Saturday, July 19, 2014

Hebahan Keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan Pahang Ke Majlis Berbuka Puasa Dan Pengurniaan Sumbangan Di Jerantut



Orang ramai dari seluruh daerah Jerantut dijemput hadir ke Majlis Keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan Pahang ke Majlis Berbuka Puasa dan Pengurniaan Sumbangan di Masjid Tengku Ahmad Shah (Masjid lama) bandar Jerantut pada petang 20 Julai 2014 hari Ahad.

Marilah kita warga Islam Jerantut tanpa mengira idelogi meraikan keberangkatan Ke Bawah Duli Tuanku.


YAM Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd ibni Sultan Hj Ahmad Shah turut berangkat mengiringi Ayahanda.

Tengku Arif Temenggong dijangka tiba lebih awal pada malam Sabtu untuk menghadiri Program Sahur bersama beberapa kampung berdekatan pinggir bandar Jerantut dan bersahur bersama pelajar-pelajar Tahfiz.

Tengku Arif Temenggong dalam rangka lawatan Program Saset ( Sultan Ahmad Shah Environment Trust ).

Tengku Arif Temenggong akan bersama dengan masyarakat Jerantut memasak bubur lambuk pada pagi Ahad di Surau Al-Nazriah, bandar Jerantut.

Pada petang Ahad Tengku Arif Temenggong akan turut bersama dengan Ayahanda berangkat ke Majlis Berbuka Puasa dan Pengurniaan Sumbangan di perkarangan Masjid Tengku Ahmad Shah, bandar Jerantut.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024