Wednesday, December 15, 2010

Penjaja Marhain Jerantut VS Kapitalis RM400 Juta

Encik Nordin bin Ali, lebih mesra dengan panggilan Pak Din telah mengusahakan kedai makan selama 13 tahun di bandar Jerantut.








Puan Rohana binti Teh, lebih dikenali dengan panggilan Mek Na telah mengusahakan kedai makan selama 25 tahun di bandar Jerantut.

Dalam posting WZWH yang lepas menyentuh Projek Greater Jerantut. Ini ialah pembesaran bandar Jerantut di atas tanah MDJ seluas 16 ekar. Telah diluluskan kepada pemaju swasta. Pemaju menyatakan akan membangunkan Greater Jerantut dengan pelaburan kononnya RM400 juta.

Antara tanah yang dikorbankan ialah:
  • Tapak teksi
  • Stesyen bas
  • Dataran MDJ
  • Benteng
  • Tapak Pekan Sehari
  • Gerai Corner
  • Tapak pasar lama (Aktif)
Projek ini diinisiasi oleh ADUN Pulau Tawar dengan disokong kuat oleh ADUN Damak. Mula-mula syarikat dibarisi lembaga pengarah Melayu politik Jerantut. Kemudian bila tanah telah diluluskan maka lembaga pengarah diganti dengan Cina. CEOnya kekal Melayu.

Oleh kerana MB setuju projek ini diluluskan maka ahli parlimen dan ADUN Tahan pun menyokong. Lalu diikuti oleh ahli-ahli MDJ dan Pejabat Daerah menyokong. Kuat sungguh pengaruh kapitalis RM400 juta!

Inilah persepsi pandangan penjaja marhain Jerantut, peniaga Pekan Sehari, peniaga makan gerai-gerai, peniaga pasar ramadhan dan rakyat Jerantut.

WZWH telah menyelami secara eksklusif pandangan peniaga kedai makan di Benteng. Dua orang peniaga kedai makan (gambar di atas) telah menyatakan kesemua 40 peniaga tidak bersetuju dengan pembangunan tersebut.

Kedai baru yang ditawarkan harganya mahal antara RM150,000-RM160,000 dengan saiz keluasan yang kecil, lokasi ada yang mengadap ke Tokong Cina dan berdekatan dengan pasar babi Jerantut. Peniaga-peniaga marhain ini bimbang masa depan mereka. Bila peniaga Melayu ini tidak mampu membeli kedai maka tentu bangsa lain akan membelinya. Peniaga-peniaga marhain Melayu akan gulung tikar.

Jika MDJ mahu "upgrade" gerai-gerai, diperbaiki, diselenggara denga baik walaupun mengena sewa yang tinggi sikit dari sekarang, peniaga-peniaga marhain Jerantut sanggup bayar.

Kepada siapa peniaga-peniaga Melayu marhain di bandar, mereka rakyat Jerantut, yang mengundi di Jerantut mahu mengadu? Bila pemimpin-pemimpin harapan mereka menyokong kapitalist RM400 juta.

Motto kepimpinan PM DS Najib ialah "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Di Jerantut pula "Kapitalis Diutamakan, Suara Rakyat Disisihkan".

Selaras dengan motto kepimpinan DS Najib, WZWH boleh membaca pemikiran PM. Pasti beliau akan berkata,"Kalau tanah MDJ sepatutnya MDJ lah yang melaksanakan pembangunan itu sendiri. Dapatlah membantu peniaga-peniaga marhain Jerantut".

7 comments:

dobit127 said...

salam..

Mengenai pembangunan RM400Juta oleh syarikat 'kroni' Dato' shukri .. Kawan secara amnya menyokong projek pembangunan ini. Kroni, syarikat cina, PINGGIR MELAYU..itu alasan yang diberikan oleh mereka yang menolak projek ini.

1. Kroni - Kawan, kalau bab2 kroni ni, tiada bezanya kalau bagi kat sapa-sape sahaja. Tak bagi kat si A, bagi kat B. So, B akan bagi kat kroni dia pula. Kalau bagi kat WZWH tak tahu ler..mungkin keadilan kan ditegakkan. So, macam mana WZWH nak meneyelesaikan masalah ini?

2. Syarikat cina - kawan nak tahu syarikat melayu manakah yang hendak melaksanakan projek ini. Kos(RM400j) mungkin dapat dicari tetapi keseluruhan projek itu ceritanya. Hampir semua orang melayu mengeluh jika melibatkan syarikat melayu. Terbengkalai ler, projek sakit ler, kurang kualiti kerja ler..Itu orang kata. Benar, ada yang bagus. tetapi syarikat mana? apakah projek yang menyokong kelulusan syarikat ini. Kuat ke pembekalnya? tak pe kita tunggu nama syarikat melayu yang akan dicadangkan.

3. PINGGIR MELAYU - ni alasan yang selalu diberikan. Buat projek mesti beri melayu. Betul, itu dasr negara 30% mesti disalurkan kepada bumiputra (melayu, orang asal(asli) dan lain-lain). tetapi orang melayu juga merungut jika diberikan. Mahal sangat sampai tidak mampu nak membelinya. Contohnya bangunan-bangunan di depan CIMB dikatakan melebihi RM400k seunit. Ini dikatakan tak mampu. Dengan pembayaran kira-kira RM4 ribu sebulan, rasanya ramai melayu mampu beli. buktinya kalau kita tengok di bandar Jerantut, siapa yang ramai pakai kereta mata belalang atau kacang? ala setakat RM4 ribu sebulan, pendapatan peniaga-peniaga di Benteng pun melebihi 7, 8 ribu sebulan.
"Mane sampai 7, 8 ribu'..kias peniaga terbabit. dengan mengenakan harga makanan sama ata ulebih mahal dari harga di Kuala Lumpur, x tau ler nak cakap jika masih tak untung RM500 sehari..itu kiraan kawan.

