Sunday, March 31, 2013

Jangan Cuba-Cuba Calon Parachut Di Parlimen Jerantut!



Ini calon parachut calon Winnable Candidate atau Cable Candidate?

Ramai orang Jerantut mahu tahu siapa calon parlimen Jerantut PRU 13? Lebih lagi 63,000 pengundi berdaftar parlimen Jerantut tidak sabar mahu memangkah calon 'favourite' mereka.

WZWH sebagai blogger politik Jerantut perlu bersuara kerana ramai orang tanya. Blog WZWH tidaklah hebat sangat tapi sebagai blogger WZWH sudah dikenali seluruh Malaysia.

Jentera Pakatan Rakyat melalui media baru-portal, blog, FB, Twitter, instagram juga Harakah, Sinar Harian dan Suara Keadilan telah mempopularkan WZWH.

DS Anwar Ibrahim juga tweet foto WZWH kepada followers beliau...

WZWH telah membuktikan mekanisma jentera Pakatan Rakyat telah buat silap bila spin fakta yang sebenar bila mula sebarkan foto WZWH bersama pemimpin MILF ke seluruh Malaysia.

WZWH bukanlah cerdik sangat setakat ada MBA, BA Hons, Diploma sahaja.

Jadi 63,000 pengundi mahu dengar pandangan WZWH mengenai siapa calon parlimen Jerantut PRU 13.

Parlimen Jerantut sangat luas 755,771.93 hektar lebih kurang 6 kali Singapura dengan 3 DUN. Majoriti 81% daripada 63,000 pengundi berdaftar adalah orang Melayu.

Tengku Azlan penyandang parlimen Jerantut selama 3 penggal mahu mungundur diri. Siapa calon penganti?

Dari segi UMNO, pemimpin mestilah dari pimpinan UMNO Bahagian Jerantut yang memahami budaya politik UMNO Jerantut dan tahu apa kehendak parti dari bahagian, sayap-sayap dan cawangan serta realiti politik Jerantut.

Dari segi masyarakat tahu bagaimana mahu memenuhi kehendak masyarakat. Adalah lebih baik calon parlimen Jerantut dipilih dari barisan ADUN di Jerantut. 63,000 pengundi perlu lihat kepada trek rekod pencapaian pembangunan di DUN.

Selama mana menjadi ADUN dan apa peruntukan pembangunan yang berjaya dibawa baik bagi projek pembangunan yang sudah dijalankan , sedang dibuat, akan dibuat dan mendapat kelulusan.

Jika seseorang ADUN itu berjaya membawa peruntukan ke DUN lebih RM1 bilion maka itu dikira KPI yang baik untuk menjadi calon parlimen Jerantut.

Rakyat perlu melihat ADUN mana yang rajin buat program bukan saja di DUN sendiri tetapi merentasi 1parlimen Jerantut melibatkan DUN-DUN yang lain.

Bagaimana ADUN itu menyumbang kepada pendidikan dan kegiatan PIBG sekolah, keagamaan masjid dan surau, sukan keceriaan masyarakat dan kebajikan pengundinya dijaga.

Bagaimana hubungan ADUN ini dengan anak-anak muda, orang tua, pentadbir awam, orang Cina dan golongan minoriti.

Sudah tentu rakyat Jerantut mahu seorang calon parlimen Jerantut yang mempunyai hubungan yang baik dengan Kementerian, pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan.

Cuba 63,000 pengundi Jerantut bertanya mana janji-janji ADUN-ADUN ini yang telah ditepati?

Yang penting calon parlimen Jerantut PRU 13 mesti orang muda ini kali.

Siapa berminat mahu jadi calon parlimen Jerantut? Mahu jadi calon parlimen Jerantut dan menang mudah bukan macam dulu letak songkok pun menang!

Sekarang kalau letak calon parachut yang duduk di luar politik Jerantut itu tindakan bunuh diri. Pengundi parlimen Jerantut sudah bijak dan matang.

