Nuffnang Ads

Pages

Saturday, March 2, 2013

Incident Lahad Datu: Why We Really Missed King Ghaz And ISA So Much...???!

For the past 55 years Malaysia had able and intelligent leaders to manage many crises without fail. We really miss them...

During that time ISA was used effectively and efficiently to prevent and pre-managed before crises happen...

The Lahat Datu incident is the beginning...more similar case will happen in the future. Are Malaysian security forces be ready to absorb these potential calamity and terorrists acts.

One of the best use of ISA is to educate the opposition leaders how to love and respect the nation.

Opposition leaders who collaborated, schemed, abetted, conspired, planned with outside parties to belittle our law and challenge Malaysia sovereignty for their political gains in GE 13 are indeed traitors.

Incident Lahad Datu: Why we really missed King Ghaz and ISA so much?

WZWH repost satu posting buat tatapan pembaca blog WZWH...


Malaysia perlu Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) macam "King Ghaz". King Ghaz ialah Arwah Tun Tan Sri Ghazali Shafie negarawan angkatan 20an ulung dari Pahang.

Beliau adalah seorang intelektual berkelulusan undang-undang dari University College of Wales pada tahun 1951 dan mendapat ijazah sarjana dari London School of Economics pada tahun 1953. King Ghaz adalah seorang civil servant yang cekap dan seorang diplomat yang berkesan. Setelah Menteri Pertahanan Britain Lord Carrington, bersara dari politik, setelah selesai The Falklands War dengan kemenangan Britain ke atas negara Argentina, Tun Ghazali Shafie berbangga kerana beliaulah "the last, internationally known, member of the Second World War British Intelligence who is still active in office." 

Beliau secara formal telah memperkenalkan dirinya dan sekaligus menyatakan bahawa dia juga berketurunan Aceh. Yang anehnya, pada kesempatan lain, beliau juga telah memperkenalkan dirinya sebagai berketurunan orang asli bila beliau berjumpa dengan orang asli, dan berketurunan Minang bila berjumpa dengan orang Minang, dan berketurunan Mendailing bila berjumpa dengan orang Mendailing.

Bila mengenai keturunannya yang sebenar, kerana dengar ianya berbeza-beza, bergantung kepada tempat, masa dan orang yang ditemui, beliau dengan mudah melepaskan diri dengan berkata "serupalah tu, semuanya Melayu ...... semuanya dari satu rumpun Melayu ... yang penting deme seronok mendengar abang satu keturunan dengan mereka ...... asalkan abang tak kata abang orang puteh atau China mereka tak ada sebab tak nak percaya. Manusia ..... suka percaya yang dia suka percaya".

Tan Sri Abang Ahmad Urai seorang tokoh politik veteran dari Sarawak, yang pernah menjadi Presiden Senat Malaysia. Beliau menyatakan Tun Ghazali Shafie sebagai tokoh Malaysia yang sungguh berjasa. Katanya "kalau tak ada dia tak ada Malaysia ini'". Tan Sri Abang Ahmad Urai berkata demikian kerana mengingati jasa Tun Ghazali, di waktu beliau bertugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar dari tahun 1959 hingga 1970, sebagai orang kanan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman membantu ke arah pembentukan negara Malaysia pada tahun 1963. Kemampuan Tun Ghazali di meja perundingan adalah sesuatu yang mengkagumkan kawan dan lawan.

King Ghaz pun ada hubungan dengan pemimpin gerila atau pemberontak contoh King Ghaz kenal Teungku Muhamad Dawud Bereueh dari Acheh. " kalau dia dan orang-orang dia tak tolong habislah tentera Gerwani ( Gerakan Wanita Indonesia ) dan sukarelawan PKI ( Parti Komunis Indonesia ) masuk ke Sabah dan Sarawak." Pada waktu itu bagaimana pasukan gerilya Aceh telah bergerak bertempur dengan tentera Indonesia di saat sukarelawan PKI berada di sempadan Malaysia dan Kalimantan di waktu Soekarno melancarkan Konfrontasi terhadap Malaysia. Aceh yang memang tidak setuju dengan fahaman sekular komunis yang mempengaruhi Soekarno tidak ingin melihat Indonesia mengambil alih Sabah dan Sarawak.

