Wednesday, May 26, 2010

Sejarah Keluarga Wan Tembeling

Bila blog WZWH menyertai blogger politik Jerantut, banyak blog dan komentar merujukkan WZWH dari keturunan Bendahara @ Wan. Ramai orang Jerantut tertanya-tanya datang dari mana keluarga ini terutama generasi baru. Maka WZWH mahu menulis tentang sejarah keluarga Wan Tembeling sebagai pengetahuan terutama komuniti politik Jerantut. Jika ada kesempatan WZWH akan menulis sejarah keluarga Pulau Tawar, Ulu Cheka, Felda-Felda dan bandar Jerantut. Ini penting untuk menjadi ahli politik Jerantut kita kena tahu budaya sub-etnik sosial Jerantut.

Keluarga Wan Tembeling bersusurgalur dari Pemerintah Empayar Johor-Pahang-Riau-Lingga. Sebelum Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Kedudukan hierarki Pemerintah: Sultan di Riau, Bendahara di Pahang dan Temenggong di Johor. Bila Sultan Mahmud Shah mangkat dijulang pada 1699, tiada waris maka berakhirlah pemerintahan kesultanan Melaka. Bendahara Tun Habib Abdul Majid Padang Saujana mengambilalih tampok pemerintahan dengan melantik anaknya Tun Abdul Jalil sebagai Bendahara Johor dan seterusnya menjadi Sultan Johor dengan sokongan pembesar dan rakyat memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV(1699-1718).

Penguasaan kesultanan Johor oleh keturunan Bendahara menimbulkan rasa tidak puas hati Raja Kechil dari Siak yang mengaku sebagai putera almarhum Sultan Mahmud Shah. Pada 1717, Raja Kechil telah menyerang Johor dengan angkatan perang Minangkabau. Kalahlah Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV lalu membawa diri ke Kuala Pahang tetapi akhirnya dibunuh oleh pembunuh upahan orang suruhan Raja Kechil pada 1720 dikenali sebagai Marhum Kuala Pahang. Namun Raja Sulaiman putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV telah menuntut bela dengan membuat pakatan dengan anak raja Bugis lima bersaudara iaitu Daeng Perani,Daeng Menambun, Daeng Marewah,Daeng Chelak dan Daeng Kemasi untuk mengusir Raja Kecil bagi mendapatkan semula kuasa. Pada 1722, Raja Kechil dapat dikalahkan dan Raja Sulaiman ditabalkan menjadi sultan Johor yang baru.

Seorang anakanda Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV (Marhum Kuala Pahang) iaitu Tun Abbas iaitu abang tua kepada Raja Sulaiman dilantik menjadi Bendahara Pahang(1722-1735) kemudian melahirkan Bendahara Tun Abdul Majid(1770-1802) yang pada era ini Sultan Johor telah menganugerahkan Pahang kepada Bendahara Tun Abdul Majid. Bendahara Tun Abdul Majid mempunyai empat orang putera iaitu Tun Abdul Mutalib, Tun Muhammad (Marhum mangkat di laut), Tun Koris (jalur kesultanan Pahang sekarang) dan Tun Da(Tun Yusuf Pedah).

Selepas kemangkatan Bendahara Tun Koris(1803-1806) sepatutnya yang mengantikannya ialah Tun Da mengikut sistem pewarisan Bendahara pada masa itu tetapi apa yang berlaku semasa pemilihan Bendahara Pahang yang dibuat di Riau, Tun Ali iaitu putera Bendahara Tun Koris telah dipilih maka Tun Da membawa diri ke Tembeling setelah anak saudaranya dipilih. Dari jalur Tun Da inilah melahirkan keluarga Wan Tembeling. Tun Da(Tun Yusuf) berbondakan Y.M. Tun Inah ,Encik Puan Bendahara puteri Y.M. Tun Husain ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV (Marhum Kuala Pahang), Dato' Bendahara Paduka Raja, Terengganu. Tun Koris berbondakan Y.M. Tun Engku Besar, puteri Bugis dari Endau. Tun Da melahirkan secara ringkasnya Tun Abdullah(Marhum Ketapi) melahirkan Engku Khatib( Wan Endut) melahirkan Wan Husain (Marhum Kampung Labu) melahirkan Wan Mahmud dan beranak pinaklah anak cucunya di Tembeling.

Seperti dijelaskan oleh W. Linehan dalam bukunya A History Of Pahang,"The Bendaharas naturally did not encourage territorial ambitions amongst their relatives, do not giving lands to potential rivals. There was however one part of Pahang where men of the Bendahara's stock held sway. The valley of the Tembeling was controlled by the Wans descendents of Bendahara Tun Abdul Majid whose son Tun Da migrated to that valley. To keep watch on their doings the Bendahara stationed in the Tembeling a Penghulu Raja who was under the direct orders of his master. The water shed of the Tembeling has been held at least from the beginning of the 17th century by the relatives of the rulers".
Seterusnya W. Linehan memperinci lagi,"The third meeting of the State Council was held on 11th December 1890 when Hugh Clifford was acting as Resident. The Resident raised the question of an allowance to Wan Husain of the Tembeling, and explained that in Tembeling were two chiefs, the Penghulu Raja and Wan Husain, the former being the head man of the district, and the later holding an authority from the Sultan to rule over the Wan class and any others who might care to follow. The Penghulu Raja had an annual grant of $20. It was decided to give Wan Husain a similar amount".