Ada beberapa persoalan yang perlu calon-calon parlimen Jerantut menjawab dalam hati termasuk calon yang berjaya melobi jadi calon parlimen Jerantut.

Berjaya melobi menjadi calon parlimen Jerantut belum tentu boleh menang dalam PRU 13 yang sebenar kerana 63,000 pengundi Jerantut mahu bakal parlimen Jerantut boleh menjawab beberapa persoalan.

Ingat calon-calon parlimen Jerantut semua zaman era ahli parlimen Jerantut duduk saja tanpa buat apa-apa sudah berlalu!

63,000 pengundi Jerantut mahu ahli parlimen Jerantut yang boleh 'deliver'.

13 soalan yang perlu dijawab oleh calon-calon parlimen Jerantut :

  1. Sanggupkah anda berkorban untuk orang Jerantut?
  2. Apa sumbangan anda kepada parlimen Jerantut setakat ini?
  3. Apa program-program yang anda sudah buat bagi parti UMNO, BN dan masyarakat Jerantut?
  4. Apa projek-projek pembangunan samada scale bersaiz kecil, sederhana dan besar yang anda telah berjaya bawa ke parlimen Jerantut?
  5. Apa hubungan PRO anda dengan masyarakat, penjawat awam, orang kampung, grassroot, orang muda, orang tua, wanita, puteri, orang Cina, orang India, orang Asli dan golongan minoriti?
  6. Sejauh mana hubungan anda dengan beberapa NGO, Pertubuhan, Persatuan, Kelab samada perniagaan, sosial dan sukan?
  7. Sejauh mana anda boleh menjiwai budaya masyarakat Jerantut samada di kampung-kampung tradisional, Peneroka Felda dan bandar/suburban Jerantut?
  8. Sejauh mana hubungan anda dengan Putrajaya, Kementerian, Kuantan dan Istana?
  9. Apakah visi dan misi anda bagaimana mahu membangunkan parlimen Jerantut dengan pesat?
  10. Sejauh mana hubungan anda dengan komuniti korporat baik dalam dan luar negara bagi membawa banyak pelaburan bernilai tinggi ke parlimen Jerantut?
  11. Apakah kekuatan-kekuatan anda yang boleh anda yakin memenangi PRU 13 parlimen Jerantut?
  12. Bagaimana anda sebagai komander perang mahu mengarah dan mengurus jentera perang parti PRU 13 parlimen Jerantut dengan lebih cekap dan berkesan?
  13. Akhir sekali adakah anda calon yang bersih kelihatan lebih dan nampak bersih dari segi peribadi, personaliti, sahsiah, ilmu, keagamaan yang boleh menarik minat 63,000 pengundi Jerantut?

Jika anda fikir jentera-jentera parti akan automatik 100% menyokong anda itu tanggapan yang salah kerana anda perlu bagai menunggang kuda yang liar yang perlu dijinakkan.

Tanya 13 soalan ini kepada diri anda dan jawab dengan ikhlas dan hati yang lurus...kalau boleh menjawab dengan penuh yakin maka andalah sememangnya calon yang paling layak menjadi calon parlimen Jerantut PRU 13.

Jika anda hanya boleh menjawah ahh...ochh...aahh...oops... maka lupakan hasrat anda itu baik undur diri takut rebah sebelum bertempur di PRU 13.

Jangan bereksperimen cuba-cuba dengan calon parachut di parlimen Jerantut!

42 comments:

Anonymous said...

13 soalan je? Sepatutnya ada soalan bonus - dah banyak mana kamu rembat untuk kepentingan kamu sendiri. Senang sikit pengundi nak menilai, mereka bekerja untuk rakyat atau rakyat yang bekerja untuk kayakan mereka.

Anonymous said...

kehkehkeh......

Kala letak calon Adun hok ada sekarang ni...
padan kerayan gitu je la.....

Baiklah letak calon muda...berkarisma....takde skandal...
seperti Mat Shah Jamlus atau Ramlan Harun.....

Baru la fight sikit dgn calon PAS/PR....

