Wednesday, March 20, 2013

Anwar Ibrahim Kena Berani Ikut LKS Bertanding Di Parlimen Jerantut!



LKS dipuji oleh ahli DAP kerana berani harakiri bertanding di parlimen Gelang Patah Johor.  Semua orang tahu Johor adalah kubu kuat UMNO. Melayu Johor Melayu kelas pertama...

Anwar Ibrahim sepatutnya juga berani ikut LKS berjuang seperti ikan todak melanggar Singapura. Anwar Ibrahim telah buat keputusan tidak mahu bertanding lagi di parlimen Permatang Pauh.

Anwar Ibrahim sepatutnya memilih bertanding di parlimen Jerantut tempat negeri PM DS Najib barulah anak jantan.

Anwar Ibrahim tidak perlu bertanding di parlimen Kuantan yang perlu diberi kepada Fuziah kerana pakar dalam mengeksploitasi isu Lynas.

Anwar Ibrahim perlu percaya dan yakin bahawa 81% pengundi Melayu Jerantut boleh menyokong perjuangan beliau.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan Sinar Harian membuat pengumuman untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Permatang pauh yang pernah disandangnya sebaliknya berhasrat untuk bertanding semula di Perak atau Selangor.

“Saya belum buat keputusan kerana ada cadangan yang meminta saya turun (bertanding) di Perak atau Selangor.

“Tetapi saya sedang menimbang untuk turun ke Perak,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Difahamkan, Anwar kini mencari kawasan yang jumlah pengundi antara Melayu dan bukan Melayu hampir sama berbanding dengan majoriti pengundi di Permatang Pauh yang didominasi pengundi berbangsa Melayu dengan 69.4 %, diikuti bangsa Cina 24.5 % dan bangsa India hanya 6 % manakala lain-lain adalah 0.1 %.

Anwar memenangi kerusi Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil pada Ogos 2008 selepas dikosongkan oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketika diminta mengulas mengenai pengganti kerusi Parlimen Permatang Pauh, Anwar menjelaskan, beliau sedang meneliti beberapa nama calon untuk diletakkan di kawasan itu.

Anwar juga turut mengesahkan, anaknya, Nurul Izzah akan kekal bertanding di Lembah Pantai.

11 comments:

Quiet Despair said...

Tau nak kalah lah tu di Permatang Pauh. Jadi pergi cari kawasan Cina di Perak
Buat apa tanding di Jerantut. Baik contest di Pekan. Will lose his deposit. Hahaha.

Anonymous said...

Tak payah sebut pasal Nuarlah...lebih baik Wan fikir pasal bertanding utk jadi Ketua Bhg J'tut. Jadi Ketua Bhg jauh lebih untung berbanding jadi Ketua Pemuda Umno.

Namun dalam kes Ketua Pemuda Bentong, beliau sangat beruntung. Tubuh syarikat cuma baru tempoh 2 hari Datuk Nan dah boleh kasi kontrak JKR utk kerja maintanance jalan raya seluruh negeri Phg utk tempoh 7 tahun. Tak percaya sila baca Pahang daily online....

Wan apa tunggu lagi...bergeraklah dari sekarang....

Anonymous said...

Apa yg berani sangat lks pi gelang patah kan, kan? 54pc chinese voters, 34pc malays and indians.

Anonymous said...

Kita tunggu Calon BN Parlimen Jerantut yang bakal bertanding itu terjun dan tersungkur dengan labu-labunya.

Anonymous said...

Tak payahlah Wz berkokok siang hari. Kerusi Jerantut tu untuk keturunan tertentu. Cuba bagi puak lain misalnya Cikgu Halim, siang2 dah kalah sebab kena boikot oleh puak yang tegar.
Datuk Nan kalau bertanding kat Jerantut, silap2 kalah sebab puak ni.
Tak percaya, Cuba try.

Quiet Despair said...

Abang Zuri


Teruknya muka Si Anu-war. Banyak dosa ke? Atau penyakit anu tu? (you understand what I mean).

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Hello QD,

Ekekekekekekkekekekekekekekkeekkee......

Anonymous said...

Jerantut bagi Anwar bertanding misti bungkus Beb. Ana mencadangkan Anwar bertanding dikawasan Larkin/Bomba Johore Baharu. Ada orang yang kita kenal dah gi sana baru baru ini. Kawan Ana ada ternampak dia jam 11:45 malam merawang disana untuk mencari maklumat Beb. 

Anonymous said...

Dengar kabar balik dari Mekah. Alhamdulillah semoga mendapat umrah yang mabrur lebh2 di musim Haji "mendatang". Ada diantara jamaah menunaikan umrah baru2 ni, sewaktu tidur bermimpi di Tanah Suci semua calon Jerantut akan kalah. Ini jangan main2. Bermimpi di Tanah Suci perkara benar, dengan izin Allah SWT...

Anonymous said...

Yang mimpi itu  salah seseorang itu Anwar ke? Berani dia pergi Tanah suci!!

Anonymous said...

Setuju anwar bertanding di jerantut. Najib di pkln chepa kel. Fair.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...