Wednesday, March 13, 2013

Wan Amizan Menyelesaikan Permasalahan Tanah Perkampungan Orang Kelantan Jerantut


















Pertandingan Beregu Badminton Tertutup Kampung Paya Gunung dianjur oleh Belia Kampung Paya Gunung.



















Dato' Wan Amizan Wan Razak menyampaikan hadiah piala kepada johan Pertandingan Beregu Badminton Tertutup Kampung Paya Gunung.



















Penduduk Kampung Paya Gunung memberi sokongan moral kepada para belia.



















Para belia Kampung Paya Gunung yang menyertai pertandingan beregu badminton.



















Ini acara menarik hati WZWH iaitu acara mengutip gula-gula terbuka kepada kanak-kanak Kampung Paya Gunung.

Dari data PRU 12, jumlah orang Kelantan Jerantut yang berdaftar ialah 7000 orang.

Ini menunjukkan pengundi orang Kelantan Jerantut sama penting dengan jumlah pengundi orang Cina yang berjumlah hampir 9000 orang. Betapa sokongan orang Kelantan Jerantut amat penting bagi menjamin kemenangan BN baik parlimen mahu pun 3 DUN, sila klik sini.

Sejarah penghijrahan orang Kelantan ke Jerantut telah berlaku sejak tahun 1950an dan 1960an. Jerantut yang mempunyai jalinan kereta api memudahkan penghijrahan orang Kelantan ke Jerantut. Mereka mencari penghidupan yang lebih baik di Jerantut. Mereka mempunyai impian dan harapan.

Negeri Pahang yang mempunyai "Dasar Langit Terbuka" membuka peluang yang seluas-luas kepada orang Kelantan untuk mencari rezeki di negeri Pahang. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Taburan penduduk orang Kelantan Jerantut berdasarkan kampung-kampung adalah seperti berikut:

  • Kampung Tanjung Betong
  • Kampung Gajah Mati
  • Kampung Air Hitam/Pasir Sia
  • Kampung Besul
  • Kampung Paya Embun
  • Kampung Anak Gajah
  • Kampung Conggo
  • Kampung Batu Balai
  • Kampung Paya Rajin
  • Kampung Paya Gunung
  • Kampung Pisang

Orang Kelantan Jerantut berhijrah ke Jerantut mahu mencari penghidupan yang lebih baik. Mereka adalah petani yang rajin bekerja mengusahakan kebun dan ladang. Mereka rajin bekerja. Anak-anak mereka majoritinya mempunyai kad pengenalan 06 yakni menjadi rakyat Pahang.

Bila mereka ada duit mereka beli tanah dari orang Melayu Jerantut yang suka menjual tanah. Oleh kerana orang Kelantan Jerantut mempunyai kedudukan ekonomi yang lebih baik ramai yang tinggal di bandar Jerantut.

Pun begitu ada perkampungan orang Kelantan Jerantut yang masih lagi tapak rumah dan tanah ladang masih berstatus menumpang di atas tanah kerajaan atau rezab kerajaan.

Baru-baru ini YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut telah cuba menyelesaikan permasalahan tanah perkampungan orang Kelantan Jerantut di Kampung Paya Gunung dalam mukim Pedah.

Terdapat lebih 60 buah rumah dan tanah ladang yang berstatus menumpang di atas sebidang tanah rezab JKR yang luas beratus ekar. Wan Amizan telah mencadangkan kepada DSD Adnan Yaakob MB Pahang supaya tanah rezab JKR ini diberi kepada penduduk Kampung Paya Gunung.

MB bersetuju dan orang Kampung Paya Gunung perlu memohon. Mana yang meneroka tanah 10 ekar kenalah berbahagi dengan sedaramara contohnya anak, menantu atau cucu supaya setiap orang hanya layak mendapat 3 ekar seorang.

Maka gembiralah orang kampung Paya Gunung bila boleh mendapat geran nanti senang mahu minta pinjaman dari bank dan bantuan perumahan dari kerajaan dan GLC.

Orang Kelantan Jerantut mahu pemimpin yang boleh membela masa depan kehidupan mereka. Jika pemimpin UMNO dan BN menjaga kebajikan mereka sudah tentu orang Kelantan Jerantut akan menyokong balik.

14 comments:

Anonymous said...

Wan,

1. Orang Kelantan J'tut tidak 'PANDIR' macam sebahagian drp orang Phg J'tut. Mereka tidak malas, kuat 'beragama' dan bijak perpolitik. Itu sebabnya mereka lebih cenderung kpd parti politik yg berteraskan agama. Namun bagitu, demi kelangsungan hidup dan bagi mempastikan mereka dapat memliki tanah dan hartanah, mereka kelihatan seolah2 menyokong parti politik berteraskan Kebangsaan Melayu... hakikatnya semasa mengundi majoriti mereka tetap memangkah parti Islam.

2. Sumbangan orang Kelantan J'tut dalam memberi pencerahan 'agama' kpd orang Pahang J'tut tidak dapat dinafikan. Sebelum ini...kehidupan beragama orang Pahang J'tut hanya berkisar kpd tahlil arwah, baca yasin mlm Jumaat, berarak maulid mengeliling padang MDJ, berdikir rebana sampai pagi (kadang2 solat subuh ditinggalkan', mandi sampat dan upacara 'bersunat'.

