Tuesday, March 19, 2013

LKS Calon Tua Bangka Tidak Relevan Di Parlimen Gelang Patah Johor


Lim Kit Siang, 72 adalah calon 'relic of the past' yang tidak relevan dengan aspirasi orang muda PRU 13. Anwar Ibrahim yang mencalonkan LKS di parlimen Gelang Patah, Johor telah membawa politik Johor ke belakang.

Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang telah umum Lim Kit Siang (LKS), 72 calon bertanding di parlimen Gelang Patah Johor.

PRU 12, Tan Ah Eng MCA menang di parlimen Gelang Patah yang komposisi orang Cina membentuk 54%, orang Melayu 33% dan India 12%.

Tan Ah Heng mendapat 33,630 undi mengalahkan Zaliha Mustafa PKR 24,779 undi.

Tindakan Anwar Ibrahim  yang suka mengorbankan calon-calon PKR sendiri tidak disenangi. Sebelum ini Anwar Ibrahim telah membiarkan Lim Guan Eng megumum Wong Tack calon DAP bertanding di parlimen Bentong Pahang yang merupakan juga kerusi PKR.

Ditambah pula kerusi parlimen Gelang Patah menjadi rebutan secara terbuka antara Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dan Ketua PKR Johor Chua Jui Meng.

Sedikit sebanyak penyokong tegar Dr Boo Cheng Hau dan Chua Jui Meng akan marah dan berdendam.

Keputusan Anwar Ibrahim mencalonkan LKS adalah tidak menepati cita rasa aspirasi majoriti pengundi muda parlimen Gelang Patah dan ke belakang.

Pengundi mahu calon muda yang bertenaga, sihat fizikal dan mental, anak tempatan yang lebih memahami dan mengetahui isu-isu tempatan.

Calon-calon tua bangka seperti LKS yang berumur 72 sudah tidak sesuai dengan trend PRU 13 yang mahu orang muda.

Anwar Ibrahim hanya mahu memuaskan ego DAP dengan meletakkan pemimpin supreme tanpa mengira kehendak majoriti pengundi muda parlimen Gelang Patah.

BN mengalu-alukan LKS bertanding di Johor.

16 comments:

Anonymous said...

Bagus la Kit Siang.
Masa untuk anda dikalahkan sudah jelas.

Lepas ni senang untuk menjaga cucu yang gatal jari-jemari.

Anwar seorang yang hebat untuk membunuh keegoan ahli politik.

Mampos la Kit Siang.

Anonymous said...

Kalu begitu BN boleh goyang kakilah dah tentu menang punya, tak payah runsing2 dah payah susah2. Tapi calon relic ini species T-Rex boleh makan habis punya.

Anonymous said...

Relek laa... apa nak marah dan maki maki, bersyukur laa kalau dia dah nak kalah. Macam tak confident jee dia nak kalah ni.
WZ pun relek laa... kalau PKR dan DAP nak gaduh sama sendiri biarkan laa saja. Apa lu sibuk. Tunggu BN keluar senarai calon Jerantut sudah laa...

Quiet Despair said...

This should be the last outing for political dinosaur, LKS - Sakmongkol's new prophet.
Kalau orang lama UMNO dia tuduh dinosaur tapi kalau dia relevant. Sic.
Lim had contested and won in Melaka, Perak, KL and Penang. And now Johor to prove a point that he's the only politician who can win anywhere.
Nak tunjuk siapa besar. Manalah tau, kalau DAP menang Johor dapat jadi MB. Hahaha, can dream on!
Memang patutpun tanding di Johor since it's he's home state. Tapi selama ni, takut kalah.
Patut his heir LGE pun lawan anak CSL di Johor. Barulah boleh bangga as much loved politician.
Setakat Penang, mana-mana Cina dalam DAPpun boleh menang.
Let Johore be the Waterloo for LKS. And he retired ungracefully. And I think he will lose.

Anonymous said...

Hello QD,

Don't just "think he will lose" bro... lets do the PRU13. Yeah....

