas hati kerana dulu PRU 12 itu kerusi ditanding oleh PKR. 

Juga Pengerusi DAP Bentong kecewa kerana ada aktivis DAP Bentong yang lebih senior dan berpengalaman berpotensi tapi dikerat mentah-mentah oleh Lim Guan Eng.

Wong Tack adalah pengerusi NGO Himpunan Hijau yang kononnya mempertahan sangat  alam sekitar kerana mendakwa kilang Lynas perlaburan bernilai berbilion di Pahang tidak selamat.

Kerja Wong Tack mengumpul orang Cina terutama dari luar berdemonstrasi di Kuantan dan KL saban minggu.

Akhbar berbahasa Cina dan beberapa portal berita sebelum ini melaporkan Wong Tack mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan untuk membakar kilang nadir bumi sekiranya tidak ditutup selepas PRU 13.

Kertas siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan berhubung tindakan Wong Tack itu telah diserah ke pejabat Pendakwa Raya menurut Ketua Polis negeri Pahang Dato' Sharifuddin Abdul Ghani kini menunggu keputusan Pendakwaraya untuk didakwa atau melanjutkan siasatan.

Belum apa-apa calon DAP parlimen Bentong ini telah diserang oleh pertanyaan dan persepsi pengundi Bentong dan itu belum lagi jentera BN menyerang secara ofensif.

Bila DAP terpaksa bertahan menjawab isu ini maka nampak ketara kelemahan calon DAP ini. Pendirian Wong Tack pula berubah mengikut Anwar Ibrahim yang mula pusing bahawa Pakatan Rakyat bersedia menyokong operasi kilang Lynas seperti diwawancara oleh media Australia baru-baru ini.

Ugutan bakar kilang Lynas liabiliti calon DAP parlimen Bentong.

Pengundi parlimen Bentong takut nanti ahli parlimen baru Bentong akan ugut bakar kilang-kilang di Bentong pulak!

11 comments:

Anonymous said...

Kalau begitu Dato Nan tak perlu lah risau nak kena kerat telinga. :p

Anonymous said...

Bn samada dpt 2 per 3 kali ini. Tak pun 2 atau 3 kerusi kat pahang. Hehe

Anonymous said...

Aku orang jerantut. BN bungkus.

Kampong man said...

Salam Wan,

Wan harus tidak gusar di Pahang.Jelas Sakmongkol di ketepikan di Bentong dan mungkin di Raub juga bagi mengelakan kekalahan teruk DAP Melayu di Pahang.Orang Melayu TIDAK akan berdiri dibelakang DAP racis,period.

Didalam blog POP Sir Wenger Khairy terus bermain sandiwara mengelirukan pembaca.Maka terdapatlah penyokong PR yang tidak rasional,beremosi tanpa fakta.Izin KM berkongsi pandangan KM di sini dengan apa yang saya komen di blog POP.

QUOTE "
Kampong man said...
Salam semua,

Adalah sangat penting kita semua melihat fakta.Kemenangan kecil PR di 2008 bagi kali pertama tidak mudah berulang semula.

KM tidak setuju dengan beberapa pandangan sdra Nick bahawa negeri berhampiran Melaka saperti Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan akan mudah di tawan PR.Pada KM ini adalah hanya jenaka dan persepsi yang salah tanpa fakta yang kukuh dan pasti meleset bagi PR.

Pada 2008 dimana Anuar adalah hero dan Pak Lah dilihat terlalu goodie dan tidak tegas keputusannya adalah saperti berikut:

P=Parlimen D= DUN

MELAKA P: BN 5, PR 1,D:BN 23 PR:5

JOHOR P: BN 25,PR 1,D:BN 50 PR:6

PAHANG P: BN 12,PR 2,D:BN 37 PR:4

NEGRI9 P: BN 5, PR 2,D:BN 21 PR:11

@Kemenangan parti bebas tidak di ambil kira.