3. Sepatutnya sudah tidak timbul soal org Kelantan atau orang Phg Jerantut. Mereka hidup aman damai disini setelah berlaku asimilasi diantara kedua2 kumpulan masyarakat ini. Sebenarnya haq memiliki tanah adalah layak kpd sesiapa saja asalkan mereka rajin mengusahakan tanah2 ini..

Jadi, drp 7,000 ornag Kelantan Jerantut saya tak fikir mereka berpaling meninggalkan parti Islam untuk menyokong parti Kebangsaan dalam PRU13 ini sekalipun mereka dikurniakan hak milik beratus2 hektar tanah. Atau berkebarnya bendera biru dipuncak Bukit Batu Kapur Paya Gunung sebesar padang bola. Ini hakikatnya...

Mat Periba

Anonymous said...

Dato' Wan,

Kg.sepial,kuala tembeling bila nak dapat geran.ramai dah yg mati

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 10:22,
Semua permohonan orang DUN Tahan dan Jerantut akan diketahui statusnya selepas PRU 13 itu janji DSD Adnan Yaakob MB Pahang. Mana yang patut dapat akan dapat geran insyallah.

Anonymous said...

WZWH
Sabtu lepas saya pergi pasar tani beli tembikai. Sebelum beli, saya tanya penjual tu, " manis ke tembikai ni? ". Dia kata insyaAllah. Saya mintak dia bukak nak rasa, dia kata tak perlu. Balek rumah saya bukak tembikai dan rasanya tawar. Saya rasa penjual tu dah tahu tembikainya tawar.

sang sapurba said...

buat baiklah didunia ini.kalau orang tak tahu nak bersyukur maka kebaikan itu tak ada maknanya.tapi ingatlah janji allah wahai mat periba,azab yang pedih bagi orang yang tak berterima kasih kepada orang yang menolongnya.

Anonymous said...

Setiap kali PRU akan timbul isu tanah rezab JKR Paya Gunung ni.... x tahu kali ni...Ustaz Nor adik kakak beria sangat nampoknye..... x kena gaya habus lagi....

Anonymous said...

wzwh...gi check kat kg. gajah mati, tg. betong dan sg. putat...katanya ramai sgt lg yg dah pohon tanah sejak 2-30 tahun tp xselesai sampai hari ni...kenapa dkt PRU baru terhegeh2 nak bantu...dah kenapa MB nak suh tgg lps PRU utk luluskan? nampok sgt nak bagitahu rakyat...kalau deme nok tanah kena undi BN PRU ni...kalau tak,,,tak merasalah...sampai la rakyat diugut dgn benda yg sememangnya meraka berhak perolehi...igt hidup ini saudaranya mati....

Anonymous said...

di damak tu org kelantan juga dgn garok!!

sheikh jamal said...

tanah kerajaan negeri bukan hak individu.rakyat hanya boleh memohon.ada rezeki dapatlah.kalau bagi kat kau orang apa halnya dengan rakyat lain.kau orang aje ke yang berhak.

tanah kerajaan ni buat ladang rakyat.bagi saham.tanah tak luak,saham pun dapat.

ini bagi kat kau orang,lepas tu anak kau orang leps tu cucu kau orang.lama-lama tak ada tanah dah nak beri.

rakyat lain yang tak dapat berdoa.kau makanlah harta dunia yang tak berkat ni.

lebih malang lagi dapat aje tanah anugerah terusn jual.nak dapat untung atas angin.inilah dasarorang pemalas!!!

Anonymous said...

Org kelantan diberi perhatian...org jerantut feri yg kebanyakannya anak jati phg dipinggirkan...lebih 50thn merdeka kg feri masih tidak menpunyai dewan org ramai..pemudanya pula bermain bola menumpang padang org...setiap kali pru janji manis ditaburkan...buat pengetahuan org jtut kg sg.putat bakal mendpt dewan baru rm300k dan kg merting akan mendpt dewan baru rm 500k...yg kelakarnya lokasinya sejauh 400m ke dlm hutan...mungkin utk monyet2 merting lebih memerlukan drpd penduduk feri...

pengundi baru said...

wzwh,ye ke org kelantan seramai 7000 org di jerantut?tu yg ic 03 je kot..cer bayangkn jika 7000 org ni mempunyai anak yg ic nya 06 seramai 3 org bg setiap rumah.jawapannya 21,000 org.tapi kelantan atau pahang bukan isu kpd kami.yg jd isu adalah apabila peruntukan lembu utk org kaya.apa salahnya bg kt org jerantut...harap2 80% org kltn,80% org phg ,80% cina dan 80% india sokong PR .baru kita boleh sama-sama bangunkan jantet.tak gitu wzwh?

Anonymous said...

anon 8.38,
orang feri adalah orang yang tak tahu bersyukur.tolong macam mana pun tetap sokong pembangkang.

12 kali pru feri tetap sokong pembangkang.

tak perlulah merungut.nak dewan mintak dengan PR.dia orang ramai yang kaya.

monyet merting lebih bijak daripada orang feri.

Anonymous said...

Jangan pangkah dacing...

Anonymous said...

Anon 8.38 baagaimana pula dgn penduduk feri yg mengundi bn ...adakah mereke tak bersyukur atau ditipu setiap kali pilihanraya...inilah mentality macai bn...buat sesuatu projek utk kepentingan diri bukan masyarakat...mungkin anon keturunan babi tunggal .....kah...kah sian macai babi

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...