Tun Ghazali memberitahu kepada beberapa perkara seperti berikut: 

  1. Kerja kita di Kementerian Dalam Negeri adalah menjaga keamanan dan orang tak tahu jika kita berjaya menjaga keamanan itu; tetapi, jika kita gagal orang tahu kita tak buat kerja, 
  2. Kita tak boleh tunggu sesuatu bala dah timpa negara baru kita nak bertindak, kita perlu mengintip orang-orang yang nak buat kacau. Dalam mengecam potensi masalah yang penting ialah orangnya dan bukan organisasinya, 
  3. Kita mempunyai antara angkatan polis yang terbaik di dunia, 
  4. Selain MI5 di Britain, CIA di USA, KGB di Russia dan Mossad di Israel kita perlu bangga dengan badan Perisikan Malaysia yang, walaupun kecil, sama cekap dengan yang empat ini, 
  5. Menteri, Timbalan Menteri jangan harap nak jadi popular dengan bekerja di Kementerian Dalam Negeri, 
  6. Menteri, Timbalan Menteri kena suka baca buku. Tapi tak cukup. Kena baca lagi. Sekarang kena kuat baca blog, facebook, Twitter.

Di toilet rumah King Ghaz, ada buku dan majalah yang terdapat di dalamnya. Antaranya dua buah majalah kegemaran Tun Ghazali. Dua majalah itu ialah "The Futurist" dan "Current History". The Futurist ialah terbitan USA dan ia mengandungi ramalan dan idea-idea untuk masa depan dunia yang dibuat oleh pemikir-pemikir yang handal di dunia, khususnya dari barat. "Current History" pula mengandungi karangan-karangan pakar mengenai hal ehwal semasa di seluruh dunia dan ianya juga diterbitkan di USA. Pada waktu itu hanya Tun Ghazali sahaja yang menjadi pelanggan tetap "The Futurist" dari Malaysia.

Contoh peristiwa berikut telah berlaku dulu silih berganti: 

  • Serangan pengikut ajaran sesat ke atas Balai Polis Batu Pahat, 
  • Tamil Malar diharamkan kerana menghina Islam, 
  • Kapalterbang Garuda dihijack ke Pulau Pinang, 
  • Musa Ahmad Pengerusi Parti Komunis Malaya menyerah diri, 
  • Pindaan Akta Pertubuhan 1966 yang kontroversial, 
  • Botak Chin mengamuk dan memukul warden di Penjara Pudu,
  • Pensyarah Universiti Rahman Embong menjadi anggota Parti Komunis Malaya.
  • Dan bagaimana KDN menangani semua perbincangan, keputusan dan juga tindakan yang berkaitan dengan 7 peristiwa di atas. King Ghaz berjaya mengatasi segala permasalahan.

Malaysia menjadi tuan rumah bagi jamuan makan tengahari yang diadakan, pada waktu itu, dua kali dalam setahun, dengan ketua perisikan 9 buah negara demokrasi dan bukan komunis. Adalah menjadi amalan kerajaan kita membenarkan seorang pegawai perisikan bagi setiap negara ( biasanya berjawatan First Secretary ) yang kita kenal, selainnya, kita tidak tahu berapa orang kesemuanya. 

Hanya tiga negara saja di dunia yang sistem perisikannya mengabungkan media elektronik nasional, surat khabar nasional dan pejabat perisikan nasional iaitu Britain, Israel dan Singapura. Melalui maklumat inilah maka kita kena selalu memerhatikan wakil-wakil media nasional dari tiga negara berkenaan kerana mereka ada hubungan dengan sistem perisikan negara berkenaan.

