Sunday, July 20, 2014

Kembara Sahur Tengku Temenggong Pahang Dekati Rakyat Marhein dan Pelajar Mahad Tahfiz Jerantut
























Kembara Sahur Tengku Arif Temenggong Pahang, YAM Tengku Fahd ibni Sultan Hj Ahmad Shah dekati rakyat marhein dan pelajar-pelajar Mahad Tahfiz di Jerantut. Ini ialah program Temenggong Initiative Sultan Ahmad Shah Environment Trust (SASET).

Sabtu malam ( Ahad pagi) sebaik berangkat tiba ke Jerantut dari KL, Tengku Temenggong terus bergegas kembara sahur melawat beberapa rumah di kampung-kampung tradisional di pinggir bandar Jerantut. Turut mengiringi Tengku Temenggong ialah YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan, Dato' Syed Abdul Mutalib DO Jerantut, staff SASET dan ahli-ahli Temenggong Rangers.

Tengku Temenggong menziarahi rumah-rumah orang susah dan warga emas sambil memberi sumbangan. Tengku Temenggong mengikut jejak Ayahanda Tuanku Sultan Pahang yang sangat perihatin dan kasih kepada rakyat jelata.

Berikut foto-foto lawatan Kembara Sahur Tengku Temenggong Pahang...




















































































Tengku Temenggong bersalaman dengan pelajar-pelajar Mahad Tahfiz Sg Badak, Jalan Benta Jerantut.



















Di bilik rehat, Tengku Temenggong diberi sedikit briefing mengenai Mahad Tahfiz Sg Badak oleh Wan Adli bin Wan Ahmaf prinsipal dan founder, ADUN Tahan bertanya sesuatu berkenaan keperluan Mahad Tahfiz.



















Pelajar-pelajar Mahad Tahfiz menunggu keberangkatan Tengku Temenggong.



















Tengku Temenggong di hadapan ratusan pelajar Mahad Tahfiz Sg Badak.



















Tengku Temenggong berkenalan dengan tenaga pengajar Mahad Tahfoz Sg Badak. Ramai dari luar negara.



















Tengku Temenggong sedang menyampaikan cenderamata dan duit raya kepada semua pelajar Mahad Tahfiz Sg Badak.



















Pelajar-pelajar Mahad Tahfiz Sg badak bersahur.



















Tengku Temenggong bersahur bersama pelajar-pelajar Mahad Tahfiz.



















Foto WZWH bersama Wan Adli bin Wan Ahmad  prinsipal dan founder Mahad Tahfiz Sg Badak Jerantut. Di Mahad Tahfiz Bukit Rang dan Masjid Lama Pulau Tawar , Adik Wan Adli iaitu Wan Helmi menjadi prinsipal dan founder, begitu juga di Mahad Tahfiz Sg Salan, sedara mereka iaitu Maulana Johari menjadi prinsipal dan founder. 

Ini ialah warisan keluarga Engku Khatib yang bertanggungjawab menyebarkan syiar Islam di Ulu Tembeling dan Jerantut, sila klik sini.

Maulana Johari, 55 menjadi prinsipal di Mahad Tahfiz Darul Uloom Al-Islami Sungai Salan di DUN Pulau Tawar Jerantut. Beliau belajar di Pakistan. Ramai pelajar dari luar Jerantut dan luar negara datang belajar.

Maulana Wan Adli, 39 menjadi prinsipal di Mahad Tahfiz Sungai Badak Jalan Benta di DUN Damak. Beliau belajar di Pakistan. Beliau turut mengajar agama kepada orang Pulau Tawar.

Maulana Wan Helmi, 37 menjadi prinsipal di Mahad Tahfiz Masjid lama Bukit Rang Pulau Tawar dan Madrasah Alim Al-Husseiniyyah (Masjid lama Kg Masjid Pulau Tawar tempat Aki Mat Kilau Bersumpah-telah direnovate) mengajar agama, fekah, usuluddin dsb. Beliau belajar di Pakistan, Afrika Selatan, Indonesia dan Jepun.

Ulama-ulama dari Yemen didatangkan secara khas mengajar di Madrasah Alim Al-Husseiniyyah Kg Masjid Pulau Tawar.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024