Semua itu alasan yang diberikan. Sebenarnya secara umumnya, betul jugak alasan yang diberikan. Cuma kawan lebih suka jika diberi car penyelesaiannya agar isu ini tidak hanya diwar-warkan sahaja.
Bagi Projek RM400 juta ini, masih ada yang boleh diperbaiki terutamanya dalam memenuhi keperluan dan tuntutan semua pihak. Sepatutnya MDJ dan piha kpolitik memainkna peranan yang jitu dan kes-kes seumpama ini. Jika tidak, isu inilah yang akan menjadi isu semasa PRU 13, 14,15 nanti..

itu pandangan kawan saje.

ps. Sori tuan blog, panjang menulis.. Malas nak buat blog sendiri. bukan xde, tapi masih x mantap isinya.ok.

Anonymous said...

Salam.Bukan ke dulu WZWH yang nak kan pemaju yang memajukan bandar jerantut?kenapa sekarang dah berubah fikiran?atau kerana bukan kroni WZWH yang mendapat keuntungan dari projek tersebut ke terus tak setuju dengan projek tersebut?

Anonymous said...

Salam tuan WZWH & Sema2...,


Penjaja Marhain Jerantut VS Kapitalis RM400 Juta

Memori kapitalis wujud sejak dulu lagi. Jiwa kapitalis sentiasa meresap di jiwa setiap pemimpin, maaf kalau terlanjur – ini cakap politik sikit. Jika pemimpin samada PM, MB, Exco, AP, WR dan ahli politik (yang ada kepentingan) terdiri dari orang2 Melayu, bersifat ikhlas, Bumiputera khasnya Melayu telah boleh mencapai 30% taraf ekonomi samada di desa mahupun di kota. Melayu jangan persalahkan orang lain, sebab Melayulah mememinggirkan Melayu. Kemajuan semua berkehendakannya. Pembangunan terancang memainkan peranan utama memajukan rakyat. Semua orang tahu, dan lihat sendirilah dibandar benteng syurga makanan malam di Jerantut, kalau nak dibandingkan antara hiburan (karoake) dengan azan, mana lebih berkumandang. Jirat Cina tertebeng diatas bukit. Ini bukan cakap perkauman. Kalau diubah lokasi, siapa yang untung, fikir2kanlah.

Sejak dulu, sehingga kini, merdeka telah lebih 50 tahun, sekaligus membawa kepada pemerintahan Kerajaan Perikatan dan kini Barisan Nasional yang bertunjang dan akar rerambutnya adalah orang Melayu berpaksikan UMNO. Selama tempoh itu, Melayu sentiasa diperhambat ke pinggir hutan untuk kemajuan Melayu kononnya. Sampai masa, disini Melayu bila sudah menampakan kemajuan, Melayu ini bukan lagi diperhambat malah terus dihalau dengan alasan notis telah dikeluarkan, maka Melayu mahu tak mahu terpaksa “melara” tinggallah sehelai sepinggang tidur beralas kain “lepas” duduk dicelah banir atau atas busut yang bila2 masa akan ditebang dan disodok.

Imbau kembali sebelum PRU ke 12, pelbagai janji, satu keluarga dijanjikan diantara 3 ke 5 ekar tanah di kawasan Ulu Tembeling yang sekarang dah bergelar WR, tapi mungkin “perjanjian syaitan” agaknya. Malang sekali kini, kedengaran ada syarikat dah memasang “belantik” untuk terus merembat leher pemimpin yang menjanjikan “laba” bersama.

Sebaik2nya sebelum terlambat, tubuhkalan satu syarikat Melayu yang dikendalikan oleh Melayu yang benar2 ikhlas, takutkan balasan akhirat, nak bagi makan anak bini, nak bantu Melayu tanpa menyakiti hati orang lain.

Pang5 Banir, orang Melayu boleh bersembahyang hajat 40 orang 40 hari mendoakan sesuatu kebaikan...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam semua,
WZWH faham matlamat kerajaan mahu membangunkan bandar Jerantut. Tulisan dalam blog ini memaparkan pandangan golongan penjaja marhain Melayu dan bukan Melayu di bandar Jerantut. WZWH tidak ada apa-apa kepentingan. Apa makna pembangunan kalau rakyat marhain tidak boleh menikmati nikmat pembangunan dan terpinggir dari arus pembangunan.WZWH membawa pandangan mereka.

Anonymous said...

dobit127 banyaknye blog hang ni

Rahsia Hidup Mewah
Sekadar Berkongsi Ilmu
Dari Semua Untuk Semua Kepada Semua.
Rahsia H M
duit...duit..man... oi..
Menjual Pakaian & Kelengkapan Sukan
Menawarkan apa yang anda cari..

Anonymous said...

kah..kah din bru dtg ker jerantut berepe taun..sblim nie niaga kat batu 2 lipis..mek naa 25taun niaga lme tuu tp rse kaweh xspai 25taun asal dri thailand,tp klu mkan kat kdai die fuhh mahal ya rabiii..dapat rm beli tanah d thailand...saya rse WZWH sila dapat info yg betull..

Anonymous said...

salam..
sy adew 1 cdangan..
jerantut perlu ade malay town, china town dan india town.. ini kerana bndar2 besar sprti kuantan mmpunyai bndar2 ini.. ini dapat mmbantu peniaga2 melayu drpd ktinggalan..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...