Tuesday, March 12, 2013

Siapa Calon Parlimen Jerantut?


Siapa calon parlimen Jerantut PRU 13 bila Tengku Azlan mahu mengundurkan dari arena politik Jerantut?

Ramai orang Jerantut mahu tahu siapa calon parlimen Jerantut PRU 13? Lebih lagi 68,000 pengundi berdaftar parlimen Jerantut tidak sabar mahu memangkah calon 'favourite' mereka.

WZWH sebagai blogger politik Jerantut perlu bersuara kerana ramai orang tanya. Blog WZWH tidaklah hebat sangat tapi sebagai blogger WZWH sudah dikenali seluruh Malaysia.

Jentera Pakatan Rakyat melalui media baru-portal, blog, FB, Twitter, instagram juga Harakah telah mempopularkan WZWH.

DS Anwar Ibrahim juga tweet foto WZWH kepada followers beliau...

WZWH telah membuktikan mekanisma jentera Pakatan Rakyat telah buat silap bila spin fakta yang sebenar bila mula sebarkan foto WZWH bersama pemimpin MILF ke seluruh Malaysia.

WZWH bukanlah cerdik sangat setakat ada MBA, BA Hons, Diploma sahaja.

Jadi 68,000 mahu dengar pandangan WZWH mengenai siapa calon parlimen Jerantut PRU 13.

Parlimen Jerantut sangat luas 755,771.93 hektar lebih kurang 6 kali Singapura dengan 3 DUN. Majoriti 81% daripada 68,000 pengundi berdaftar adalah orang Melayu.

Tengku Azlan penyandang parlimen Jerantut selama 3 penggal mahu mungundur diri. Siapa calon penganti?

Dari segi UMNO, pemimpin mestilah dari pimpinan UMNO Bahagian Jerantut yang memahami budaya politik UMNO Jerantut dan tahu apa kehendak parti dari bahagian, sayap-sayap dan cawangan serta realiti politik Jerantut.

Dari segi masyarakat tahu bagaimana mahu memenuhi kehendak masyarakat. Adalah lebih baik calon parlimen Jerantut dipilih dari barisan ADUN di Jerantut. 68,000 pengundi perlu lihat kepada trek rekod pencapaian pembangunan di DUN.

Selama mana menjadi ADUN dan apa peruntukan pembangunan yang berjaya dibawa baik bagi projek pembangunan yang sudah dijalankan , sedang dibuat, akan dibuat dan mendapat kelulusan.

Jika seseorang ADUN itu berjaya membawa peruntukan ke DUN lebih RM1 bilion maka itu dikira KPI yang baik untuk menjadi calon parlimen Jerantut.

Rakyat perlu melihat ADUN mana yang rajin buat program bukan saja di DUN sendiri tetapi merentasi 1parlimen Jerantut melibatkan DUN-DUN yang lain.

Bagaimana ADUN itu menyumbang kepada pendidikan dan kegiatan PIBG sekolah, keagamaan masjid dan surau, sukan keceriaan masyarakat dan kebajikan pengundinya dijaga.

Bagaimana hubungan ADUN ini dengan anak-anak muda, orang tua, pentadbir awam, orang Cina dan golongan minoriti.

Sudah tentu rakyat Jerantut mahu seorang calon parlimen Jerantut yang mempunyai hubungan yang baik dengan Kementerian, pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan.

Cuba 68,000 pengundi Jerantut bertanya mana janji-janji ADUN-ADUN ini yang telah ditepati?

Yang penting calon parlimen Jerantut PRU 13 mesti orang muda ini kali.

21 comments:

Anonymous said...

Kalau tengku nk sape brani bercita2?ttup buku la pasal calon parlimen jtut ni.ternyata tengku masih nk selagi tak dpt jd menteri.timb tidak layak bg dia

Anonymous said...

yg penting bukan dompok!

Anonymous said...

btl yg pntg bkn dompok..tp gaye pnulsan wan zurik ni abes2 nk mnggkt bos dia dompok..aok tu org bljo tggi jgn jdi bodo cmtu..org da xnk ke dompok tu..puiiii

Anonymous said...

Anon-anon perlu beri fakta kenapa tidak suka atau suka calon tertentu. Apa yang saya lihat WZWH tulis dengan fakta. WZWH beri klu-klu camna nak pilih calon parlimen Jerantut dengan fakta-fakta. Jika tidak suka calon tanpa fakta dan alasan itu sentimen kebencianan namanya tak rasional.

