Monday, March 25, 2013

Program Pentas Pemuda UMNO Jerantut PDM Felda Jengka 24

Photo: 24 MAC 2013

PENTAS PEMUDA " WADAH TRANSFOMASI MINDA "
LOKASI : FELDA JENGKA 24
TARIKH : 24 MAC 2013
MASA : 8.45 MALAM

Program Pentas Pemuda UMNO Jerantut diadakan bagi menerangkan isu-isu politik semasa kepada golongan pengundi muda Jerantut.

Pengundi Jerantut yang berdaftar terkini 58,000 pengundi. 27,000 pengundi bawah umur 40 tahun.

Oleh itu YB Dato' Wan Amizan Wan Razak sebagai Ketua Pemuda UMNO Jerantut mahu pemuda UMNO turun ke setiap 54 PDM (Pusat Daerah Mengundi) di seluruh parlimen Jerantut merentasi 3 DUN iaitu DUN Pulau Tawar, DUN Damak dan DUN Tahan.

Program ini juga melibatkan kerjasama GPMS, MAYC dan Belia 4B Jerantut bagi menarik sokongan pengundi muda disamping menjelaskan isu-isu semasa kepada seluruh pengundi.

Bagi permulaan pada:
  • 24/3/ 2013 PDM Felda Jengka 24 (malam semalam jam 8.30)
  • 25/3/2013 PDM Felda Jengka 13
  • 26/3/2013 PDM Kampong Koi
  • 26/3/2013 PDM Felda Sungai Tekam Utara

Semua program bermula jam 8:45 malam. Orang ramai yang berdekatan dijemput hadir.

Ini foto-foto Program Pentas Pemuda PDM Jengka 24 malam semalam.


Dato' Wan Amizan Wan Razak calon popular parlimen Jerantut dikalangan pengundi muda sedang berucap menjelaskan isu-isu politik semasa kepada pengundi di PDM Felda Jengka 24.

Petikan kata-kata YB Dato Wan Amizan Wan Razak...

"Semasa rakyat susah..dimana mereka? Pada masa itu jalan masih tanah merah,berdebu..ada yang bijak dan pandai gagal ke sekolah kerana masalah keperitan dan tidak berkemampuan...Sekarang masa kita senang mereka hadir ingin membantu? kenapa? Kononnya merekalah pejuang..Pastikan Felda Jengka 24 ini kita kosongkan peti undi mereka!"


Ada microfon, ada layar screen, power point presentation, janji boleh mengumpulkan pengundi di setiap PDM. Nampak macam suasana PRU. Ini langkah proaktif diambil Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.


Penduduk Felda Jengka 24 yang terlibat. Ramai kaum wanita, kaum ibu.


Yang penting ramai pengundi dengar tidak kira yang bertenggek di atas motor, duduk dalam kereta. Pengundi mahu tahu. Pengundi mahu lihat. Pengundi mahu dengar bakal calon berpidato.


Ini antara pengempur Pemuda UMNO DUN Pulau Tawar. 


Pemuda berbaju biru 'BN pilihan orang muda'.


Orang ramai kusyuk mendengar penjelasan dari pemimpin Pemuda UMNO Jerantut.


Ingatan dan amanat presiden UMNO kepada petugas-petugas parti.


Jamuan ringan. Kelihatan Dato' Wan Amizan,  Tuan Haji Cikgu Nazlan Penerangan UMNO Bahagian Jerantut, Dato' Abdullah Lebai Din Pegawai Khas ahli parlimen Jerantut.

Pemuda UMNO Bahagian Jerantut menyediakan 54 slot program sebegini di setiap PDM diseluruh parlimen Jerantut.

Ini bolehlah dianggap platform untuk selain menyampaikan dasar BN dan menjelas isu-isu politik semasa membuka peluang kepada bakal-bakal pemimpin Pemuda untuk mengasah bakat berpidato.

Kepada calon-calon yang berminat mahu promosi diri walau nama-nama calon parlimen dan DUN-DUN telah 'diseal' oleh DS Najib presiden UMNO dan BN digalakkan untuk berpidato menyertai Program Pentas Pemuda UMNO.

Mana tahu kot-kot DS Najib tertarik dengan pidato dan persembahan bakal-bakal calon, insyallah last minit boleh berubah nama-nama calon...

Program Pentas Pemuda UMNO Jerantut membuka peluang kepada semua.

9 comments:

Anonymous said...

Petikan kata2 Yb Dato Ketua Pemuda
"Semasa rakyat susah..dimana mereka?pada masa itu jalan masih tanah merah,berdebu..ada yg bijak dan pandai gagal ke sekolah kerana masalah keperitan dan tidak berkemampuan...Sekarang masa kita senang mereka hadir ingin membantu?kenapa?kononnya merekalah pejuang..Pastikan Felda Jengka 24 ini kita kosongkan peti undi mereka!-Felda jengka 24(24/3/2013)

Anonymous said...

Anda tahun
Rumah Awam di Jerantut tidak ada geran.

Anonymous said...

Berapa kerat yang datang nie? :)

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Bro 8:07, ini permulaan. Hanya tumpu di PDM. Ada 54 slot so selepas Felda Jengka 24 ada 53 slot lagi. Ini baru gear 1 nanti masuk gear 2, gear 3 dan seterusnya. Yang penting tiap-tiap malam ada aktiviti. Kita kumpulkan penyokong-penyokong kita, orang atas pagar itu yang penting. Itu belum WZWH berpidato lagi ekekekekekekekekek....

Anonymous said...

Jangan pangkah dacing

sang sapurba said...

anon di atas ni burung kakak tua.

Anonymous said...

Ini kalilah.......

Jom ubah.....

Pakatan harapan rakyat

Anonymous said...

wzwh, aok post la video pidato dato wan mizan...

Anonymous said...

ni seme poyoooo....

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...