Friday, December 24, 2010

Dato' Dr. Shukri Tidak Sahut Cabaran, Dato' Wan Amizan Mahu Cabar Suhaimi Said Debat Isu Felda

YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan sahut cabaran terbuka Suhaimi Said (blogger The Spirit of Lubok Kawah) berdebat isu Felda membabitkan kepentingan peneroka di DUN Tahan. YBM DS Tengku Azlan  ibni Almarhum Sultan Abu Bakar boleh menjadi Pengerusi Majlis Debat Isu Felda. Kita  boleh lihat nanti The Spirit of Lubok Kawah VS The Spirit of Tembeling.

Dalam posting WZWH yang lepas sila baca sini, Suhaimi Said blogger The Spirit of Lubok Kawah mencabar YB Dato' Dr. Shukri ADUN Pulau Tawar (parlimen Jerantut) berdebat isu Felda membangkitkan kepentingan peneroka di mana-mana venue di DUN Pulau Tawar di hadapan peneroka.

Ini dinyatakan secara terbuka oleh Suhaimi Said mesti baca sini. Oleh kerana Suhaimi Said berani mencabar secara terbuka kepada ahli politik Jerantut maka WZWH merasa tercabar dan Jerantut ialah tanah pahlawan Mat Kilau, Pawang Nong dan keluarga Bendahara.

Oleh itu Jerantut ialah tempatnya revolusi kepimpinan politik klasik kerajaan pemerintahan Bendahara Pahang, WZWH tidak mahu memalukan nenek moyang dan keturunan pahlawan Pahang. Oleh itu WZWH mahu mempelawa secara terhormat bahawa YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan mahu mencabar Suhaimi Said berdebat isu Felda membangkitkan kepentingan peneroka di DUN Tahan. Suhaimi Said boleh pilih tempat samada di Felda Padang Piol atau di Felda Sungai Retang.

Jika Suhaimi Said masih mahu mengadakan debat di DUN Pulau Tawar pun tidak mengapa kerana YB Dato' Wan Amizan adalah Ketua UMNO cawangan Felda Jengka 12. Felda Jengka 12 terletak dalam DUN Pulau Tawar. Beliau ialah anak peneroka Jengka 12. Arwah bapanya Wan Razak pernah menjadi pemimpin peneroka hingga ke peringkat pusat. 

YB Dato' Wan Amizan ialah orang yang paling layak berdepan dengan Suhaimi Said. YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Ketua UMNO cawangan Jengka 12 pantang orang seperti Suhaimi Said memperlekehkan usaha kerajaan BN sejak Tun Razak membina martabat peneroka dan yang penting Suhaimi Said jangan memandang rendah orang Jerantut.

Wahai Suhaimi Said sila datang ke Jerantut, sila datang ke DUN Tahan, Welcome to Tembeling the land of the Bendahara-the Wan  clan. Here you will see the real Pahang warrior, the last defence of Pahang fort of culture, heritage and royalty. Bawa sekali Mazlan Aliman yang gadaikan tanah peneroka 10 ekar ayahnya sendiri  jika Suhaimi Said tidak yakin. Jangan berkokok di Temerloh saja.

My Photo
Ketua Cabang Krau PKR Pahang Dan Pengerusi Biro Felda & Orang Asal
Tuan Haji Suhaimi bin Said

11 comments:

Anonymous said...

tulis surat rasmi betul jemput suhaimi said berdebat hal felda di padang piol aau sg retang tu isu felda..baru ada klasssss..

Anonymous said...

betul tuuu! kas sokong. pangil semua penduduk dalam dun tahan. tetapkan tarikh masa n tempat. deme kena buat ni.

chenerong ular said...

Baru lah ada kelas jika berani berdebat isu yanf sedang hangat di perkatakan, antara felda dan peneroka semua.

Dapatkan tarikh yang sesuai, barulah segala persoalaan dapat di leraikan jika diadakan debat terbuka, syabas jika dapat pihak tuan munganjurkan ?

Anonymous said...

borak dalam blog berani la..jumpa betul n bdebat tak berani..

Anonymous said...

minta dato wan dumpok debat sekali dgn org merting psl apa felcra merting ramai dapat ke org luar yer, kalau tak berani biar dr shukri debat bagi pihak dato wan dumpok, so tukar la, i cover ur ass, u cover my ass

dobit127 said...

salam...

Kalau ini menjadi kenyataan, ini adalah berita yang dinantikan seluruh warga Felda Wilayah Jengka. Jika Sdr Suhaimi tiada masalah untuk berdebat. So, pastikan perkara ini menjadi kenyataan..Kalau boleh buat hujung minggu sebelum Pilihanraya Tenang 30hb Januari 2011. Senang mana pihak yang menang nak jadikan modal pilihanraya..

Anonymous said...

hang ni macam2 la..felcra merting tu isu lapuk dah..orang duk sibuk felcra baru nk bukak la ni..

Anonymous said...

sibuk ke x itu lain cerita, hak keadilan utk rakyat mesti diutamakan... rakyat diutamakan & kroni diharamkan...

Anonymous said...

hah,ader kwasan felcra nk bru bukak,xmerasa laaa..bgi lahh ker yang kuat mengosokan punggung YB n langau-langau di sekeliling YB,nak dapat borang pun ssah..entah lahhh apa nk jd nante..kite tunggu dan lihat siapa yg dapat..

Anonymous said...

hah,ader kwasan felcra nk bru bukak,xmerasa laaa..bgi lahh ker yang kuat mengosokan punggung YB n langau-langau di sekeliling YB,nak dapat borang pun ssah..entah lahhh apa nk jd nante..kite tunggu dan lihat siapa yg dapat..

wanmerting said...

suhaimi tu lawyer, wamizan tu pungko esuk kaloh atas darat.nndok lawan cara bodo jeh jangan pasai. tapi kalau nak tunjuk bodo pada orang ramaai buaklah

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...