Dengan kebangkitan BN bagi mendapat kembali 2/3 dilihat keberangkalinnya amat cerah sekali disebabkan kesungguhan Najib/BN dengan JANJI DITEPATI bagi rakyat dan dengan berbagai permasaalahan PKR, DAP dan PAS dan yang penting ketidak adanya persefahaman yang jitu dalam PR itu sendiri. BN tetap akan menjadi pilihan rakyat majoriti di negeri tersebut pada analisa KM.

Boleh kah sdra Nick Melaka ulas secara facts and figures bagaimana PR boleh mengatasi BN di negeri jiran kita Melaka diatas ?.Tunjukan nas nas dan dalil dalil nya sekira ada.

Talk is free Nick but FACTS and FIGURES don't lie.Now, you take it away Nick .Wassallam.


RUMBE NANDRI and VANAKKAM SWK.Cheers


16 March " UNQUOTE.



Anonymous said...

Jangan Pangkah Dacing.

Anonymous said...

Jangan lah Dap berangan hendak mendapatkan kemenangan di Bentong dan Raub. Pengundi Pas tidak akan memberi undi kepada calon Dap dan Pkr. Ini kerana kedua dua parti ini masih  berdegil dan satu demi satu ungutan dilempar kepada parti Pas dan ahlinya  untuk menarik balik kenyataan rasmi dari Majlis Syura Ulamak yang berasaskan kepada betapa pentingnya akidah umat Islam.

Kedua parti ini tidak mehormati kenyataan Majlis Syura Ulamak, "menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah." 

Namun Dap dan Pkr tetap dengan perdirian mereka walaupun Pas seankatan dengan PR terkini dan hari mendatang. Lebih lagi keimanan pensabitan dan penyerahan kepada Allah dipandang remeh oleh mereka.

Kononya dengan kenyataan retorik  mengunakan politik  berdiplomasi mereka akan meredakan keimanan umat Islam.
    
Kenyataan PR “Kami menghormati pandangan Majlis Syura. Kita tidak boleh menghalang sesiapa untuk bercakap dan kita mempertahankan hak demokratik setiap individu."

“Tetapi keputusan Majlis Syura hanya terpakai untuk ahli-ahlinya (sahaja),” 

Kenyataan diatas telah diambil sebagai panduan oleh ahli ahli mereka untuk berhubung dengan pengundi Islam bahawa perkara kalimah Allah hanya remeh temeh dan sandiwara Majlis Syura Ulamak dan hanya bertujuan untuk memperkecilkan kewibawaan dan kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.

Anonymous said...

Pandangan anon 4:20 diatas tepat dan ada kebenaranya.Saya semua umat Islam tidak mengundi DAP dan PKR di pru 13 ini demi agama Islam.Amat bercanggah sekali.

Undi DAP dan PKR bermaana anda menghianati Islam.

Quiet Despair said...

Kempunanlah Nampaknya Uncle Sakmongkol kita nak jadi MP Bentong atau Raub.
LGE dan Papanya dah pilih bangsa sendiri jadi calon-clon mereka.
Tulah, Sakmongkol tak sabar sangat lalu keluar dari UMNO.
At least he can dream of becoming MB or Minister if he is still in UMNO.

Anonymous said...

KALAU GITU JANGAN HARAPLAH AKU NAK UNDI BN KERANA DAH TERANG-TERANGAN KETUA MCA SEMALAYA MENGHINA PELAKSANAAN HUKUM HUDUD . JIKA AKU UNDI BN BERMAKNA AKU MENGHINA HUKUM HUDUD ... MENGHINA HUKUM HUDUD MENGHINA ISLAM ....

Anonymous said...

Itulah patut TGNA terus implementasikan hudud di Kelantan barulah Pas dapat perjuangjan negara Islam.Ah peduli dengan hudud wei.. asalkan dapat Putrajaya.

Anonymous said...

Bn jadi hantu raya lepas praya ni. Full stop.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...