Kemudian ada satu lagi puak keluarga Wan yang berasal dari Terengganu dari keturunan Sultan Zainal Abidin 1 yang merupakan anak bongsu Bendahara Tun Habib Abdul Majid Padang Saujana Johor datang dari Kampung Janing dan akhirnya menetap di Kampung Pulau Besar Ulu Tembeling di ketuai oleh Wan Ismail bin Wan Saleh bin Tun Khamis bin Tun Muhammad ibni Sultan Zainal Abidin 1. Oleh kerana dari jalur Bendahara Tun Habib Abdul Majid Padang Saujana Johor maka puak Wan Pulau Besar ini bersaudara dengan Wan Tembeling. Wan Ismail ialah tokoh yang membawa pulang Wan Ahmad ( Sultan Ahmad pertama) bersama dengan tujuh pendekar Janing dari Kampung Pasir Raja Terengganu ke Tembeling semasa kempen perang saudara Pahang. Secara ringkasnya Wan Ismail melahirkan Wan Abdullah melahirkan Tok Muda Wan Mustapha melahirkan Wan Hashim dan beranak pinaklah cucu cicitnya.

Pada mulanya berlaku perkahwinan campur antara puak Wan Pulau Besar Ulu Tembeling dengan puak Wan Tembeling dan hidup berbaik-baik tetapi entah bagaimana berlaku konflik dan seterusnya peperangan antara dua puak merebut kawasan pegangan. Ada dua versi cerita bagaimana peperangan dua puak ini berlaku. WZWH tidak mahu memenangkan mana-mana puak kerana mempunyai darah campur dari kedua-dua puak kecuali Dato' Wan Amizan kerana dia dari jalur Wan Tembeling 100%. Konflik berjaya diselesaikan oleh Sultan Ahmad pertama Pahang seperti ditulis oleh W. Linehan dalam bukunya A History Of Pahang,"The fifth meeting of Council held on 8th October 1891, the boundaries of the pegangan (or districts) of the chiefs were fixed as follows...extracted...Maharaja Perba of Jelai: from Tanjong Lindong along the Sungai Jelai to Perak and Kelantan (excepting Sungai Lipis) and from Kuala Tembeling to Pasir Durian; The Penghulu Raja of Tembeling from Pasir Durian to the source of the Tembeling, excluding the Districts of Wan Husain and Wan Ismail Pulau Besar.

Dari cerita orang tua-tua, agak berat juga Sultan Ahmad mengenakan hukuman denda yang dikenakan kepada kedua-dua moyang WZWH iaitu Wan Husain dan Wan Ismail. Sebab itu WZWH tidak mahu puak-puak Wan ini bergaduh lagi kerana boleh jadi lemah dimanipulasi oleh musuh-musuh politik yang ada agenda. Diharap sedikit sebanyak pengkisahan sejarah keluarga Wan Tembeling boleh menjadi pengetahuan kepada siapa-siapa yang berkenaan.

22 comments:

OrgUluPahang said...

Salam tuan,
Saya nak bertanya ada tak hubungkait kekeluargaan antara Wan Tembeling ini dengan keturunan Wan dari Perba Jelai?

Warisan Perba said...

Salam. Bagus pertanyaan tu, paling tidak para pengunjung blog dapat mengkaji labih luas isu yang dibangkitkan.

Hubungan kekeluargaan dapat ditelusuri daripada pelbagai sudut pertalian.

Jika kita ambil abad ke-17M sebagai tarikh, maka keturunan Wan di Tembeling berpangkal kepada keturunan Bangsawan Johor-Riau, manakala keturunan Wan di Jelai itu berpangkal kepada campuran Bangsawan Minangkabau-Melaka.

Namun begitu, jika kita dapat temui dan rekonstruksi salasilah yang lebih awal, boleh jadi dua kumpulan "wan" ini sebenarnya daripada titisan darah BANGSAWAN MELAYU MELAYU MELAKA. Wallahualam.

Penjejak Sejarah Melayu said...

Bendahara Tun Habib Abdul Majid Mangkat pada 1697, Sultan Mahmud Shah 11 mangkat pada 1699, oleh itu anakanda Tun Habib iaitu Tun Abdul Jalil menjadia Bendahara ketika Sultan Mahmud mangkat dijulang...

Anonymous said...

Keturunan Che Wan yang menetap diKijal, Kemaman juga dikatakan berasal dari jurai Wan Tembeling. Moga dapat dirungkaikan silsilah mereka......

Anonymous said...