Kampong man said...

Salam,

Biarkankah LKS bertanding di mana sekali pun.Realitinya beliau akan terus menjadi PEMBANGKANG keseluruhan karier politik beliau.Ingat orang Cina nekad dibelakang DAP kali ini dan bukan MCA/Gerakan.Apa orang Johor masih mahukan DAP, PKR dan Pas ? sedangkan Johor adalah tempat lahirnya parti Melayu UMNO.

P/s Orang Melayu sudah takut menyebut dan menperjuangkan Melayu takut di label racis oleh kaum lain.Bukankah yang tinggal hanya Keretapi Tanah Melayu sahaja ?? Satelah berpecah pecah angkara Anuar kini mereka mahukan kuasa politik pula.Fikirlah sendiri.

Anonymous said...

Tunggu Calon Parlimen Jerantut pula. Interesting.

Anonymous said...

Dikhabarkan Ku Lan melalui proksinya telah menemui Tn Hj Zulkefli Kasim (bekas Pegawai kanan Kastam Negeri Pahang yg sekarang ini merupakan MD kepada sebuah syarikat milik Tengku Muda Phg) bagi tujuan meminta persetujuan beliau utk dicalonkan sebagai wakil parlimen BN Jerantut. Difahamkan juga SB telah beberapa kali menemui Tn Hj Zul ini.

Jadi, kalau perkara ini benar dan Hj Zul bersetuju, mintak geng Wan Mizan dan Dr Sukri jangan frust, terima sajalah. Lagi pun Hj Zul ini cerdik sikit...berkelulusan Ijazah Pengajian Islam (Syariah) dan mempunyai sedrara mara yg ramai di Jerantut. Beliau juga merupakan adik kpd Ustaz Waahab, bendahari PAS J'tut. Kalau beliau2 benar2 dicalonkan sebagai MP saya percaya harapan PAS utk memenangi kerusi parlimen J'tut agak kabur....

Wan pulak jangan bersedih...cuba lagi lain kali.

Anonymous said...

Not in Pasir Gudang my men! Cina Johor ni ada banyak lainnya.  Lim Kit Siang (Cina Johor) digelar 'Loktang Bukit Cina'. Pandangan Cina Johor dia ni diibaratkan telah dibuang dari Negeri Johor dan diharamkan pulang.

Pada Cina Johor watak dan perangai cauvinisme Lim sebagai pemimpin Dap dulu telah banyak buat tahi untuk mengaruhkan hubungan baik diantara anak anak Cina dan Melayu Johore. Cina Johor tidak boleh lupa, apa tah lagi anak anak Melayu Johor. 

Anonymous said...

Calun parachut tidak sesuai di parlimen jerantut buat masa ini. Banyak masalah kerana mahu kenal jentera dan memahami budaya politik Jerantut. DS Najib tidak mahu ambil risiko besar.

Anonymous said...

Anon 3:43PM,
Kamu ketinggalan dalam arus politik J'tut. Tahukah kamu, sebelum ini kebanyakkan calon MP BN kecuali En Kamarazaman Baria merupakan calon parachut...TS Shariff Ahmad, Datuk Wan Bakar dan Tengku Lan kesemuanya calon parachute

Anonymous said...

Umno parti tua yg akan reput kali ini.

Anonymous said...

Anon 8:21 kena belajar sejarah politik Jerantut. Dato' Wan Bakar dan Tengku Azlan mewakili empayar politik klasik Pahang manakala TS Shariff Ahmad ditunjuk oleh Tun Razak ketika itu letak songkok pun UMNO boleh menang besar...zaman politik Jerantut sudah berubah.

Quiet Despair said...

Apa jadi dengan Kamaruzzaman Baria? Saya pernah pergi ke rumah keluarganya.

Anonymous said...

Kami nak Orang muda yg tak Ada isu jadi calon.
Sila letakkan ramlan Harun atau mat shah jamlus sebagai calon
Kala tak kami boikot

Anonymous said...

calon bn...ghani othman tu muda sangat kerr???

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...