Thursday, December 9, 2010

Kenapa Ramai Mengunjungi Bandar Jerantut?


Bandar Jerantut semakin pesat membangun. Banyak bangunan-bangunan kedai dan taman-taman perumahan di bina. Setiap rumah yang dibina habis dijual macam pisang goreng panas. Ada saja pembelinya bukan saja dari Jerantut tapi dari luar.

Kalau pergi ke bandar Jerantut kini susah mencari tempat parking kereta terutama hari minggu. Pembangunan Jerantut makin pesat walaupun pertumbuhan ekonomi GDP Pahang adalah negatif 1.2% namun pertumbuhan ekonomi Jerantut sebaliknya  adalah positif.

Pakar ekonomi mengatakan Jerantut adalah merupakan lombong emas dari segi mencari peluang-peluang ekonomi dan menyediakan pekerjaan kepada orang mudanya.

Kita tidak perlu tanya pakar ekonomi tentang data-data petunjuk teknikal ekonomi sangat, cuma kita perlu amati kehidupan penduduk Jerantut. Bandar Jerantut tidak mati, hidup suasananya pada malam hari. Ramai orang Jerantut suka memenuhi kedai-kedai makan dan perniagaan pada malam hari.

Kalau nak dibandingkan dengan Pekan (bandar Diraja dan bandar Perdana Menteri sendiri) yang malam sudah mati umpama "sleepy town". Perhatikan bandar Muazam Shah (Rompin) tempat Menteri Duta JJ, Maran malah Mentakab, Temerloh, Bera dan Bentong (bandar MB) pun lesu malam hari. Tolak tepi bandar Tun Razak Jengka.

Ramai orang dari bandar Lipis jiran yang berdekatan suka datang ke bandar Jerantut. Jambatan Kuala Krau yang sudah siap menyebabkan ramai orang dari Wilayah Jengka, Maran danTemerloh mudah datang ke bandar Jerantut.

Kenapa tiba-tiba ramai orang mengunjungi bandar Jerantut? Ada beberapa sebab:

  • Bandar Jerantut adalah "gate away to Taman Negara", ramai pelancung luar dan dalam negara suka datang ke "King George National Park". Hutan "rainforest" yang tertua di dunia dengan flora dan faunanya. WZWH mahu cadang tukar nama kepada "Taman Negara Sultan Ahmad Shah", buat apa kita mendewa raja orang putih.
  • Bandar Jerantut adalah bandar  transit utama Pahang Barat menghubungkan Lipis, Temerloh, Raub, Bentong juga ke Maran dan Wilayah Jengka.
  • Jerantut bandar lombong besi. Ramai pelombong besi sudah beroperasi di Jerantut yang kaya dengan bijih besi.
  • Bandar Jerantut adalah pusat selesa membeli belah kerana pasaraya-pasaraya di Jeratut menawarkan harga yang lebih murah ramai pengunjung-pengunjung suka datang dari Lipis, Maran, Wilayah Jengka, Kuala Krau dan Temerloh.
  • Kedai-kedai makan dan perniagaan pada malam hari. Aktiviti-aktiviti ekonomi hidup menceriakan malam Jerantut. Kedai-kedai di buka 24 jam.
  • Bandar Jerantut ada stesyen keretapi 24 jam memudahkan ramai orang Kelantan suka datang berdagang dan berniaga di Jerantut. Itu sebab ramai orang Kelantan menetap di Jerantut. Orang Kelantan bukan saja cari makan di Jerantut bahkan orang Kelantan suka dan mahu berpolitik di Jerantut. Sebab itu mereka mahu bertanding ahli parlimen dan ADUN di Jerantut walaupun dari parti PAS dan PKR.
  • Sebenarnya Bandar Jerantut adalah bandar ikan patin "bertaraf dunia". Kesedapan dan keenakan ikan patin Jerantut mengalahkan ikan patin Temerloh dan Tasik Bera. Jerantut juga bandar ikan kelah raja ikan sungai.
  • Pusat penyelidikan penetasan ikan air tawar Perlok adalah yang terbesar di Asia Tenggara.
  • Blogger-blogger Jerantut adalah blogger paling aktif dan berpengaruh di Pahang. Walaupun UMB dilahirkan di bandar Kuantan tetapi pemain-pemain utama blogger Pahang based di Jerantut. Blogger-blogger Jerantut sering mengadakan perjumpaan di bandar Jerantut maka ini menarik minat blogger dari bandar lain di Pahang datang ke bandar Jerantut.
  • Jerantut bakal menjadi perintis skim SREP-"renewal energy" dihasilkan dari mini hidro dan biomass kelapa sawit. 800 ekar tanah diperuntukan kepada MPOB di Jerantut untuk dibuat pusat kajian kelapa sawit.
  • Projek "Greater Jerantut" akan menambah lagi ledakan pengunjung ke bandar Jerantut. Dan jangan lupa Projek Mega DUN Tahan WZWH akan turut menyumbang kemakmuran dan pembangunan Jerantut bila kerajaan bersedia mahu melaksanakannya nanti. Insyallah.