Tapi...
Kas tetap tak pangkoh dacing deme..
kuikuikui

Anonymous said...

kalau letak ADUN yang berkudis,pekong merata-rata parachut adalah lebih baik bagi kami.

Anonymous said...

Gaya cakap calun luar tu. Mari pakat pangkah pas. Umno parti reput.

Anonymous said...

Saya sokong calun parachute. Benci tgok ajk bhg Jerantut dok bahagi harta rampasan perang. Rakyat kat ulu tak makan.

Anonymous said...

Yg pasti kalau calon muka org tak kenal bwk duit berkontena pun x menang .. najib tanda la ckp kas ni . Org jerantut dan muda pasti nya mahu kan org yg blh bekerja utk parlimen jerantut .

Anonymous said...

Calon parlimen yg ni pun korni jugak la ....pasti nya aku xkan undi dia .ttba muncul . Org yg bekerja selama ni x pandang langsung . Apa punya tur la najib ni . kalau amk hat botak tu lg la , lgsg x guna bila dekat2 nk piliharaya je baru npk muka , buat mcm2 bwk artis sana bwk artis sini . Pas pilihanraya ni tgk la terus hilang , pasti nya nk cari dia org kat oversea la dato najib .

Anonymous said...

Pasti nya b end kali ni kalau anak pak harun jd calon P081 , pasti nya ramai yg akn boikot .

Ini bukan calon winnable candidate .

Ini calon CABLE CANDIDATED .


Anonymous said...

Saya setuju . AJK bahagian byk x buat kerja . Goyang telor kuat .

Anonymous said...

Lantak la siapa calun be end. Aku pas kali ini. Dah boring dgn e end ni. Jerantut mcm bkn dlm negeri pm. Tiada apa nak bangga.

pendekar pas said...

calon paracut pun ok jugak.tapi kenalah yang dikenali ramai.banyak berjasa kepada rakyat.kenal dan bergaul dengan akar umbi.

tapi kalu calon paracut jenis yang orang langsung tak kenal,balik jerantut pun jarang,kalau balik asyik jumpa ramli jaga,atan pot dan atan melot,eja umno pun tak reti,jasa kepada parti pun langsung tak ada,sumbangan kepada rakyat satu pun tak ada,nak jadi calon pun muhyidin yang bawak bukan bahagian bawak,maka kalah tu gerenti.

sebab hanya ramli jaga dan atan melot serta muhyiddin yasin aje yang undi dia.dr hamzah,mulai hari ini bolehlah tersenyum lebar!!!

Anonymous said...

Inilah umno. Sabotaj sabotaj, matikan kawan. Bab ni aku tak respek. Bab lain lagi la aku tak respek. Haha

Anonymous said...

Kehkehkeh.....
Orang PAS/PR tentu dah tak pangkoh dacing......
Orang dacing tentu dah pangkah dacing.....
Kecuali kroni2 ketua hak tak jadi calon le........

Sebab tu deme kena letak calun yg boleh menarik undi org muda yg ramai lagi atas pagor & tidak berparti...
Orang muda ni deme nok kan calon mcm Ramlan Harun atau Mat Shah Jamlus....
Calon yg bersih......
Ghodong2 kas yg kabo gini.

Kas tetap la...
Tak pangkah dacing....
Tentu dii....

Anonymous said...

Tu la pasalnye deme ni.....

Kala dengor ke cakap bukan main....
Kalah hang tuah........
Berjuang Demi bangsa la agama la negara la.....

Bila letak calon yg lain dari geng deme terus nak boikot......

Kuikuikui......

Kerayan bete deme ni.....
Malu la ke semut.....
Semut pun tahu erti setia...