Berdepan dengan apa-apa krisis ini pesan King Ghaz,"... kalau semua kena tanya abang buat apa ada timbalan. ..... jangan takut buat keputusan ...... kalau salah kenalah hukuman ... lebih baik buat keputusan, walau pun salah, daripada tak buat apa ....... anyway, good decision... jangan bimbang mengenai apa yang orang kata terhadap kita yang penting ialah kerja kita berkesan dan matlamat tercapai".

Oleh kerana pada tahun tujuh puluhan kegiatan KGB dan CIA begitu cergas di dalam dunia ketiga maka sesuai dengan fikiran Tun Ghazali supaya kita perlu sentiasa siap untuk menghadapi segala kemungkinan maka pertubuhan-pertubuhan di Malaysia hendaklah diawasi dengan lebih rapi. Khususnya sumber kewangan kegiatan mereka.

Malaysia ialah sebuah negara yang begitu terdedah dengan berbagai-bagai pengaruh luar apatah lagi kerana pelajar-pelajar Malaysia ramai berada di luar negara. Apa-apa yang tertulis dalam bahasa Tamil di India mempengaruhi mereka yang boleh berbahasa Tamil di Malaysia. Apa yang tertulis dalam bahasa Mandarin di China, Taiwan dan Hong Kong maka ianya boleh menjadi bahan bacaan penduduk Malaysia dari keturunan China yang boleh berbahasa Mandarin. Segala penulisan dalam bahasa Arab juga difahami oleh sebilangan rakyat Malaysia dan karangan dalam bahasa Melayu Indonesia juga menjadi bahan bacaan rakyat Malaysia. Keadaan begini tidak berlaku di Jepun yang semua rakyatnya berbahasa Jepun dan sedikit yang mengerti bahasa lain; atau di Peranchis dan Jerman yang rakyatnya tidak terdedah dengan penulisan dalam bahasa lain yang difahami oleh banyak rakyatnya. Rakyat Malaysia terdedah kepada penulisan hasutan terhadapnya dari berbagai sumber bahasa.

Ledakan teknologi maklumat ICT dan media baru seperti blog, facebook, twitter, email, sms, mms dll menambah lagi pendedahan golongan muda Malaysia kepada penulisan hasutan.

Semua tokoh Melayu yang kecewa, yang mencari cara lain untuk membela bangsanya, akan kembali bersatu ke pangkuan bangsanya apabila keyakinannya dapat dikembalikan. Agak susah, bagi sesiapa pun, untuk berpakat dengan orang Melayu dalam apa jua rancangan untuk mengkhianati bangsa dan ugamanya sendiri. Lambat laun orang Melayu akan sedar dan kembali ke pangkal jalan dalam perjuangannya.

Dalam keadaan persepsi yang kucar-kacir mengenai UMNO, PAS dan PKR bangsa Melayu sedang tercari-cari siapakah yang boleh dipercayai untuk menyatupadukan mereka. Kini, UMNO yang telah banyak ditinggalkan oleh orang-orang Melayu dalam PRU 12 sedang menagih sokongan Melayu; PAS juga dalam usaha gigih menawan bukan Melayu sedang ditinggalkan Melayu; PKR sedang menghadapi masalah ditinggalkan oleh Melayu kerana kepentingan peribadi pemimpinnya.

4 comments:

Anonymous said...

I do really miss him and ISA.
Let not forget we are now
also having the KDN minister.
But a very much forgettable one....

Anonymous said...

Umno sebelum era mahathir bjuang utk bangsa dan negara. Madey bawa umno utk kayakan kroni. Sampai skrg umno sesat jalan. Tak tau nak keluar.

sang sapurba said...

sesat jalan boleh kembali ke pangkal jalan.puak kau sesat akidah angkara ulamak su'(ulamak jahat)apa cerita bro???

puak kau ramai dah jadi syiah,khawarij,wahabbi dan din illahi.
teropong diri sendiri dulu.

Anonymous said...

Kita semua miss King Ghaz dan Mahathir.Satu ketika yang terbaik bagi negara Malaysia sebelum Anwar memulakan huruhara.