Anonymous said...

Saya setuju pandangan WZWH calun parlimen Jerantut mestilah org muda kali ni. Paling koman pun 5 tahun lebih muda dari WZWH. Saya pasti pangkah punya.

Anonymous said...

WZWH umur 45 tahun
Dato' Wan Amizan umur 40 tahun so sudah tentu Anon 8:34 pangkah Wan Amizan hehehehehehehe....

Anonymous said...

kalau dompok jadi calon MP....wzwh ada can jadi adun tahan......
senang ngat sifirnya.....

Anonymous said...

Aku sapo pun calun bn tetap pangkah pakatan,ubah selera dah tiga kali undi umno tiada apa pun

Quiet Despair said...

Oh WZWH dah 45 tahun. Tengok gambar macam 35 or thereabouts, like bro KJ's age.

Anonymous said...

hok janji nak bagi sumbangan set pembesar suara utk masjid pulau mansok dah bg ke....nak bagi sumbangan utk baiki pagar ke pintu kelas kafa sk pulau mansok dah selesai ke?????

Anonymous said...

Woi Anon 7:29, Itu Pulau Mansok dalam DUN Pulau Tawar kena tanya Dr Shukri tu menjawabnya....hehehehehehe..

Anonymous said...

siapa yg dimaksudkan tu.. ada pengumuman besar yg bakal dibuat nanti.

Anonymous said...

salam.....

tak abis2 wzwh ni nk kenen Dompok tu jadi calun P81(Jerantut)... berangan nak dpt ADUn Tahan la tu...

kalau Dompok tu jadi calun P81.. aku harap semua sedara mara aku kat jantet ni jgn la pangkah dia... ibarat 1 undi utk dompok... i ekar tanah dia bolot... makin besar perut dia nanti...

bab wzwh ni pulok tak tau la... mcm muka memang tak malu langsung... nama ajer ada MBA... BA.. Diploma...tp perangai mcm tak lulus spm... cuba ambik sikap malu sket... nak ngampu dompok tu pada2 la... jgn meletak taraf awak yg ada MBA tu mcm Dompok boroi tu jugak... tp biasa la... belajar tinggi pun sekarang ni tak semestinya pandai... contohnya WZWH ni la.... perasan bagus..

Wassalam

sang sapurba said...

kau spm pun gred 3.pandai-nak hina orang.sebab itu tajuk posting lain kau komen lain.

sesiapa pun berhak nak kempen calon yang dia suka.kau tak suka dompok tapi orang yang menyokong dompok kau kata bodoh.

kau ada calon pilihan kau,kempenlah.biar kita orang yang menilai samaada mencapai tahap piawai atau tidak.jangan bimbang kita orang tak kan kata kau bodoh piang!!!walau pun kau hanya ada spm

Anonymous said...

Aku dengan jujur sokong Ahmad Shah Jamlus jadi MP Jerantut sebab dia orang muda yang mempunyai ketiria yang wzwh cakap.

benludin azhar said...

steady kawan keh sorang ni. nak jadi calon YB ye dak... :)

Anonymous said...

WZWH,tuan,sebelum kita cerita calon YB jerantut,saya nak keluarkan keluhan hati saya:Saya ni baru balik jerantut,dh 2x perkara ni terjadi,
kali pertama saya berhadapan dengan kesombongan kerani MP jerantut pada th lepas,masa u ssya belum balik/pindah kesini lagi.
Kali kedua:saya berhadapan dengan layanan yang sama tetapi dgn kerani DUN Pulau Tawar pulak,semasa berurusan!
Pejabat YB ni melambangkan pderibadi YB,UMNO/BN.Kalau begini tiada kemesraan layanan,memang sah orang semakin benci kt UMNO.
Nasib baik saya ni ahli tegar UMNO,tetapi kawan yang bersama saya merungut dan menyampah dengan sikap mereka ini.
HARAP YB pilih kerani yang mesra pelanggan.BUDI BAHASA amalan kita!

Anonymous said...

Lebih

Anonymous said...

lebih baik dari undi ke org kelantan tu nanti makin ramai org kelantan di jerantut ni

Anonymous said...

Siapa Wan Amizan nie......tak kenal ler. Hebat sangat ker orang nya.

Tak kan ler tak ada calon winnable UMNO Jtut. Kalau tak ada dari UMNO apa salah kalau pilih dari bukan UMNO yang datangnya dari Jtut.

Tak kan koman sangat Jtut nie,......

Anonymous said...

SOKONG

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...