Sunday, March 31, 2013

Gendang Perang Parlimen Jerantut Sudah Dipalu...

Petang semalam Pelancaran Bilik Gerakan DUN Tahan dan Gerak Gempur Parlimen Jerantut di Felda Sungai Retang oleh Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut.



















Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli UMNO tidak menyangka ramai penyokong UMNO datang.

Beliau membentangkan apa yang beliau sudah buat untuk DUN Tahan antaranya Projek Jalan Ulu Tembeing fasa 1 RM120 juta, RTK, RPK. RTK, RPK ini macam term ETP, GTP. 

RTK (Rancangan Tanah Kelompok), RPK (Rancangan Pembesaran Kampung) melibatkan infrastruktur seperti jalan dan jambatan.

Masa depan yang cerah untuk DUN Tahan bila pembangunan DUN Tahan dimasukkan dalam ECER.

Kajian Pembangunan DUN Tahan diperuntukan RM5 juta oleh ECER. Semua nilai pembangunan ECER ditaksirkan RM1.3 bilion.

Projek menaiktaraf dan melebarkan serta allignment jalan baru Jerantut ke Kuala Tahan saja boleh mencecah RM700 juta.

Fasa ke 2 Jalan Ulu Tembeling dari Kampung Pagi ke Mat Daling yang diluluskan oleh DS Najib berjumlah RM340 juta.

Projek Agropolitan Dun Tahan seluas 1800 ekar diluluskan dengan infrastruktur asas bernilai RM16 juta telah diluluskan.

Penempatan lot-lot tanah perumahan untuk anak-anak muda yang sudah berkahwin seluas 1500 ekar di Tembeling Tengah.

Projek Perumahan Generasi ke 2 Felda bernilai 50 juta telah diluluskan dan pembinaan 26 unit rumah contoh telah sedang dibina di Felda Padang Piol dan menyusul di Felda Sungai Retang.

Ini tidak termasuk Projek Hidropower Sungai Tekal yang WZWH cadangkan dalam Mesyuarat Pemuda dan Bahagian UMNO Jerantut 2008 yang akhirnya Kementerian Tenaga telah meluluskan kepada TNB untuk membinanya kos RM3 bilion.

Dato' Wan Amizan Wan Razak mengingatkan ini semua kita boleh capai jika DUN Tahan menang majoriti besar PRU 13.



















YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar mahu ahli UMNO Jerantut bersatupadu. Beliau mahu mengundur diri dari politik dan memberi peluang kepada pemimpin muda Jerantut.

Beliau menyatakan sepanjang menjadi ahli parlimen Jerantut selama 3 penggal segala peruntukan yang telah diluluskan samada usaha beliau dan wakil rakyat yang lain bernilai RM700 juta.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan ahli UMNO DUN Tahan, DUN Pulau Tawar dan DUN Damak kerana menyokong beliau selama ini.

Tengku Azlan mahu ahli UMNO menerima sesiapa saja calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan. Jangan cas keting kerana parti boleh kalah.

Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran ramai ahli UMNO pada majlis ini.

WZWH sempat merakam beberapa shot foto suasana...










































































































Maka gendang perang parlimen Jerantut sudah bermula...

36 comments:

Anonymous said...

Gendang dah Paul berjaman dah...
dah nak roboh pun.....
Keknya bubor tak jugak....

Tolong la weh....
Bubor la deras....

Jangan pangkah dacing.

Anonymous said...

Bape kali weh gendang perang dipalu. Dah banyak kali dah weh dipalu, sayang semanye kena palu jeh. Palulah bape kali gon nak palu, tapi kene cari alu yang betul2 boleh "memalu" sebab mungkin kali ini merupakan "the end of palu".

Anonymous said...

Moh kita palu UMNO/BN weh!!! Ini kali la!!!

Anonymous said...

Tidak menyangka ramai penyokong UMNO datang. Ayat ini terlalu lemah dan tak yakin dengan UMNO. Itupun ada desas desus mengatakan kalau datang dapat RM1000

Anonymous said...

kalau bn menang lg di dun tahan ...muka hj. nazri ngah lg yg jadi kaya raya dapat projek besar2 ....meluat betul aku tgk muka tu....untuk pru13 kali ni,minta semua rakyat kita undilah PR ...sebab di dun tahan calonnya adalah Ustaz Zakuan ...anak jati dun tahan ..tak payah undi BN lah ..cukuplah kita di tipu selama ni....Allah melihat apa yg kita buat di dunia ni sebab kita akan mati juga nanti ...wallahuAllahm..

