Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, July 9, 2014

Bonda Tengku Azlan Mantan Ahli Parlimen Jerantut Mangkat



Foto kenangan Almarhum Sultan Abu Bakar dan Almarhumah Tengku Azam di Pekan 1972.



Almarhumah YAM Tengku Hajah Azam binti Tengku Omar 1922-2014

Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Mulia Tengku Hajah Azam binti Tengku Omar telah mangkat awal pagi tadi lebih kurang jam 06:35hrs (9 Julai 2014) di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur dalam usia 92 tahun. 

Allahyarhamah YAM Tengku Hajah Azam diputerikan pada tahun 1922 di Pekan, Pahang dan merupakan cucunda kepada Sultan Pahang 1. Ayahanda Allahyarhamah adalah YAM Tengku Setia Raja Tengku Omar ibni Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah.

Allahyarhamah YAM Tengku Hajah Azam merupakan sepupu dan juga salah seorang isteri kepada Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah iaitu ayahanda kepada Sultan Pahang sekarang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah. 

Allahyarhamah YAM Tengku Hajah Azam adalah Bonda Tiri kepada Tuanku Ahmad Shah dan juga Nenda Saudara kepada Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Nenda Tuanku Mizan, Allahyarhamah Tengku Tengah Zaharah adalah kekanda kepada Allahyarhamah YAM Tengku Hajah Azam .


Jenazah dimakamkan di Makam Diraja Pekan Lama, Pekan, Pahang selepas Solat Asar hari ini.

Sembah Takziah kepada keluarga Diraja Pahang diatas kemangkatan Allahyarhamah YAM Tengku Hajah Azam binti Tengku Omar. Al-Fatihah ................

Perkongsian Hidup Antara Almarhumah Tengku Azam dengan Almarhum Sultan Abu Bakar

Almarhum Sultan Abu Bakar pernah berkahwin dengan lapan isteri dalam hidup baginda.

Akmarhumah Tengku Azam adalah isteri ke tiga Almarhum Sultan Abu Bakar.

m. (third) at Pekan Lama, 1938, Y.A.M. Tengku Hajjah Azam binti Tengku Umar (b. at Pekan, 1922), Presdt Women’s Institute (WI) of Pahang, rcvd: AMN (7.6.1967), PJK (29.5.1962), Jubilee Medal, Pahang (31.5.1957), daughter of Y.A.M. Tengku Umar ibni al-Marhum Sultan Sir Ahmad Mua’azzam Shah, Tengku Setia di-Raja, by his second wife, Y.M. Encik Engku Umaiyah binti Engku Muda Mansur [Ku Yah], fourth daughter of Y.M. Tun Mansur bin Dato’ Bendahara Sri Maharaja Tun ‘Ali, Engku Muda, of Kampung Marhum.

Dikurniakan 15 anakanda iaitu 8 putera dan 7  puteri. Antaranya:

  1. Y.A.M. Tengku Tan Sri Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Riayat ud-din al-Mu’azzam Shah, Tengku Arif Bendahara (cre. 1965). b. at Istana Permai, Pekan, 13th December 1938 (s/o Tengku Hajjah Azam)
  2. Y.A.M. Tengku Dato’ Sri ‘Abdu’llah ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Riayat ud-din al-Mu’azzam Shah, Tengku Arif Bendahara. b. at Istana Permai, Pekan, 30th March 1940 (s/oTengku Hajjah Azam)
  3. Y.A.M. Tengku Ismail ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Riayat ud-din al-Mu’azzam Shah.b. at Istana Permai, Pekan, 1942 (s/o Tengku Hajjah Azam). He d. young.
  4. Y.A.M. Tengku ‘Abdu’l Aziz ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayat ud-din al-Mu’azzam Shah, Tengku Panglima Perang. b. at Istana Permai, Pekan, 23rd November 1945 (s/o Tengku Hajjah Azam).
  5. Y.B.M. Tengku Dato’ Sri ‘Azlan ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Riayat ud-din al-Mu’azzam Shah. b. at Istana Permai, Pekan, 21stJuly 1949 (s/o Tengku Hajjah Azam)
  6. Y.A.M. Tengku Datuk Sri Azman ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayat ud-din al-Mu’azzam Shah. b. at Istana Permai, Pekan, 26thFebruary 1952 (s/o Tengku Hajjah Azam),
  7. Y.A.M. Tengku ‘Abdu’l Rahman ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayat ud-din al-Mu’azzam Shah. b. at Istana Kota Beram, Pekan, 1959 (s/o Tengku Hajjah Azam). He d. 1984.
  8. Y.A.M. Tengku ‘Abdu’l Rashid ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayat ud-din al-Mu’azzam Shah (s/o Tengku Hajjah Azam). He d. before 1975.
  9. Y.A.M. Tengku Datuk Putri Kamariah binti al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Riayat ud-din al-Mu’azzam Shah. b. at Istana Permai, Pekan, 27thFebruary 1942 (d/o Tengku Hajjah Azam). 
  10. Y.A.M. Tengku Intan Badariya binti al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayat ud-din al-Mu’azzam Shah. b. at Istana Permai, Pekan, 1943 (d/oTengku Hajjah Azam)
  11. Y.A.M. Tengku Datuk Sri Nong Suraya binti al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayat ud-din al-Mu’azzam Shah [Tengku Nong Maharani]. b. at Istana Permai, Pekan, 1945 (d/o Tengku Hajjah Azam),
  12. Y.A.M. Tengku Hajjah Faridah binti al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayat ud-din al-Mu’azzam Shah. b. at Istana Permai, Pekan, 1950 (d/o Tengku Hajjah Azam)
  13. Y.A.M. Tengku Datuk Nur Aizah binti al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayat ud-din al-Mu’azzam Shah. b. at Istana Kota Beram, Pekan, 16th February 1954 (d/o Tengku Hajjah Azam).
  14. Y.A.M. Tengku Datuk Zabedah binti al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Riayat ud-din al-Mu’azzam Shah. b. at Istana Permai, Pekan, 17thOctober 1955 (d/o Tengku Hajjah Azam).
  15. Y.A.M. Tengku Nina binti al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayat ud-din al-Mu’azzam Shah (d/o Tengku Hajjah Azam).

Untuk pengetahuan  pembaca blog WZWH, hasil perkahwinan Almarhum Sultan Abu Bakar dengan lapan isteri menghasilkan 18 putera dan 17 puteri termasuk KDYMM Sultan Hj Ahmad Shah Tuanku Sultan Pahang.



Keluarga DiRaja Pahang sangat besar di Pahang. Ini belum termasuk Keluarga Diraja di Chenor dan Lembah Tembeling. Ini lah kekuatan akar umbi istitusi Diraja di negeri Pahang Darul Makmur.

3 comments:

Anonymous said...

Al-Fatiha..

Anonymous said...

Al-Fatihah.

Anonymous said...

Boleh wan zuri ceritakan keluarga diraja dichenor kas sedang mencari susun galur..