Tuesday, February 25, 2014

Projek Safari Park Menambah Nilai Projek Bandaraya Rainforest Taman Negara



Safari Park juga dipanggil wildlife park ialah macam seperti zoo menarik pelancong komersil dimana pelawat boleh memandu kereta mereka sendiri atau kenderaan disediakan untuk memerhati binatang-binatang bergerak bebas. Biasanya daya tarikan ialah binatang besar dari Afrika seperti zirafah, singa, badak sumbu, gajah, kuda belang, antelope, badak air, buaya, babon dan sebagainya.

Projek Safari Park di Tembeling ini boleh juga selain memperagakan binatang tempatan yang ada seperti harimau, gajah, seladang, beruang, rusa, tenuk juga binatang-binatang dari kepulauan Melayu seperti orang utan, biawak naga comodore dan lain-lain. Binatang dari India juga boleh ditonjolkan.

Safari Park ini boleh buat pelancong lebih dekat dengan binatang-binatang. Taman Negara yang ada sekarang ini susah pelancong mahu lihat binatang kecuali ada seekor dua rusa dan tenuk jinak.

Safari Park lebih besar dari zoo tetapi lebih kecil dari game reserve. Biasanya luas Safari Park antara 100 ekar hingga 750 ekar iaitu kurang dari 1000 ekar. 

Bagi Projek Safari Park di Tembeling ini boleh dikembangkan hingga 3000 ekar kerana keluasan tanah masih ada. 

Biasanya di Safari Park ada tarikan pelancong seperti golf course, carnival rides-roller coaster, cafe, restoren, kereta api kecil dan gift shop serta hotel dan resort.

Bali Safari and Marine Park adalah model yang baik dibuat contoh sila klik sini.

Kos projek ini paling minima RM3 bilion. Demikianlah mukadimah Projek Safari Park di Tembeling.


Tipikal binatang safari dari Afrika.


Gajah-gajah liar yang sering merayau-rayau di kampung dan jalanraya kita jinakkan.


Orang utan hanya ada di Borneo dan Sumatera. Timbul persoalan kenapa orang utan tiada di hutan Semenanjung. Logiknya dulu mungkin ada...apa binatang yang orang-orang tua kata mawas?


Dua ekor harimau yang suka praktis tunjuk kuasa ini simbol pemimpin Melayu.


Seladang yang kuat deria baunya adalah spesis lembu @ kerbau yang paling macho.

8 comments:

Anonymous said...

Dengan kos yang begitu tinggi, mungkin ianya hanya tinggal impian sahaja...

Anonymous said...

amende citer bos aok zurik..senyap je...cter ckit..kut dpt projek billion pulak,hahahaa.ke sibuk trun naek mhkamah.haha

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Ramai pelabur yang berminat projek ini boleh dilaksanakan insyallah.

Anonymous said...

Macam tak penting je benda ni.

Jalan Ulu Tembeling package 3 sampai Pasir Raja diluluskan ke tak?
Cadangan jambatan berkembar Pasir Tambang-Tanjung Jelai-Kuala Tembeling jadi ke tak?

Benda ni lagi penting rasanya..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 7:13,

Jalan Ulu Tembeling package 3 sampai Pasir Raja lulus RM600 juta

Cadaangan Jambatan berkembar Pasir Tambang-Tanjung Jelai-Kuala Tembeling itu dalam proses.

Projek-projek ini pakai duit kerajaan.

Projek Taman Safari guna duit dan dana private sector atau pelabur-pelabur.

Semua itu penting menambah hasil pendapatan ekonomi kepada Jerantut.

Apa yang penting dan mengikut prioriti keutamaan terutama di DUN Tahan maka kerajaan buat.

Apa yang besar, kreatif dan inovatif maka private sector buat Tak salah kalau pelabur-pelabur luar negara dipanggil.

Anonymous said...

Wan Zuri apa cerita dengan Jalan ke Benta dengan jalan Jerantut ke Maran bila nak siap.Biasanya projek terbengkalai kerajaan bagi kroni untuk siapkan dah la jalan yang tak siap dulu pun kroni juga yang dapat tolong bagi pencerahan..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 3:35,

Cadangan telah dikemukan kepada PM untuk membina beberapa Projek Jalanraya dari Merapoh ke Benta ke Jerantut ke Maran.

Termasuk membesarkan jalan dari Bandar Pusat ke Kg Awah terus projek-projek jalan tepi sungai Pahang dari Temerloh ke Bera.

Kos dijangka RM10 bilion.

WZWH cadangan ini boleh menyelesaikan projek Jalan Benta-Jerantut-Maran yang terbengkalai.

usin malaun said...

Bagus betul bila projek terbengkalai syarikat kroni tiada tindakan dikenakan dan kos baru sampai RM10 bilion duit rakyat akan digunakan.Jangan la jalan2 tu dibaiki hanya melepaskan batuk ditangga tp tak sampai 3 bulan guna dah rosak.yang untung syarikat kroni2 menunggu peluang untuk menerima projek2 baru membaiki jalan terbengkalai.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024