Assalamualaikum
Siapa nama-nama engku khatib.Sebab tiada seorang pon yang tahu.Kalau boleh WZWH merungkaikan misteri ini.Ada orang kata, anak-anaknya tiada nama gelaran WAN.

che wan nurul jannah binti che wan malim said...

salam nk tanye betul ke ade perkampungan che wan di kijal?

Unknown said...

salam,
che wan kijal memang berasal dari susur galur Tun Da.di negeri terengganu ramai keturunan che wan,di kijal,dungun,kemaman,pasir raja.

Saya; cwshahruddin bin cw amran bin cw abdullah bin cw talib bin cw ishak bin cw ismail bin Tun Abdullah(mahrum ketapi) bin Tun Da,kita semua adalah bersaudara.

Rodiey Chewan said...

Datang lah ke kampung kami...kg che wan kijal... kami mngalukn saudara sekalian

Rodiey Chewan said...

Datang lah ke kampung kami...kg che wan kijal... kami mngalukn saudara sekalian

Anonymous said...

Assalamualaikum, sy berketurunan wan dri tembeling (Kg. Pasir durian) skng bkerja di kemaman.. sngt tertarik utk mndalami sjrh keluarga sy sdri..

Unknown said...

saya mmg cukup jelas dgn salasilah ini..dan penerangan dr pihak tuan hampir tepat..moyang saya adalah salah sorang ocf di pahang yg beketurunan wan x perlulah di hebahkan nama beliau dan beliau di kebumikan makam kota tinggi johor,manakala datok saya di kebumikan di Ulu Tembeling..di masa kanak2 sy pelik kenapa org mengelar atuk saya engku kemana sahaja org akan menghormatinya sedang hidup kami biasa2 shj...tp ketururan Tun Habib Abdul Majid bersusur galur dgn tanah arab berketurunan Baginda Rasulullulah dr puteri kesayangab Baginda Fatimah Al-Zahra dan Syaidina Ali...ini kerana selepas kewafatan Baginda tiada lg keturunan Baginda yg memerintah jazirah Arab ini tertulis didlm hadith,tidak keberlebihan sy katakan disini keturunan kami mmg suka mengulang nama2 moyang2 terdahulu sbg nama utk kelahiran yg baru agar kewibaan ye akan menjadi waris kepd cucu cicit akan datang begitu juga lah Tun Ali di perkenankan namanya..terima kasih atas penerangan tuan diatas..

che wan said...

ada no telefon x

che wan said...

ada no telefon x

Anonymous said...

asslamualaikum sya ingin menanyakan satu soalan iatu bagaimana pula dengan keturunan tun abdul rahman(tun aman) yg tidak diketahui sejarahnya.oleh itu siapakah keturunan tun aman

Anonymous said...

Betul.... Sy pn keturunan wan dan d Kg limbong paka terdpt sebahagian keturunan wan... Br2 ni sy brjumpa dgn seorg tua utk mengetahui ttg sulur galur keluarga wan sy... Arwah bapa dua pupu sy prnh cuba mencari keturunan kami tp kurg dpt sambutan dr keturunan wan d Kg kijal... Sebahagian wan ad d paka + dungun tp plg ramai d daerah hulu dungun yg brsempadan dgn ulu tembeling

Wan Johor said...

Salam,

Mohon pencerahan..adakah Tun Da dan Wan Da orang yang sama?

Anonymous said...

AsSalam..sye nak bertanya..keturunan Wan yg mnetap di Jenang,Marang keturunan mna?sbb bapa sye ckp majority yg ad perkampungan tersebut adlh bsaudara dr keturunan sama..cuma mgkin gnerasi baru kurg mngetahui termasuk sye..sye sdri bru bjinak2 untk mngetahui susur galur..tiada lah niat lain melalinkan ingin mngenal identiti saudara mara yg bertaburan n diri sendiri...

mamat KAWASAKI LEOSTAR 120SE said...

hei anjing punya che wan dahlah merepat dasar keturunan iblis laknatullah hei kau bukan manusia wei kau iblis sbb Malaysia dijajah sbb keturunan kaulah che wan kalau che wan tu mampus taklah malaysia tu dijajah salam saya keturunan che wan tak guna

Anonymous said...

Mak/bapa saudara saya termasuk ummi saya kata muka arwah atok saya (ayah mereka) Wan Deris sama dengan Sultan Pahang sekarang. Memang seiras. Saje komen ni sebab makcik saya kata dulu asal tengok gambar Sultan Pahang (sekarang) mesti dia menggigil sebab sama muka dengan muka arwah ayah dia (Wan Deris). Mungkin kebetulan je. Wallaualam

Anonymous said...

Saya pon che wan dr kg limbong.pernah dngar citer sejarah ni dr org tua2.

abuikhwan said...

Assalamualaikum WZWH,
saya keturunan WAN dari jalur tembeling.
Rasanya WZWH ada dalam grup ABCWP kan?

Rodiey Chewan said...

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe7HINorNMuqF1oa5NahDzEv0cLsoqTRRhrsbe8MJtEPo0Ogw/viewform?usp=sf_link

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024