Saturday, October 16, 2010

Bajet 2011 Bajet Untuk Jerantut

DS Najib Tun Razak telah membentangkan Belanjawan 2011 berjumlah RM212 bilion yang menggariskan pelan strategi dan projek-projek utama ke arah mentransformasi Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Ketika berucap di Dewan Rakyat, beliau berkata, bajet ini memberi tumpuan kepada usaha “mentransformasi Malaysia, menjadi negara maju berpendapatan tinggi, berpembangunan inklusif dengan pertumbuhan mapan diterajui sektor swasta serta mendahulukan kesejahteraan rakyat.”

Beliau menyifatkan bajet ini sebagai meletakkan “bata-bata pengmuktamad serta memahat paku-paku pelengkap sekaligus menaikkan layar Bahtera Malaysia menuju ufuk negara maju,” yang tinggal sembilan tahun, dua bulan dan 17 hari lagi.

Bajet bertemakan “Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi” itu memberi tumpuan kepada empat strategi utama iaitu Mendaya Kembali Pelaburan Swasta; Membangunkan Modal Insan; Mensejahterakan Hidup Rakyat; dan Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam.

Apa impak Bajet 2011 kepada Jerantut. 48,000 pengundi Jerantut teruja untuk tahu. WZWH mahu semua melihat bajet untuk infrastruktur luar bandar.

Kerajaan menyediakan RM6.9 bilion untuk pelaksanaan infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan luar bandar bagi meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri DS Najib Tun Razak berkata bagi membina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak sebanyak RM2.1 bilion disediakan manakala RM696 juta pula diperuntukkan bagi Semenanjung Malaysia.

“Sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan untuk menyediakan bekalan air dan elektrik luar bandar di Sabah, RM1.2 bilion di Sarawak dan RM556 juta bagi Semenanjung,” katanya ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Najib berkata RM300 juta pula akan dibelanja untuk melaksanakan program bantuan rumah bagi golongan miskin dan miskin tegar yang melibatkan pembinaan dan baik pulih 12,000 unit rumah di seluruh negara terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata kerajaan juga akan menyediakan Unit Khas Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara bagi memudahkan penduduk kawasan terpencil di Sabah, Sarawak dan Semenanjung untuk mendaftar kerakyatan.

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM200 juta bagi meneruskan Program Pengedaran Barang Perlu seperti beras, minyak masak, gula, tepung, gas, petrol dan diesel, pada tahun depan.

Kini, masalah harga barangan lebih tinggi yang dihadapi oleh penduduk di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak serta kawasan tertentu di Semenanjung akibat kos pengangkutan, menjadi perhatian kerajaan.

“Bagi menyeragamkan harga barangan pada kadar yang hampir sama dengan kawasan lain, kerajaan telah memperkenalkan program tersebut dengan peruntukan sebanyak RM100 juta pada tahun ini,” katanya.

Selain itu, kerajaan juga akan mewujudkan portal interaktif “1Malaysia Pengguna Bijak” bagi memudahkan rakyat mengikuti perkembangan harga terkini barangan, meliputi hampir 7,000 premis perniagaan seluruh negara.

“Melalui portal ini, pengguna mempunyai pilihan untuk mendapatkan sesuatu barangan pada harga yang kompetitif. Pengguna juga boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas untuk mengetahui harga terkini barangan,” katanya.

Bagi meningkatkan pengeluaran makanan, kerajaan memperuntukkan RM974 juta sebagai pemberian subsidi harga padi, baja dan benih padi serta RM230 juta untuk insentif pengeluaran dan peningkatan hasil padi.

“Kerajaan juga menyediakan sejumlah RM170 juta bagi insentif hasil tangkapan ikan nelayan serta pemilik dan pekerja bot untuk meningkatkan hasil tangkapan,” katanya.

Bajet bagi Projek-projek pembangunan bagi membina dan menaik taraf jalan luar Jerantut mengikut keutamaan :

  • Projek Jalan Ulu Tembeling. Fasa 1 dari Kampung Tuit ke Kampung Pagi telah selesai bajetnya. Peruntukan untuk fasa 2 dan fasa 3 ke kampung Mat Daling perlu diagihkan.
  • Projek Jalan Jerantut Benta. Perlu kerjasama ahli parlimen Jerantut dan adun mendapatkannya.
  • Projek Jalan Jerantut Maran. Perlu kerjasama ahli parlimen Jerantut dan adun mendapatkannya.
  • Projek Pembesaran kampung. Pembinaan jambatan, jalan-jalan kampung.
Dari bajet RM696 juta ini perlu Jerantut ambil melaksana yang utamanya Projek Jalan Ulu Tembeling dan pembinaan beberapa jambatan di Sungai Tembeling. Tahun depan bulan Januari KDYTM Tengku Mahkota Pahang akan berangkat ke Ulu Tembeling diikuti oleh keberangkatan KDYMM Sultan Pahang ke Ulu Tembeling pada bulan Februari bagi melihat perkembangan progress Projek Jalan Ulu Tembeling dan pembinaan jambatan.

Bajet bagi menyediakan bekalan air dan elektrik luar bandar RM556 juta bagi Semenanjung:

Beberapa kampung di Jerantut masih memerlu kemudahan bekalan air bersih dan elektrik maka bajet ini perlu ahli parlimen dan adun ambil perhatian.

