Monday, July 7, 2014

Progres Report Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 Kg Tuit - Kg Pagi















Dalam posting Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 Kg Pagi - Kg Seberang Bantal Bermula, WZWH ada menyentuh sedikit dengan laporan kemajuan semasa Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1.
















Kerja-kerja yang kritikal ialah embarkment menambun dan menambak tanah leveling jambatan-jambatan, trim tanah kerana 500,000 m3 tanah perlu ditambun di 2 buah jambatan. Selain kerja-kerja meratakan crasher-run dan mengetar jalan dll yang lebih mudah.

WZWH perhatikan ada 4 jambatan yang terlibat:

  1. Jambatan Sungai Tabung
  2. Jambatan Sungai Abai-Bukit 7 minit
  3. Jambatan Sungai Lai
  4. Jambatan Sungai Pengau

Cuma 2 buah jambatan yang kritikal kerana melibatkan banyak tanah ditambun iaitu Jambatan Sungai Abai dan Sungai Lai.

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 ini dijangka siap pada 31 Oktober 2014. Untuk lebih realistik dan safe WZWH yakin hujung tahun 2014 semua kenderaan boleh guna jalan ini dengan selamat dan selesa.















Jambatan Sungai Tabung

Tiada masalah dengan jambatan ini kerana tidak tinggi.
















Jambatan Sungai Abai

Kerja keras menambun tanah embarkment melibatkan 500,000 m3 tanah. Jambatan Tinggi. Tanah perlu ditrim.
















Jambatan Sungai Lai

Kerja keras menambun tanah embarkment melibatkan 500,000 m3 tanah. Sama juga tanah perlu ditrim.
















Jambatan Sungai Pengau

Jambatan Sungai Pengau dalam Kg Pagi. Kerja menambun tanah mudah sebab jambatan ini tidak tinggi. Bajet kos jalan intra Kg Pagi telah diluluskan oleh KKLW sebanyak RM9 juta sila rujuk Projek Jalan Intra Kampung-Kampung Ulu Tembeling

Bagi Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 Kg Pagi - Kg Bantal Seberang pula sedang bermula. Proses surveying yang lengkap diperolehi hujung bulan ini. Pejabat Hutan Pahang sedang proses kayu-kayu yang perlu ditebang. Concurrently kerja-kerja pembinaan jalan berjalan serentak.

Demikianlah laporan WZWH mengenai kemajuan Projek Jalan Ulu Tembeling secara objektif, benar dan jujur bagi makluman stakeholders yang berkepentingan.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024