Anonymous said...

ramai org sebak bagi rm klu dok buleh bilang ngan jari jerrr.....klu clon dun tahang org lamerr lgee linkup lahhh dun tahannn...xpayoh lah nk bentang projek sebak yb jerr yg pulun semua,,,konon utk belanjerr dan kegunaan dun tahan tp msuk poket yb jugokkk...tuiii klu berckp kalu tok nipu xsah memang dasar dompokkk..dah jd tabiattt...

Anonymous said...

Kalau tengok kepada jumlah duit yg enasihat ekonomi ADUN Tahan tu jumlah semuanya lebih kurang RM2 bilion.

Jadi tak lama lagi DUN Tahan akan jadi sebuah bandar besar jika BN menang dalam PRU13 nanti.

Kas rasa tak jadilah nak undi PR. Kena undi BN juga gayanya.

Oiii.Begini lah gayanya BN menabur janji sampai tak masuk akal.

Adusss. Alahai nasib lah sape percaya lagi dgn BN ni.

Anonymous said...

Palu sampai bengkak tangan dah. Sudah fed up dan letih menunggu.

Anonymous said...

Janji Tak Ditepati
PAKR Belum Dapat Geran Lagi
Apa Punya Cerita
Ini Untuk Faedah Orang Kampung
Takkan Nak Tol Memanjang
Sediakan Geran Induvidu Untuk Orang Kampung

Atau Bubarkan Cawangan Ameno Disetiap PAKR.

Anonymous said...

syabas muga DWA akan memberi khidmat yang lebih cemerlang......tapi.....dengar cerita nama DWAWAR tak ada dlm senarai....boleh WZWH ulas?

Anonymous said...

Mmg takde dlm senarai Dun Tahan sbb berpindah ke Parlimen.. Hakhakhak..

Anonymous said...

SESEKALI KITA BAWAKLAH PERUBAHAN... SUDOH2 MENGUNDI DACING!. JERANTUT SUDAH PUNOH TERUK ANGKARA ORG POLITIK YANG MEMENTING KEKAYAAN PERIBADINYA DAN TENGGKOLOKNYA SAHAJA.

Anonymous said...

kalau bagi duit kat orang pas dia ambil tapi dia tak pergi ke program tersebut.jadi apa masalahnya.orang umno dapat duit dan pergi ke program bermakna dia sokong bn.kalau dia tak sokong dia ambil duit tapi tak pergi.apa masalahnya.

jangan lah takut sangat kalau program umno ramai orang datang.bagi ke tak bagi ke,orang yang datang tu sahlah penyokong kerajaan.

orang pas lagi bodoh,bawak karung hulur duit.duit dalam karung entah kemana.buat program kutip lagi.pas bodoh hulur duit.duit tu tah kemana perginya.

aku dulu pernah juga hulur dengan niat sedekah.demi Allah selepas aku hulur pemungut derma menyusup perlahan bawak karung duit menuju ke keretanya bukan hantar ke pentas ketika hj hadi sedang berucap.selepas peristiwa itu aku haramkan tangan aku drp menderma ke Pas.

org atas pagar said...

anon 2:17 kuat bedo"oh..
moh kita beralih ke ustaz zakuan.kita cuba tgk ustaz zakuan dan dr hamzah buat keje untuk kita ke tak.bg calon bn yg bertanding kita dah tau setakat mana kerje deme.
jom kita uji keupayaan calon pas samada mereka layak bekerja untuk kita atau mereka ingin jadi bos kita.mooh reramai orang jantet kita undi calon pas untuk uji kejujuran mereka.

cakap kedai kopi said...

ramalan keh...

parlimen yg akan dikuasai PR
1.kuantan
2.Indera Mahkota
3.Temerloh
4.Jerantut
5.Raub
6.Bentong

Dun yg dikuasai PR
1.beserah
2.tg.lumpur
3.inderapura
4.muadzam shah
5.teruntum
6.semantan
7.kerdau
8.cheka
9.damak
10.tahan
11.padang tengku
12.cameron higlands
13.semambu


jadi bn phg usah bimbang,masih banyak lagi kerusi untuk dimenangi.

keputusan ramalan ni dibuat menggunakan kaedah lambung duit syiling.