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM200 juta bagi meneruskan Program Pengedaran Barang Perlu seperti beras, minyak masak, gula, tepung, gas, petrol dan diesel, pada tahun 2011.

Kini, masalah harga barangan lebih tinggi yang dihadapi oleh penduduk di kawasan pedalaman terutamanya di Ulu Tembeling melibatkan Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Gusai dan Kampung Mat Daling akibat kos pengangkutan, menjadi perhatian kerajaan.

Sewajarnya ahli parlimen Jerantut dan adun Tahan berusaha mendapatkan peruntukan ini bagi kemudahan kewangan dan kuasa beli penduduk Ulu Tembeling.

Ahli parlimen Jerantut dan adun-adun juga perlu berusaha keras untuk mendapatkan bajet meningkatkan pengeluaran makanan, kerajaan memperuntukkan RM974 juta sebagai pemberian subsidi harga padi, baja dan benih padi serta RM230 juta untuk insentif pengeluaran dan peningkatan hasil padi.

Di Jerantut boleh dimajukan tanah terbiar dan paya seluas 7,000 hektar untuk tanaman padi dan sayur-sayuran.

WZWH amat menyokong usaha ini. Dulu orang Pahang rajin bersawah. Pahang ada banyak kawasan paya tradisional yang diusahakan untuk tanaman padi sejak beratus-ratus tahun dulu.

Bila kita mengusahakan tanaman padi dan sayur-sayuran, kita menolong ekonomi negara dengan tidak payah mengimport beras dan sayur-sayuran.
Kawasan yang terbabit ialah Paya Kangsa, Pulau Tawar, Batu Balai, Jeneris, Damak, Tembeling Tengah, Empang Siat, Paya Poh, Bantai, Tahan, Kampung Tampin dan Kampung Baru.

Kita mengalu-alukan pihak agensi kerajaan, swasta dan penduduk tempatan terlibat dalam projek penanaman padi dan sayur-sayuran ini.

Cadangan penubuhan tabung benih supaya menghasilkan padi bermutu tinggi amat baik. Projek ini bukan sahaja mendatang hasil ekonomi kepada penduduk kampung tetapi juga menghalang penghijrahan belia-belia muda ke bandar.

Kesimpulannya Bajet 2011 adalah bajet yang baik untuk Jerantut.

3 comments:

Anonymous said...

WZwh,
Ong tahu kah?, bajet 2011 itu telah disenaraikan nama projek dan anggaran peruntukan nya sekali berapa ribu ke, juta ke semua dah dimutamadkan melalu proses konsultasi, negosiasi dan screening dari peringkat daerah-negeri_jabatan - kementerian -treasury- Kabinet. Jadi dimana perlu kerjasama AHLI Parlimen dan ADUN untuk mendapatkan nya.Ong Tahu kah penglibatan ADUN dan AHLI Parlimen ong tu adalah di peringkat daerah. Jadi apa ong tulis macam kenyataan sour grape je!. Jadi Kena tunggu bajet 2013 dan 2014 lah. Kesimpulan nya nampak ada cubaan ong nak memungkor ye?.Jangan nork kelentong lah.....ehek.....ehek...hek.. terbatok pulok akuq nie.

Anonymous said...

bajet pembangunan 690juta, nak bawa ke dun tahan saja 260 juta, aduh sakit perut aku makan sambal byk sgt

Anonymous said...

Salam WZWH,

Apa dengan maksud ahli Parlimen dan Dun perlu mendapatkannya? dan
Kalau difikirkan dengan statement dipaparan atas tadi (RM696 juta pula diperuntukkan bagi Semenanjung Malaysia)adakah mencukupi untuk projek yang WZWH senaraikan tadi, bagi saya mungkin mencukupi... tetapi WZWH perlu ingat bajet yang dikeluarkan itu adalah bajet untuk Semenanjung Malaysia. Bukannya khusus untuk Jerantut sahaja. so mcmana pulak dengan daerah lain negeri yang lain.....
kalau kita fikirkan dari segi pemikiran technical iaitu pemikiran jurutera atau QS pula, kos - kos yang terlibat dengan projek tersebut tidak boleh dihitung begitu sahaja. banyak benda yang perlu kita lihat dari segi struktur tanah , bentuk muka bumi, dari segi bahan binaannya nak guna TIMBER PILE ke jenis BOLE PILE ker nak pakai BOX CULVERT jenis apa jmbatan pula panjangnya macamana, nak guna T BEAM ke PRECAST CONCRETE BEAM ke, GEOTECHNICAL TREATMENT mcmana, dan banyak kos kos kepakaran yang lain.
Maka dengan itu kita hendaklah mengkaji dahulu sesuatu perkara secara menyeluruh sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan. Sekiranya statement kita tersilap info, malu kita nanti. Ia adalah disebabkan kita bercakap ni bukan dibidang dan kepakaran kita...
Kesimpulannya jikalau bajet yang dikeluarkan (RM 696 Juta) hanya untuk kegunaan projek jalan Daerah Jerantut adalah cukup dan melebihi.. tetapi sekiranya bajet itu untuk kegunaan bagi Semenanjung Malaysia sememangnya mustahil untuk melunaskan kesemua projek yang tersenarai tadi. Harap maklum.
WZWH jangan marah ya... kita berlajar dari kesilapan ok... SENYUM SIKIT....

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024