Tapi bagus juge....
Moh kita sama2.....
Jangan pangkah dacing

sheikh jamal said...

ramlan harun?siapa dia ni.kas tak kenal.mende sumbangan bakti dia kat orang jerantut?bende jasa dia kepada umno sampai umno pilih dia?

habis orang yang bekerja kuat menguatkan umno dibahagian,yang menghabiskan duit sendiri untuk buat program parti tak di pandang langsung oleh pucuk pimpinan.

aku dengar cerita muhyiddin yasin nak kat dia.kira2nya cable candidate la ni.

aku dengar cerita ramlan harun makan kopak dengan li jaga lembu jerantut.kalau dengar nasihat li jaga lulus darjah dua aje maknanya bodohlah calon ni.

orang cerdik dengar cakap orang bodoh dan gila bahasa.

aku dengar cerita ramlan harun ni kempen manager dia atan melot al kencingi.kalau orang ni jadi kempen manager nampak gayanya satu undi puak wan di tembeling tak akan dapat.sebab budak hitam bengong ni telah menghina puak wan.dia cakap 12orang puak wan di jerantut ni gila dan kemaruk nak jadi calon umno.sahlah tak dapat undi orang tembeling.

Anonymous said...

ermm mcm2 deme ni..buat keje salah..x buat salah..calon luar x boleh..calon setempat pon x blh..mati gini jer laa..semua nk jadi bos..semua pndai bercakap puiii!
hidup wan pudin!

Anonymous said...

aku sukong engku pudin jadiq caloin.Aku sama gun deratah.

Anonymous said...

Dengar cerita datin sri rosmah mansor akan bertanding di kwsan parlimen Jerantut mengantikan tg. azlan

Anonymous said...

Kehkehkeh......
Calon mcm ni boleh tarik undi atas pago


Mcm mat shah jamlus jugak la....
Calon yg dilihat bersih oleh org di luar parti....

wan tembeling said...

aku tak undi ramlan harun,sedara dia atan melot dah hina keluarga aku begitu teruk.biarlah aku dankeluarga aku pangkah dr hamzah sbb dr hamzah tak pernah hina keluarga aku.

Anonymous said...

blaaa..blaaa..blaaa..bile nk abes cas keting nih..hamunnnn...

Anonymous said...

Jgn begitu....
Kalau kita tak undi calon parti sendiri....
Sapa lagi nak undi?..
Contohilah puak pembangkang....
Deme bergaduh sesama deme...
Tapi bila time mengundi sepakat...
Takkan free2 nak bagi undi ke pas pulak...

Anonymous said...

Waeweaeaeaea, !!hamun

aku budak gintong said...

Atan melot bunuh ramlan harun.mulut celupar cakap tak bertapis!!!

Anonymous said...

Cah keting budaya terpuji parti umno kita. Sebab semua nak kaya bila jadi tok wakil. Bab ni aku puji pas. Tengok cara undi pas kali ini.

Anonymous said...

hidup wan pudin!

Anonymous said...

hidup wan pudin!

Anonymous said...

Nampak dah ada usaha bunuh karekter siapa saja ada potensi utk jadi calon. Kawan kenal sgt Ramlan anak Ecik Harun ni. Dia org berakal, melot tu kebetulan orang Gintong, kalau jumpa mestilah bertegur sapa. Tak kan lah sampai nak lantik jadi kempen manager. Dia pun bukannya berkenan sangat dgn Melot tu. Sedara pun jauh, tapi biasalah bila nampak mcm ada peluang masing2 mulalah tunjuk macam kawan baik atau sedara.

Anonymous said...

Sapa yg pandai2 beritau org ni org tu jadi calon ni. Mcmana boleh keluar nama Mat Shah Jamlus la, Ramlan Harun la, Cik gu Nazlan la. Pandai 2 je, Belum apa2 dah mpat sana umpat sini, fitnah sana fitnah sini. Bukan kata Dr Shukri bakal calon? Atau dulu heboh kata Wan Mizan?

Anonymous said...