Anonymous said...

Kah ksk kah...

Blog Lanun Pirates of Putrajaya yng kutuk Najib dan UMNO tumbang dan ditutup satelah di tembak kawa kaw penembak UMNO /BN dari Vat 9.Padan muka swk.Kg man dan QD boleh bantu tembak PR diblog Wan Zurik.kekekek...

Quiet Despair said...

Cakap kedai kopi lambung Rupee India atau Rupiah Indon. Ha ha ha.

Anon 5.52pm
Pirates dah jadi commentator Sakmongkol. Dah takde modal kut.
Cis Uncle Suck tu condemn saya sebagai pemuda angkuh kerana isuOracle dia yang kononnya Daim.
Tapi comments saya dia tak siar. That's stab in the back.
Dia patut siar my comments supaya orang dapat nilai what I said.
Tapi tak pelah. Me no worry me no care. Me got WZWH yay yay yay.

Anonymous said...

Ingat deme.....

Katakan tidak kepada dacing..
Jangan pangkah dacing....

Anonymous said...

Dah congak msia pakatan ambik. Kecuali pahang kekal kat bn. Itu pun sengaja bg kat bn biar bn pahang rasa betapa azabnya jadi negeri pembangkang. Bkn dendam tapi nak ajar sikit.

Kampong man said...

Salam semua,

SWK (POP) telah mengaku kalah satelah KM cabar untuk blognya siarkan artikal lama.Tambi tu sebenarnya pengikut setia Sakmongkol DAP Melayu yang tersekat perjuangan politik nya dalam UMNO lalu yang berterusan mengutuk Najib dan UMNO secara below the belt.Harap Sakmongkol di pilih bertanding di Pahang saperti di Raub ke bagi orang Cina belasah beliau sahingga hilang deposit.Bukankah Raub kubu kuat Yen Yen our Tourism Minister.Mana ada kelasnya adun sapenggal Pulau Manis mahu bertanding dengan saorang Menteri Yen Yen ?.

Parti racis dan anti-Islam DAP sampai bila bila pun tidak akan memperjuangkan orang Melayu.Ini fakta.

Pahang,N9,Melaka,Johor, Trengganu, Perlis , Sabah dan Sarawak adalah kubu kemenangan BN mengikut statistik lepas.Ini fakta.

Kelantan dan Penang adalah untuk PAS dan DAP.Ini fakta.Selangor akan jatuh ketangan BN kembali tetapi tipis.

KM sekarang berada di Perak menghadiri kematian keluarga terdekat di Taiping. LKS mencuba nasib di Gelang Patah, Johor membuktikan PR sudah hilang harapan di Perak mengikut analysis politik Joceline Tan . Warlords DAP Perak Ngeh dan cousin Ngah Koh Meng bersama M Kulasegaran yang berentap dalam DAP dengan Ngeh dalam DAP Perak menunjuk jalan keluar pada LKS bahawa beliau tidak lagi releven di Ipoh Timor walaupun sudah 10 tahun di sana. Ini adalah kerana DAP telah gagal di Perak dengan keluarnya MP DAP dari PR menyebelahi Kerajaan BN dan Perak akhirnya jatuh ke tangan BN salepas hanya setahun memegang kuasa.Ini fakta .Analisa politik turut meramalkan Anwar akan bertanding di Perak kerana Pematang Pauh sudah amat goyang dan tidak lagi selamat baginya lagi, kita tunggu.Perak akan terus ditangan BN.

KM tidak faham dimanakah Pas di Perak akhirnya?.Sekadar dipergunakan DAP ada baiknya Pas keluar sahaja dari pakatan dan kembali menegakkan Islam bersama UNNO.Ramalan KM Pas akan keluar PR satelah PR kalah di PRU 13 nanti.

Kemenagan BN keseluruhan tiada siapa yang dapat menafikan satelah dilihat pengorbanan dan KESUNGGUHAN Najib dan jentera BN berkorban terus untuk rakyat dengan transformasi ekonomi.Lihat di Jerantut sudahlah.Lihat apa yang UMNO /BN telah lakukan demi rakyat Jerantut, hebat.Bayangkan PM Najib pula dari Pahang.Bertuah orang Pahang.

Pirates gagal memujuk pembaca menyokong penulisan beliau yang bercelaru dan membingungkan.Atas kegagalan itu POP mengalah kerana tidak mempunyai ROH perjuangan parti saperti lah juga samanya Sakmongkol bekas reject UMNO.Kepada SWK good riddance bro VANAKKAM and NANDRI tambi.

