Monday, March 11, 2013

Permintaan Lelaki Tertua di Pahang Yang Tidak Kesampaian...!!!



Allahyarham Ayah Long Abu Zaman bin Yusuf, 110 tahun adalah lelaki paling tua dalam negeri Pahang. Beliau ada permintaan mahu DS Najib Perdana Menteri menjejakkan kaki ke Kampung Bantal, Ulu Tembeling walaupun 'sebelah kaki'.

Pada 3 Oktober 2011. WZWH telah post cerita permintaan lelaki tertua di Pahang kepada DS Najib, sila klik sini.

Sewaktu WZWH bersiap untuk menghadiri program penutup karnival DUN Tahan di Kuala Tahan Taman Negara malam Sabtu 9 Mac 2013, di bilik Woodland Resort WZWH menerima panggilan telefon dari sedaramara di Kampung Bantal Ulu Tembeling berita sedih bahawa Ayah Long Abu Zaman bin Yusuf telah meninggal dunia.

WZWH masih teringat akan permintaan arwah Ayah Long Abu Zaman yang beliau mahu sangat berjumpa dengan DS Najib PM Malaysia. Arwah mahu DS Najib menjejakkan kaki ke Kampung Bantal Ulu Tembeling.

Kata Arwah kali terakhir DS Najib menjejakkan kaki di Kampung bantal ketika DS Najib menjadi MB Pahang pada tahun 1982-1986.

Arwah Ayah Long Abu Zaman mahu DS Najib datang melawat Kampung Bantal Ulu Tembeling. Beliau mahu berjumpa Perdana Menteri secara 'live'.

Beliau adalah penyokong kuat parti UMNO sejak ditubuhkan pada tahun 1946. Sejak zaman Parti Perikatan hingga BN dari PRU pertama hingga PRU 12, Arwah Ayah Long Abu Zaman tetap mengundi UMNO dan BN. Begitu setianya beliau kepada parti UMNO.

Ini adalah permintaan dari seorang lelaki yang paling tua dalam negeri Pahang kepada Perdana Menteri yang juga berasal dari Pahang. Kata Arwah Ayah Long Abu Zaman, " sebelum saya menutup mata...ini permintaan terakhir saya,". Sedih juga WZWH dengar. Maklumlah seorang yang sangat tua susah untuk beliau pergi ke Putrajaya.

WZWH tersangat rasa sedih kepada kisah lelaki tertua di Pahang ini malah juga ahli UMNO tertua di Pahang tidak dapat mencapai permintaan terakhirnya kerana telah dipanggil ilahi...

Begitulah dalam kehidupan apa yang kita inginkan bukan semua dapat. Ada orang yang bertuah boleh dapat apa saja permintaan dan harapan yang dimahukan. Bukan semua orang boleh Allah penuhi segala harapan dan permintaan.

Oleh kerana Ayah Long Abu Zaman sudah tiada...hanya foto-foto pengkebumian saja yang WZWH boleh tunjukkan...



















Oleh kerana pengkebumian Allahyarham Ayah Long Abu Zaman mahu dibuat pagi Ahad maka WZWH terpaksa menaiki jetski awal pagi Ahad yang mengambil masa 45 minit dari Kuala Tahan untuk sampai ke Kampung Bantal. Kalau guna bot panjang biasa memakan masa 5 jam.



















Jenazah Allahyarham Ayah Long Abu Zaman dibawa ke tanah perkuburan Bukit Angus, Kampung Bantal, Ulu Tembeling.



















Jenazah dibawa turun ke dalam kubur.



















Jenazah diletakkan di liang lahad.



















Orang kampung menambun kubur yang baru digali dengan tanah.



















Talkin dibacakan oleh Tok Imam mengingatkan kita yang masih hidup sebelum belayar ke alam fana..



















Bila kita mati, di kubur hanya sedara mara yang rapat, sahabat dan orang kampung yang tetap menunggu dengan setia hingga saat akhir mengaminkan doa yang baca oleh Tok imam semasa membaca talkin.

Selamat bersemadi Ayah Long Abu Zaman bin Yusuf...lelaki tertua di Pahang...ahli UMNO tertua di Pahang dan paling setia kerana tetap mengundi UMNO dan Perikatan @ BN dalam 12 PRU yang lepas.



