Pelik benar bunyinya, wan wan Jerantut tak akan sokong orang yang baik atau kenal melot, tak betul tu, ada masalah dgn melot selesaikan dgn melot!!! Dato Ramlan, kalau dicalonkan sekalipun tolak aje, inilah tahap pemikiran orang kita, inilah tahap politik orang kita!! Perkara yg bukan pokok dibesar besarkan, Biar mereka aje terbelit dalam polemik peribadi dan emosi begini. Orang kita belum matang walaupun nampak macam bijak pandai!!! Saya kenal awak.

wan kg bantal tembeling. said...

atan melot kempen untuk ramlan harun.nak tonjolkan ramlan harun dia hina keluarga wan.dia kata kat jerantut ni ada 12 orang puak wan gila dan kebulur nak jadi calon.ingat jerantut ni mak bapak wan punya ke?

anon 12.52,kalau keluarga awak dihina dengan fakta bohong dan fitnah,adakah awak akan membiarkan saja.ini bukan lagi soal politik parti.ini sudah jadi soal maruah.maruah tahu.mati mempertahankan maruah adalah mati syahid.

ramlan harun pilih kempen manager bodoh dan bengong.nak jadi calon kenalah baik dengan semua orang bukan mencalarkan maruah orang.

aku lebih respek ustaz zakuan dan dr hamzah.walau pun tahu puak aku kuat sokong umno dia tetap pujuk aku dan keluarga aku kat kg bantal
agar tolong dia orang.tak pernah pun dia orang hina dan fitnah keluarga aku.

terlajak perahu boleh undur,terlajak cakap masuk lubang kubur.maruah diri dan keluarga bukan barang yang boleh dipijak2.

undi tetap tidak.baguslah kau kenal aku.sekurang-kurangnya kau tahu aku ni jenis manusia berprinsip.

letaklah mat shah jamlus ke,dato hj ahmad daud ke atau hj ahmad nazlan ke,atau dato sharif samsuddin ke aku tetap turun all out dan sanggup kempen siang malam demi kepentingan parti.

untuk makluman awak ramlan harun dan atan melot saudara berpupu.aku tak akan hormat keluarga yang menghina keluarga aku.

keluarga aku berkorban darah dan air mata menaikkan kerajaan pahang pada zaman dahulu.kami akan sokong siapa saja yang nak naik jadi pemimpin.tapi bukan dari keluarga kurang ajar yang suka hina keluarga orang lain.

pada kau perkara kecil,tapi pada aku ianya sangat besar.kalau tak mintak maaf aku akan berdiri di pentas pas untuk berceramah.

aku hormat ramlan harun kerana ayah aku dan ayah dia sangat kamcing satu team suatu ketika dulu.

Anonymous said...

esok bubar parlimen..yeaaaahhhh!!sabar yeaa semua..wait n c

Anonymous said...

parlimen bubar 30 april.bukan esok.kalau nak mampus pun sabarlah.pembangkang tetap pembangkang dengan kekalahan yang teruk.tak percaya tengoklah.allah akan menghukum orang yang menjual kalimah allah kepada kafir.

kesian,pas bukan islam dah.pas dah jadi kafir.

Anonymous said...

Kehkehkeh......

Nak kicap ghodong?

Anonymous said...

Kehkehkeh! Ghodong, lain mcm bunyi gelak!!

Anonymous said...

otak statik.akal sepusat.hihihihihihihi!!!!!

Anonymous said...

sape ckp parlimen bubar 30...?huh

Anonymous said...

mendanya mudoh je.. orang bukan tak suke ke ramlan harun tu.. tak suke ke atan melot. ate... buang la ke atan melot tu.... suh dia main jauh2... ramlan ni budak baik saya dah kenal dari dia budak lagi. anak dato harun. kepimpinan tu ada... buat kerja bagus.......... apa pun, jangan sabotaj BN. saya sayang beno ke BN ha....

Anonymous said...

Kas tanya orang2 lama. Katanya Dato Harun ADUN dulu buat kerja bagus. Pandai jaga rakyat. Orang2 lama setuju sangat lah kalau ramlan jadi MP. Ramlan pun takda masalah.

Anonymous said...

Kas pun setuju diii

Walaupun kas tak pangkah dacing

Anonymous said...

Undi dacing demi rasuah

Anonymous said...

Al-Fatihah buat Dato Harun Jaafar..semoga rohnya berada di kalangan orang beriman. Amin.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...