Anonymous said...

Projek RTK, RPK, jalan dari kampung Pagi ke Mat Daling, ECER dan segala macam projek yang disebut tu guna duit kerajaan. Jadi apa kena-mengenanya dengan kemenangan umno? Sudah-sudahlah la berkempen untuk umno tapi dok cerita tentang projek yang satu sen pun tak guna duit umno bn. Sekiranya benar projek-projek tersebut telah diluluskan, kalau bn kalah pun tetap kena buat juga. Ke masih nak guna ayat kalau bn kalah habis semuanya terbengkalai?

Anonymous said...

Projek yang di janjikan tetap akan diteruskan kerana JANJI DITEPATI kerajaan BN ,bukan macam kerajaan PR di Selangor, Kedah dan Kelantan masih ada yang tidak lagi ditepati sampai sekarang.!!.Apa citer ?

Lihat di Pulau Pinang projek kerajaan Federal bagi Link kedua tetap terus dijalanksn walaupun DAP memerintah P.Pinang .Hebat kerajaan BN yang adil demi rakyat.

Sudah terang lagi bersuluh bila masa pulak Pahang akan jatuh ke tangan PR?. Nak tanya sikit.Jawab jangan tak jawab ya. ~dino

Anonymous said...

Hujah aku pendek je. Lantak le kau nak tulis bjela2. Undi pakatan. Selamatkan msia dari parti rasuah

Anonymous said...

Lihat sokongan rakyat pakatan menang. Lihat utusan bn menang.

Anonymous said...

Ptg tadi dgn bekas SU Ghafar baba, org Johor. Umno totok. Tapi conclusion dia menarik, bn kalu menang di johor pun jika SPR menipu. Rakyat johor tunggu masa lempar BN. Itu dia cakap.

Anonymous said...

Kehkehkeh.....

Bagaimana dgn janji bandar atm kat pd?..

Kuikuikui.....

Kerajaan firaun Yang hebat pun runtuh ghodong.....

Kala dacing tak kalah Kali ni pun....
kita tunggu 5 tahun lagi.....

Apa Ada Hal.......

Jangan pangkah dacing ye ghodong......

Anonymous said...

Dengar anak Ghafar Bsba Tamrin playboy tu dah masok Pas.Pas tak mahu playboy.

Anonymous said...

Pakatan rakyat amik semua la . Bg terduduk najib ini kali .pastu muhidin yasin naik jd presiden umno . Dengar ceta ank pak harun tebing tinggi tu calon bn p081 , dan pasti nya akn b end ..

Anonymous said...

Bukan ke Najib yang playboya?

anti songsang said...

pas akan kalah 17 kerusi parlimen.akan kalah 20 kerusi dun di kelantan saja tapi masih memerintah kelantan.

pkr akan kalah 19 kerusi parlimen dan akan kehilangan selangor.

dap menokok tambah kerusi parlimen menjadi 36 kerusi atas bantuan pas kuda dap.

kesian pas,dia tolong dap tapi dap tak tolong pas atas dasar ultra kiasu.jadi kira lah kerusi parlimen pakatan,berapa ada?boleh perintah malaysia???

ghodong reti kira ke?hihihihihi!!!

Anonymous said...

Kehkehkeh.......

Kala dah tau boleh menang besor...

Matnya tak bubor jugak....

Kuikuikui...

Kesian ke aok ghodong.....

Aok tak tau ilmu logik ye ghodong???

Anonymous said...

dAH MELUAT KAS DGN bn

Anonymous said...

tak lama lagi bubarlah bodoh.kalau nak mampus sangat sabar2 lah!mengapalah penyokong pakatan bengong belaka.sejak makan duit derma dap puak pas dan pkr ni jadi semakin teruk dan sesat.makan hasil jual babilah tu.hihihihihihihi!!!!

Anonymous said...

Takut lah tu ...
Kehkehkeh....
Boleh menang beso konon.....
Keknya bubor automatic....
ingatkan mesin basuh je automatic.....
Bubor pun automatic....
Rekod dunia ni....

Anonymous said...

Bn kalah. Ulasan pendek.

Anonymous said...

Bn babi negara kata mahfuz. Jahat mulut mahfuz. Tapi rasanya dia betul. Keliru aku.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...