Inilah makam yang menjadi 'land mark' di perkuburan Bukit Angus, Kampung Bantal Ulu Tembeling.   Perhatikan sepasang batu nesan Aceh yang panjang itu. Beratus tahun yang dulu, makam ini telah ditambak tingginya hingga paras lutut. Tapi sekarang tambak itu mendap. Perhatikan empat batu di empat penjuru.

Inilah makam moyang WZWH 7 generasi dari WZWH iaitu Engku Khatib @ Wan Endut bin Tun Abdullah  ibni Tun Da (Tun Yusuf Pedah)  ibni Raja Bendahara Pahang Tun Abdul Majid (1777-1802)  ibni  Bendahara Tun Abbas (1722-1736)  ibni Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV (1699-1718)   ibni Bendahara  Tun Habib Abdul Majid (1685-1697) Bendahara Johor, Pahang, Riau, Lingga.

Engku Khatib adalah orang yang mula-mula membuka Ulu Tembeling dan mengislamkan orang-orang Ulu Tembeling mengikut syariat agama Islam yang sebenar.



















Perhatikan dalam kawasan makam Engku Khatib ada sepasang batu nesan dari Brunei yang lebih rendah. Ini ialah makam Puteri Daing Khatijah dari kerabat Kesultanan Brunei dan Sulu yang telah berkahwin dengan Engku @ Wan Ahmad bin Engku Khatib yang telah berjaya menyelesaikan isu-isu lanun dan bandit yang mengugat keselamatan negara Brunei pada awal 1900 atas arahan Sultan Pahang yang pertama iaitu Sultan Wan Ahmad.

8 comments:

Quiet Despair said...

Alfatihah kepada Allahyarham Ayah Long Abu Zaman. Semoga rohnya mendapat limpahan kurnia Allah.
Sedih ngat saya baca cerita ini. Aruah cuma nak jumpa DSNajib tapi tak kesampaian. Bukanlah macam orang lain yang nak jumpa Najib untuk projek atau tanah atau nak jadi wakil rakyat.
Tak dapat mulalah masuk Pakatan dan sabotaj.
Allahyarham adalah pengundi setia BN. Semoga Najib menjadikannya sebagai contoh orang Pahang yang sememangnya pengundi tegar.
He's worthy of an icon for BN.
Saya harap Tuanku Sultan yang selalu lawat Kampung Bantal ada bertemu dengan aruah.
Najibpun suka sebut Kampung Batal sebagai kampung terpencil yang anak-anak lepasan SPM patut mendapat biasiswa dan bukan sahaja anak-anak orang berada di KL yang dapat 11 A.
It's never a level playing field since the urban rich have all the facilties to get good grades. Bayar tuitionpun macam fees tutorial varsity.

P.S. Abang Wan, semalam saya pergi Tanjung Besar dekat Budu sedara Aki saya kahwin. Bestnya makan sayur keladi kemahang. Tak pernah makan sebelum ni.Ada sambal kerdas yang pertama kali makan.
Macam Greek Goulash my Nanna masak.

Another p.s. teruskan menulis on orang kampung yang banyak orang macam saya perlu pelajari. Thanks.
Kalau cerita big city, semua orang tau.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam QD, terima kasih. Ya ini cerita sedih.

Tentu QD seronok gi kenduri sedara di Tanjung Besar. Sayur keladi kemahang memang best makan pula dengan sambal + kerdas. Kalau orang tak pandai masak sayur keladi kemahang boleh jadi gatal tekak.

WZWH akan menulis post orang kampung selalu.

Quiet Despair said...

Thanks bang

Please join us at SWK's blog. Wah dia tengah syok mengenakan UMNO dan Melayu. Moh lawan dia.

Anonymous said...

Kami bersama Hang QD

Anonymous said...

Kasihan, hidup.

Anonymous said...

Sakmongkol the best.




Dulu bn

Anonymous said...

melayu makan babimemang the best.

Anonymous said...

najib bodoh orang pahang, tapi ulu tembeling pun susah nak jejak

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024