Tuesday, March 19, 2013

Lobi Dan Bodek Maksima Itu Nature Orang Politik



Allah juga suka hambaNya selalu mengingati dan memulia kepadaNya.

Nature orang politik mahu jawatan dan kedudukan. Kerana apa? Pemikiran yang tinggi menjawab jawatan dan kedudukan membolehkan orang politik berkhidmat kepada orang ramai.

Adakah orang tidak berpolitik tidak boleh berkhidmat kepada orang ramai? Boleh berkhidmat tetapi terbatas kerana tidak seperti orang politik ada kuasa dan akses kepada pembuat keputusan.

Orang politik berjawatan diberi tempoh masa 5 tahun untuk berkhidmat kepada orang ramai. Sebenarnya 5 tahun adalah tempoh yang lama untuk menilai prestasi orang politik.

Maka orang politik sepatutnya berkhidmat kepada ADUN atau parlimennya dengan sebaiknya. Bila sudah bekerja sudah tentu orang politik mahu disambung lagi 5 tahun perkhidmatannya.

Perkhidmatan disambung melalui 2 cara:

  • PRU semula ini berserah kepada penilaian rakyat
  • PRU bersyarat pemimpin atasan memilih semula nama orang politik

Orang politik tidak gentar dengan penilaian rakyat kerana average orang politik bekerja kalau tidak cemerlang hampir baik. Jentera parti boleh membantu.

Orang politik cukup takut kalau PM dan MB tidak memilih namanya.

Ini yang merisaukan orang politik walau orang politik bekerja kuat 5 tahun lepas.

Atas kertas berdasarkan merit sudah tentu boleh layak dipertimbangkan.

Jadi apa kualiti lagi? Sungguh memeranjatkan apa yang dibelajar di universiti tidak sama dengan nature orang politik.

Lobi dan bodek maksima adalah strategi yang orang akademik selalu perlekehkan dan memandang enteng tapi sebenarnya memang nature orang politik terutama orang atas suka kepada lobi dan bodek maksima.

Ada kes orang politik yang sangat intelligent, pandai bercakap, terlalu menjaga protokol tapi tidak juga terpilih kerana kurang ilmu asas kemanusiaan lobi dan bodek maksima!

Orang ramai boleh jadi keliru...

Tidak susah untuk memahami nature orang politik kerana dalam agama boleh dilihat bahawa:

  • Orang alim ulama suka dipuji, dipuja dan dimuliakan. Air basuh tangan dan air basuh kaki ada pengikut yang meminumnya...
  • Nabi pun suka dipuji dan dimuliakan sebab itu penganut agama digalakkan membaca salawat.
  • Allah suka hambaNya membodek dan melobi serta berdoa mengingatkanNya sentiasa.

Nah kalau orang alim ulama, nabi dan Allah suka dibodek, dilobi dan dipuja....

Apa lagi orang politik melobi dan membodek maksima kerana itu nature politik dan organisasi serta hierarki.

Itu simple logik.

Bila orang politik sudah bekerja kuat, melobi dan membodek maksima kepada pemimpin atasan maka apa yang berlaku bila ada dikalangan orang politik sendiri yang menjadi pelapor dan pembisik baik kepada MB, PM dan Istana bahawa ahli politik sipolan-sipolan itu buruk, negatif, tidak baik dsb.

Orang ramai menganggap pemimpin atasan itu rasional,  punya banyak sumber maklumat yang boleh menapis berita-berita dari sang pembisik.

Pemimpin atasan baik MB, PM dan Istana itu adalah manusia biasa bukan malaikat.

Kadang-kadang buah yang last itulah didengar , menjadi persepsi dan akhirnya input kepada membuat keputusan...

Itu yang ramai ahli politik bimbang dan risau boleh gugur....!!!

Lalu apa lagi lobi dan bodek maksima usaha terakhir....


Disini tempat ahli politik berdoa....Allah memberi apa yang diminta dengan yang sepatutnya setelah berusaha dan bertawakal.

6 comments:

Anonymous said...

Jenis umno. Sekejap tunjuk video lucah. Sekejap tunjuk kaabah. Siang bersongkok.malam berdisko. Tak caya? Ronda malam masa perhimpunan umno.

Anonymous said...

nampak gaya tak tercalon dah Adun Tahan pru 13 nie dan mula la mencari Allah. Dasar hipokrit

Anonymous said...

Jerantut lingkup le. Letak sape pun. BRIM ambik. Undi tak.

Anonymous said...

Yang Anon di atas komen meroyan apa ke hal...ini adalah yg saya nampak satu penulisan philisophy politizing oleh WZWH mengambarkan keluh kesah jiwa sang wakil rakyat. WZWH cuba merungkai apa yang terpendam disanubari YB-YB. Itu mesej WZWH kpd pemimpin atasan.

Anonymous said...

Kerajaan rakyat...dari rakyat untuk rakyat. Tak perlu lagi gelisah wahai anak2 muda...esok medan dibuka...ayuh kita bangun gerakan nadi2 di desa...jangan lagi kita lena...mari kita hanyutkan balak balak bala itu ke kuala...

Anonymous said...

Kerajaan rakyat...dari rakyat untuk rakyat. Tak perlu lagi gelisah wahai anak2 muda...esok medan dibuka...ayuh kita bangun gerakan nadi2 di desa...jangan lagi kita lena...mari kita hanyutkan balak balak bala itu ke kuala...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...