12 comments:

Anonymous said...

tak sangka Jerantut begitu membangun.. dah ada 10lanes highway tu..

Average Joe said...

Salam.

Tahniah warga Jerantut. Bahkan diharapkan Jerantut mampu menarik lebih banyak institusi pendidikan dan latihan serta industri-industri dengan adanya Advanced Technology Training Centre (ADTEC) Jerantut kelolaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia.

p/s tapi kalau perkhidmatan awam nak di-downsize kan juga bagai diminta, takde lagilah kot... hehehe

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Average Joe,
Memang betul kolej ADTEC dan Kolej Komuniti adalah IPTA yang pembuka higher learning Jerantut.

dobit127 said...

salam...

Bandar Jerantut terkenal kerana tempat membeli belah paling murah di Pahang malahan Kuantan yang digelar 'syurga' dipandang enteng oleh warga Jerantut dan sekitar... Tapi kebanjiran pelawat kurang dinikmati oleh bumiputra yang rata-ratanya tidak mampu membeli bangunan-bangunan yang tumbuh bah cendawan. Walaupun ada juga yang turut serta menambah aset masing-masing, tapi ramai peniaga IKS atau penjaja hanya mampu menjual secara terus menerusi gerai tepi jalan.. mungkin tuan blog mempunyai idea lain untuk menyelesaikan masalah utama penjaja melayu.

Untuk tajuk ini, seharusnya penduduk Jerantut seharusnya merasa bangga sejak dulu lagi kerana Bandar Jerantut terdapat sebuah Pusat Bioteknologi bertaraf Dunia. Mungkin ramai tidak menyedarinya kerana lokasi agak kurang strategik tetapi fungsinya mendahului zaman..Dalam kita sibuk membicarakan zaman biotek, rupanya Jerantut sudah mempunyai pusat pilot. Agak-agak kat mane ye?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Dobit127,
Ya betul, Pusat Bioteknologi Jerantut sudah lama beroperasi pada tahun 1980an lagi. Pilot Projek. PPTR Sungai Tekam reserach kelapa sawit sejak awal tahun 1970an tapi ini untuk FELDA saja. MPOB adalah pusat research yang akan dimajukan seluas 800 ekar di DUN Tahan. Mengenai masalah penjaja Melayu yang kekurangan modal untuk membeli rumah kedai, WZWH akan sentuh isu ini pada posting akan datang.

Gabungan Suara Anak Pahang said...

Blog tuan sudah di link-kan dari Gabungan Suara Anak Panah http://gerbangtemumaya.blogspot.com harap tuan dapat link-kan juga blog ini disini

Anonymous said...

wah kelas jerantut..jd tmpt pendatang org kelantan plak..pastu sebuk dok sokong pas hingga pahang yg kuat bn ni bleh terjejas nama..sedih la pahang ni..bnyk perempat..

Anonymous said...

x sngka jerantut dh macam DUBAI..
x sngka jerantut ada 10 lane highway
x sngka bnyk sgguh kereta import yg lalu di highway 10 lane tu
x sgka penduduk jerantut majoriti x guna kereta m'sia
x sngka jerantut bandar di pinggiran pantai rupanya..
x sgka pola penempatan jerantut hebat mcm putrajaya
x sngka jerantut ada bangunan tinggi dan hotel 5 bintang

(komen berdasarkan gambar yg tertera)

Anonymous said...

habat sungguh pengkomen di atas ni..

Anonymous said...

ha ha ha ha lawak

sebenarnya jerantut tempat orang pencen
kalau dah pencen memang nyaman tinggal di jerantut.
tapi akhir2 pembangunan jerantut juga songsang.pembangunan dah pergi ke kawasan cina.
nak cari ikan patin dan jelawat, baik pergi ke maran dan temerloh.
nak cari makan waktu malam pun susah, kedai dah banyak tutup.
pelancung tidak ramai tinggal di bandar jerantut, cuma transit nak beli rokok dan mineral water. nak cari gulai tempoyak ikan patin, baik pergi ke bandar temerloh atau rr temerloh.

Anonymous said...

amboi orang atas ni...
tak penah gi jerantut diam la...
skarang ni kedai dah tutup kul 11 lebih kot..ramai sgt orang mlm mlm..nak cari parking pun susah..
Jerantut tiap hari jumpa mat saleh jln jln kat bandar..

Anonymous said...

Sokong orang atas ni..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...