Monday, May 31, 2010

Budak Kembar Najib-"Recycle Is Better"

Ku Lan Ahli Parlimen Jerantut selalu berkata,"saya sudah tidak berminat..? Jika kenyataan ini betul maka tajuk bicara WZWH Budak Kembar Najib-"Recycle Is Better" perlu diberi perhatian.

Semua orang politik UMNO Jerantut tahu budak kembar Najib ialah merujuk mantan Ahli Parlimen Jerantut Tuan Hj Kamaruzaman Baria dan mantan ADUN Pulau Tawar Dato' Azizan Yaakob. Memandangkan kedua-dua tokoh masih aktif berpolitik di Jerantut dan calon-calon lain dianggap tidak kuat untuk menghadapi PRU 13 maka tema "Recycle Is Better" bermaksud mereka perlu diberi perhatian oleh pucuk pimpinan.

Teknologi sains membolehkan kita menghasilkan produk-produk yang dibuat daripada bahan kitar semula atau "recycle" lebih baik dari produk-produk original seperti kertas,plastik,kaca,getah dan sebagainya. Mungkin khidmat Tuan Hj Kamaruzaman Baria dan Dato' Azizan Yaakob diperlukan UMNO Jerantut pada PRU 13 kerana mereka ahli politik yang matang dan berpengalaman.

Tuan Hj Kamaruzaman Baria, 62 tahun, berkelulusan ijazah perhutanan dari Canada,MBA dari Strachclyde University Scotland, United Kingdom. Beliau pernah menjawat jawatan Setiausaha Parlimen MITI. Pada penggal 1995-1999, tiada jawatan Timbalan Menteri MITI maka kita boleh katakan SETPAL MITI itu juga sama dengan Timbalan Menteri MITI. Tan Sri Rafidah Aziz memuji Kamaruzaman sebagai "workaholic"-maksudnya kuat kerja. Beliau dilihat sebagai "inner circle" YAB PM.

Dato' Azizan Yaakob, 54 tahun, berkelulusan Diploma Pentadbiran Awam UITM, dan sedang belajar di UUM Graduate School dalam bidang MBA. Beliau pernah menjadi EXCO Pemuda UMNO Malaysia, sewaktu krisis ketika Anwar Ibrahim mahu menjatuhkan Mahathir pada lewat akhir 90an, Dato' Azizan merupakan tokoh yang mengerakkan tekanan kepada Zaid Hamidi supaya berundur sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia kerana menyokong Anwar Ibrahim. Dato' Azizan mempertahankan Mahathir.

Oleh kerana bos lama telah menjadi Perdana Menteri dan hubungan kedua-dua tokoh ini yang rapat dengan Najib maka mudah bagi Najib memilih ahli parlimen daripada kalangan mereka berdua kerana Najib sangat mengenali mereka. KPI mereka semasa menjadi wakil rakyat, dan semasa tidak menjadi wakil rakyat adalah di dalam kocek Najib.

Tuan Hj Kamaruzaman Baria masih lagi menjadi AJK Bahagian UMNO Jerantut dan sejak kebelakangan ini sering pulang ke Jerantut menghadiri program politik UMNO Bahagian. Manakala Dato' Azizan Yaakob memegang Ketua UMNO cawangan Berau Ulu Cheka dan aktif dalam NGO Jerantut. Dato' Azizan menjadi pengerusi kepada 9 NGO Jerantut membuktikan bahawa beliau amat rapat dengan masyarakat.

YB Dato' Wan Amizan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian boleh bekerjasama dengan kedua-dua tokoh ini jika mereka dipilih sebagai calon Parlimen Jerantut dalam PRU 13 nanti. YB Dato' Wan Amizan bertanggungjawab memastikan kemenangan bakal ahli parlimen Jerantut ini kerana beliau yang memegang tampok kuasa dalam UMNO Bahagian Jerantut. DUN Tahan amat bersedia memberi kemenangan besar kepada sesiapa yang bakal menjadi ahli parlimen nanti.

Juga YB Dato' Ahmad Shukri ADUN Pulau Tawar bertanggungjawab memastikan kemenangan besar bakal ahli Parlimen nanti. WZWH merasakan Tn Hj Kamaruzaman Baria dan Dato' Azizan Yaakob perlu merapatkan diri dengan YB ADUN Tahan dan YB ADUN Pulau Tawar selain perlu menghormati YBM Tengku Azlan yang masih lagi merupakan Ahli Parlimen Jerantut.

Oleh kerana Tuan Hj Kamaruzaman Baria dan Dato' Azizan Yaakob datang dari DUN Damak maka WZWH percaya kedua-dua tokoh ini amat masak dengan kehendak pengundi di DUN Damak. Dato' JP Bazain Mahmud, Tokoh Veteran UMNO Bahagian Jerantut sudah tentu akan bekerja lebih kuat memastikan kemenangan dua tokoh ini kerana mereka ini adalah anak didiknya.

Kedua-dua tokoh ini juga mesti turun padang menemui rakyat Jerantut, memperbaharui sentuhan dan kemesraan agar senang bekerja bila tiba waktu pilihanraya nanti. Seperti kata YAB PM,"kita perlu kehadapan menyelami denyut nadi rakyat...jangan tunggu lagi...tunjuk kerja...buat kerja.."

2 comments:

SPU said...

WZWH said...
Salam SPUJ,
Saudara berbangga Jerantut berbudaya internet. Saudara telah mempromosi semua blog di Jerantut. 99.99% blog-blog ini saudara telah blog listkan dalam blog SPUJ. Bagus. Tapi ramai tanya saya kenapa saudara meminggirkan blog WZWH? Adakah blog WZWH boleh cepat mempengaruhi pemikiran politik Jerantut? Saya cakap no komen. Itu kena tanya saudara SPUJ. Mungkin saudara SPUJ gentar dengan kehadiran blog WZWH kot. Atau saudara SPUJ ada pandangan bias dan diskriminasi terhadap blog WZWH. Kalau benar itu maknanya blog WZWH ada kekuatan ekekekekekekeke...

May 31, 2010 1:57 PM

SPU said...
WZWH, saya dh menjawab sebelum ini. SPU berblog sejak 2008 lagi, tau asam garam berblog. Saya tak tanya, hak siapakah meletakkan link dalam sesuatu blog? Apakah WZWH meletakkan link blog SPU dalam blog WZWH? Kain panjang sejengkal, jangan otak WZWH juga panjang sejengkal, malu pada blogger lain seluruh dunia, hehehe

May 31, 2010 5:53 PM

musa kumil said...
Takut? Pembaca SPU dah cecah 11K, berapa pembaca WZWH? Huwaaaaa!

May 31, 2010 5:54 PM

urag kampomg batai said...
SPU, ong jangan delayan budok budo tuh, aku tingok dalom belog dia tak nye ade ling blog ong ni SPU. Dia endok urag ling blog dia, tapi dia tok ling blog urag. Memang budo sungguh. Urag Drrulug pun tau dia budo, sama macam KP dia tuh, heh heh heh

May 31, 2010 6:03 PM


Begitu perbezaan antara penulis blog dan yang hanya goblok!

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam SPUJ,
Saya guna Blogger Dashboard untuk ikuti semua blog-blog Jerantut. Nampaknya saudara SPUJ sudah melatah...cantik sungguh bahasa SPUJ. Bahasa melambangkan bangsa. Bahasa melambangkan pemikiran IQ dan EQ saudara SPUJ! Ekekekekekeke

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024