Monday, March 4, 2013

Tak Boleh Beza MILF & MNLF: Harakah Memalukan Pakatan Rakyat




WZWH petik dari Free Malaysiakini, sila klik sini.


Suarapakatanrakyat.com berasa malu dengan tindakan Harakah Daily menyiarkan imej-imej kehadiran pemimpim MILF di Perhimpunan Agung UMNO November tahun lepas bagi membalas penyebaran gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin MNLF, Nur Misuari.
Laman ini masih cuba mendapatkan jawapan dari sumber di Harakah Daily bagi mendapatkan pengesahan sama ada berita tersebut tersilap tulis atau sengaja ditulis begitu untuk memalukan Pakatan Rakyat.
Maklum sahajalah dengan perkembangan mutakhir berkaitan PAS kebelakangan ini, ‘kesilapan‘ seumpama ini tidak boleh dipandang remeh.
Kami menyokong semua usaha yang dibuat untuk memperbaiki imej Anwar dalam isu ini yang sedang hebat diputarbelitkan oleh media pro UMNO dan kerajaan, tapi dalam masa yang sama, janganlah usaha itu bertukar menjadi bahan ketawa kerana kita sedang bercakap tentang Anwar, bukan calang-calang orang.
MILF adalah kumpulan berbeza dengan MNLF yang dipimpin Nur Misuari (yang dikaitkan dengan Anwar), walaupun berasal dari daerah yang sama, Mindanao.
MILF juga tidak mengiktiraf kesultanan Sulu seperti mana yang dilakukan MNLF.
Berita terbaru yang diterima laman ini menyebut, anggota tentera diraja Sulu yang dibunuh penduduk Kampung Sinalang Lama Kabogan semalam,sebenarnya adalah anggota MNLF yang dipimpin Misuari.
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, Misuari telah memberi amaran akan menghantar anggotanya ke Sabah jika tentera diraja Sulu di Lahad Datu itu dicederakan atau dibunuh, ternyata Misuari mengotakan janjinya sekarang, tapi ia mendatangkan masalah yang sangat besar kepada Pakatan Rakyat dan Anwar sendiri!!
Dengan pengesahan mengenai penglibatan anggota MNLF dalam krisis di Lahad Datu ini, jentera dan media kawalan UMNO sudah tentu berpesta lana mengaitkan Anwar dengan insiden tersebut. 
Perkembangan terbaru ini menambahkan lagi kekusutan yang sedang berlaku sekarang dan kesilapan yang dilakukan Harakah ini adalah perkara terakhir yang laman ini mahu lihat berlaku dalam merangka strategi menghadapi putar belit UMNO/BN berhubung kaitan Anwar dengan kejadian ini.
Agak merisaukan juga bila laman ini dimaklumkan bahawa, sehingga kini masih tidak ada respon yang sepatutnya dari Sekretariat Media Pakatan Rakyat cara yang sesuai untuk mematahkan hujah UMNO mengenai penglibatan Anwar dalam insiden ini.

Komen WZWH ialah : usaha untuk mengaitkan foto WZWH bersama Hj Murad Ibrahim dianggap kononnya pemimpin UMNO bersama pemimpin @ Sultan Sulu bagi mengesahkan UMNO ada link dengan Sultan Sulu. Bahawa UMNO lah dalang pencerobohan Lahad Datu.

Ternyata ini berita fitnah tidak benar ini memberi pukulan kepada Harakah dan Media Baru Pakatan Rakyat yang turut menyebarkannya dalam blog, FB dan Twitter.

1 comment:

Quiet Despair said...

Ini yang Aki saya kata sokong bawa rebah. Buat malu company saja. Itulah akibatnya kalau suka kelentong orang. Parti kelentong Rakyat.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...